Belajar resepi lagi.....

Teratak pena | Friday, February 26, 2010 | 2 Comments so far
*gambar hanya sekadar hiasan.....

Okle... en3 kali ni cik Siti nak kongsi resepi mee rebus.... sedap dan menyelerakan... okey... sedia?jommmmm layan....

Bahan-bahan:

1 kg keledek
1/2 kilo daging.(nak sedap daging tetel)
2 sudu udang kering
(bahan diatas direbus dan kemudiannya keledek di kisar sampai jadi puree)
*air rebusan jangan dibuang ye...

Bahan B
2 1/2 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
kunyit hidup 1/2 inci
(bahan diatas ditumbuk lumat)
4 sudu serbuk kari daging
*campurkan bahan-bahan B dengan sedikit air

Cara-cara:

1)Panaskan minyak dan tumis bahan B tadi.
2)Bila sudah garing, masukkan terus ke dalam keledek, daging dan udang kering di dalamn air rebusan tersebut.
3)seimbangkan rasa dengan garam dan gula.
4)masukkan sayur sawi dan tomato.
Siap! mudahkan?
Nak sedap makan dengan telur rebus dan limau kasturi. hiaskan dengan cili hijau, taugeh(jika mahu) dan bawang goreng.

*Resepi ringkas dan enak. cubalah...

Kandid kamera

Teratak pena | Friday, February 26, 2010 | 2 Comments so far
Kali ni Cik Siti dah kering idea nak cerita pasal apa... godek punya godek akhirnya jumpa le beberapa keping gambar yang boleh cik Siti katakan kandid kamera... bukan apa, saja nak cuci mate... jom layan.... Ni gambar anak bongsu cik Siti si Abby
tengoklah gaya syasya.....

abang yang letih main air



Hish... hish.... tengoklah telatah mereka tu....

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page