Berpegang Dengan Rukun Negara

Teratak pena | Monday, January 10, 2011 | 4 Comments so far

Kalau kita bertanya kepada adik-adik atau anak-anak kita semestinya mereka menghafal dengan lancar akan Rukun negara kita. Cuba kita berpaling dan jari telunjuk kita berpatah semula kepada diri kita semula? ada yang mengingatinya dan ada juga yang terlupa.

Namun itu bukan persoalannya. Bukan sekadar menghafalnya namun pernah kita memahami apa lagi menguna pakai setiap perkatan dan baris? Tepuk dada tanya selera

Cik Siti rasa sudah tiba masanya kita berpegang teguh dan berpaksi dengan rukun negara kita yang mungkin kita kian lupa. bukan sahaja untuk kita, malah semuanya adalah untuk anak dan cucu kita masa akan datang... segalanya terletak di tangan kita.

Setiap perkataan dan baris banyak memberi maksud dan keberkesanan dalam intipatinya... setiap rakyat yang berpayung di bawah status kewarganegaraan semestinya menghayati dan Cik Siti yakin.... jika kita menghayati dan mengamalkan sudah tentu kita akan menjadi warganegara berjaya dan negara akan terus dihormati..

note: semangat patriotik le pulak

Bila kemampuan anda dipandang sebelah mata

Teratak pena | Saturday, January 08, 2011 | 4 Comments so far

Apa perasaan bila kemampuan dan krebiliti anda tidak dihiraukan? memang le rasa rendah diri tu ada. sedih pun ada dan tak nafikan sakit hati... tapi.... kita jangan lupa dengan kekuatan yang kita ada. semangat dan kesungguhan boleh membuka mata setiap mereka yang pernah merendahkan kemampuan kita.

yang ini adalah pengalam Cik Siti dua tahun lepas bila penyelia Cik Siti bercuti bersalin dalam 4 bulan.... 2 bulan warded dan 2 bulan bersalin.... bayangkan Cik Siti kena godek bank recon yang memang memeningkan kepala setiap bulan. sudahlah Cik Siti tak beberapa mahir, and then keluar satu statement yang betul-betul membuatkan Cik Siti sentap. kata-kata tu datang dari Finance yang memang menjaga kami. "Boleh ke dia buat bank recon? pandai ke dia?" dush! tahulah cik Siti tak pernah belajar akaun... kata-kata seperti itu boleh buat kita lemah semangat.

Cik Siti wat tak tahu dan dengan kata-kata itulah yang membuatkan kita bersemangat untuk belajar. Untuk dua bulan pertama memang nak menangis... bukan seratus dua nak buat balancing. hua.... Cik Siti bagai nak demam... tapi Cik Siti kuatkan semangat yang kita boleh lakukan dengan semangat dan keyakinan.

dan keputusannya untuk empat bulan Cik Siti berjaya menguasai bank recon dan tinggalkan variece(betul ke ejaan?) '0'... bangganya....

So kepada yang kemampuannya sering diperlekehkan itu tidak bermakna kita ni lemah dan tidak boleh melakukannya tetapi kita mampu melakukan dan malah ada masanya kejayaan itu lebih dari yang kita harapkan...

Layan lagu ni ye...



Note: sampai sekarang Cik Siti masih boleh buat bank recon...insyallah....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page