TRIP PALING BANYAK 2009

Teratak pena | Thursday, January 07, 2010 | 1 Comments
Selamat bertemu kembali... kali ini Cik Siti nak ceritakan trip paling banyak yang pernah cik Siti pergi adalah Port Dickson. bayangkan, 4 kali setahun. First, pergi dengan kawan-kawan my hubby... tempat keje dia. tapi yang tak sedapnya tak sempat nak snap gambar sebab battery low... ambik ko... second, tempat keje cik Siti yang anjurkan... ketiga dengan keluarga my hubby dan yang latest dengan keluarga cik Siti... adilkan???? he..he... tak nak banyak cakap layan je lah gambar kat bawah ni ye....
kanak-kanak rebina... ini trip yang paling latest... Pak dare cik Siti yang anjurkan. Terima kasih pada Pak Dih... semua ni sepupu sepapat cik siti...

masa tu time cuti sekolah.. memang ramai umat manusia. lokasi penginapan: glory beach resort. tarikh: 25-27 disember. tengoklah betapa sukanya mereka...
anak teruna cik siti yang asyik main air...tengok kat kolam banyak air terus diaorang ni terjah kat laut



rehat sebentar bersama kit-kat....


tengoklah ibunda cik Siti ni dok melayan cucu-cucunya yang sememangya pantang jumpa dengan air. pening ibunda cik siti nak melayan. ape pun seronok juge



ini semua sedare mare cik Siti... ini baru nampak separuh yang ada lagi dekat rumah satu lagi.( Pak dare cik siti tempah 2 pintu sebab tahu memang tak muatnye....


Trip 3........

Lokasi: Sri Intan Telekom Port Dikson.
Tarikh: 7/11/2009


inilah tempat cik Siti menginap. tak yah nak naik lif, tak yah nak naik tangga sebab rumah yang ditempah ditingkat bawah dan yang paling syok mengadap kolam. tak jauh, barang 10 langkah. itu yang anak-anak cik Siti tak sempat sampai nak terjun kolam.


inilah wajah-wajah yang terlibat dalam holiday tu. ini semua belah my hubby.. ibunda dia...sepupu dia.... adik dia... semua ada....

jgn jeles ye....







Abby dilayan oleh neneknya... seronok tul dia main air.




ha....ha.... kolam ni kami yang kongker......





punya seronok sampai cik siti tak sentuh laut langsung sebab seronok sangat main kolam.

TRIP 2......

lokasi: Hotel Sri Malaysia Port Dickson
Tarikh: 4-6 Jun 2009
yang ni dari opis cik Siti coz menang save program
Yang tak seronoknya lokasi ni nak ke laut kena seberang... satu lagi anak-anak cik Siti masa tu tengah tak sihat. itu yang rasa macam tak best sangat.



inilah sebahagian kengkawan cik Siti. diorang ni memang best. sayang korang. tak masuk acara apa pun dapat hamper. itu yang best. lagi satu lokasi ni dekat dengan pasar malam. pe lagi? kami semua berduyun-duyun malam tu ke pasar malam.


Set.....
Trip 1

Lokasi di teluk kemang.
yang terlibat cik siti sekeluarga dengan tempat keje my hubby.
yang ini minta maaf sesangat tak ada gambar sebab bateri abis. lagi pun kita orang balik hari...



Untuk tahun 2010 tak tahu lagi... yang penting untuk setahun ni sekurang-kurangnya cik siti nak rehat luar dari kota KL ni...























SeLaMat MeNemPuH AlaM Baru

Teratak pena | Tuesday, January 05, 2010 | 3 Comments so far



Dalam diam, sudah 6 tahun anak bujang cik Siti si Firdaus ni. dah masuk sekolah tadika dah.... tapi apa boleh buat baru masuk sekolah satu hari dia dah demam. demam terkejut agaknya. Hari pertama sekolah rasa terkilan juga sebab tak dapat nak hantar dia. sebabnya cuti sekarang ni kena beku. hu...hu...hu... tak pe, nanti kalau ada rezeki Cik Siti nak cuti lama kalau dah release nanti.... (nak balas dendam)...
hari pertama sekolah, dia dihantar oleh my hubby. my hubby terpaksa ambil cuti sebab cik Siti kempunan tak dapat cuti. Mungkin sebab di alam baru, my hubby bagu tahu yang dia masih lagi terpingga-pingga dalam kelas. mungkin dia belum nak sesuaikan lagi.
yang bestnya, cikgu suruh balik dia masih lagi tunggu dalam kelas. bila dia tengok kelibat ayahnya, barulah dia bangun. balik keje cik Siti ada bertanya macam mana dengan hari pertama dia menjejaki ke sekolah. dia kata seronok. dapat ramai kawan dan cikgu pun baik. Cik Siti legalah sikit. ye la.... mana tahu dia takut nak ke sekolah.. apa pun cik Siti akan terus berdoa agar dia cepat sembuh dan dapat belajar ABC....


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page