Teaming With Passion

Teratak pena | Monday, July 26, 2010 | Be the first to comment!
Ehsan Dr Encik GOOGLE

Kalau korang tengok gambar kat atas tu gerenti yang kata biar betul Cik Siti ni... ini dah kira 18 SG... tapi scroll dulu... baca dulu... jom terjah!


En3 kali ni cik Siti nak cite ckit sal krusus yang cik Siti kena gi ari sabtu dan ahad yang lepas (24&25 Julai). yang sebenarnya cik Siti rasa letih sikit sebab banyak games dan motivated yang dijalankan. sampaikan suara cik Siti pun dah sakit dan perit. bukan apa, dok menjerit sentiasa...

ari sabtu krusus bermula pada pukul hampir 11 pagi. berikan kumpulan dan saat itu dah jadi cam jejak kasih lak. yelah... mana rakan-rakan yang cik Siti tinggalkan pada tahun 2003 jumpa balik. banyak aktiviti melibatkan games, menyanyi dan menari... naik semput cik Siti dibuatnya. dan setiap aktiviti berkumpulan dan perseorangan akan diberi reward. paling murah 100,000.00 ringgit. dan yang paling tinggi adalah 1,000,000.00 ringgit(1 juta). nak dapat reward memang senang. kalau kita sertai apa aktiviti yang berikan kita akan dapat reward. maka bermulalah memasing nak kumpul 'duit'. yang tak bestnya sebelum balik ari sabtu tu kena buat assingment. macam dak sekolah lak. tak pe macam dalam krusus tu kata CHALLENGE!!!!!!! nah, penangannya cik Siti tidur kul 2 pagi. malas nak taip cik Siti tulis tangan je.

oklah... ari ahad tu kene serahkan essei yang kita buat malam tadi. (yang Cik Siti tidur sampai 2 pagi). WOW! caya tak caye Cik Siti dapat 1.3 juta.....he...he....he... hasil usaha yang berbaloi. Sepanjang krusus tu cik Siti dah kumpul sebanyak 2.8 JUTA ringgit. hish!hish! kalau duit betul yang diaorang bagi mahu tak yah kerja sepanjang idup cik Siti. 7 keturunan pun tak abis makan.

dalam krusus banyak yang cik Siti belajar..... macam mana nak terima cabaran, pasang strategi, hubungan dengan rakan, perubahan dan yang cik Siti paling suka adalah MENTAL WARRIOR.... peranglah segalanya... segalanya yang negatif dan segala musuh yang datang...

yang sebenarnya ada sebab lain yang cik Siti suka... sebab dapat Book Off 2 ari... best!best!he...he...he....

CHALLENGE..............
I CAN DO BETTER!!!!!!!!!!!

Cerita-ceriti semalam -21/07/2010

Teratak pena | Thursday, July 22, 2010 | 2 Comments so far
gambar sekadar hiasan

ok en3 kali ni cik Siti nak kongsi cite apa yang jadi semalam (21/07/2010). bukan apa, ari tu nyaris-nyaris punch kad cik Siti jadi merah. semuanya sebab hujan. nasib baik sampai kul 820 walhal kalau biasa cik Siti boleh sampai kul 745 pagi. jauhkan bezanye.... dah namamye KL kalau jalan x sesak bukan KL namanye....

oklah... semalam....
Cik Siti bangun pagi cam biasa-630 pagi
Cik Siti keluar rumah cam biasa-710 pagi
anto kat rumah pengasuh dan singgah di kakak cermin mata cam mana rutin Cik Siti bila hubby cik Siti keje malam.(beli mee goreng yang sedap)
Cik Siti naik bas cam biasa-730 pagi- Cik Siti panggil bas antie sebab driver dengan konduktor dia pompuan cina....
Bas Jalan pun cam biasa -730 pagi....

tak sempat antie tu nak merempit dengan bas dia..... o...la...la... belum sampai jalan besar dah jam. Cik Siti pun wat tak tahu sebab cik Siti pikir mungkin sebab trafic light nak keluar ke jalan besar. ala... pas trafic light tu ok le....
tp..... oh no! nampaknya nak KL memang jam. Fly over dari sungai buloh pun jam. sudah. tak gerak lak tu. jam dah nak dekat pukul lapan. cik Siti masih lagi kat kawasan rumah cik Siti!

tak boleh jadi... cik Siti bagi SMS kat ketua. mungkin lambat. yelah... dari dia tembak cik Siti baik Cik Siti tembak dulu. He..he...he... berdedikasi tul. memang dah jam, nak wat cam ne. dalam bas pun cik Siti berangan. bukan berangan nak dapat duit, tapi dok fikir cam ne leh jam cam ni. dan logiknye ialah:

1) mana mamat rempit yang selalu naik motor naik kereta ari ni sebab -Hujan
2)mana yang selalu kuar kul lapan kuar awal sebab-Hujan
3)mana yang bawa kete mesti bawa slow jalan licin sebab-hujan
4)memang waktu orang nak gi keje
5)Mak ayah ada yang nak anta anak sekolah.....

dah sampai sri damansara. driver bas dah tak tahan terus belok masuk dalam sri damansara ikut kawasan kilang. 'mana sanggup u mahu tunggu' wah! brutal lak antie ni. mana penumpang yang biasa turun kat flyover sri damansara tersenyum lebar sebab bas tu benti betul-betul depan kilang diaorang. he..he..he..

mana yang tak pernah masuk jalan sri damansara dok pucat muka. yelah... takut mana pulak driver bas ni nak bawak kan? cik Siti buar dek je sebab cik Siti tahu jalan tu. Tu dia.... dia kuar kat kompleks desa kepong... mana yang pucat muka nak benti kat kepong sentral tersenyum puas....

nasib baik le cik Siti sampai sebelum kul 830 pagi. kalau tidak dalam sejarah punch kad cik Siti merah.... thank antie sebab bawak bas memang brutal dan pilih jalan lain yang lebih berisiko. bukan apa, buatnya jam juga ha....ha...ha.. tak ada harapanlah cik Siti nak sampai awal....


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page