Kuantiti Atau Kualiti

Teratak pena | Wednesday, March 30, 2011 | 4 Comments so far
ada orang kata 'alah membeli menang memakai' dan ada juga berkata harga murah boleh beli banyak. namun antara kuantiti dan kualiti selalunya berkait rapat dengan pendapatan seseorang. Bak kata orang 'ukurlah baju di badan sendiri' entah cukup ke tidak pita ukur tu... namun bagaimana kalau ianya tidak melibatkan wang? idea contohnya... kita ada masa banyak menyalurkan pendapat dan idea... namun sebenarnya berapa besarkah kualiti idea kita itu untuk diterapkan? Mungkin 50 idea kita tampilkan dan kadang-kala yang diterima cuma satu. sudah pasti kita akan kecewa.
Ada yang melahirkan pendapat cuma satu atau dua namun keberkesanan membuatkan ianya diterima pakai.

Pengalaman Cik Siti lepas STPM dulu.... masa jadi minah kilang kedua-duanya begitu penting. kalau tak capai target yang diperlukan mulalah kena ceramah free. kenapa tak capai target 1000 pengeluaran. tapi kalau kita capai target pun kalau tiada kualiti dan banyak yang reject ermmmm lagilah kena amuk. payahkan? pening dibuatnya. Tapi Cik Siti tak pening sebab yang bagi rejectkan barang Cik Siti (he..he...he.... masa tu Cik Siti jadi QC(Quality Control) bukan Queen Contro ye). Kuantiti dah capai target tapi kualiti pulak tak ada.


Kalau barang sudahlah tentu yang tiada kualiti harganya lebih jauh lebih murah. kadang-kala kita boleh dapat begitu banyak. Namun bagaimana dengan kualiti yang kita terima? adakah dia benar-benar memenuhi piawaian sirim hati kita? memang tidak dinafikan kualiti memerlukan wang yang lebih dan ada antara kita yang tidak mampu memilikkinya. namun ada masa kita perlu memikirkan kualiti dari kuantiti kerana sampai masa kita akan merasa puas dan tiada rasa kecewa.


Kita perlu memandang kepada kualiti terutama sekali kepada penggunaan jangka panjang. Macam kereta, rumah, barangan elektrik, beg, kerana ianya perlukan kehendak yang tinggi. kalau harga murah tak adalah kita pandang pada kualiti sebab kita boleh beli borong. betul tak???

ermmm.... kualiti atau kuantiti?

Note: agak-agak en3-en3 Cik Siti berkualiti ke tidak ye????

E VS F

Teratak pena | Monday, March 28, 2011 | 4 Comments so far

okey tajuk en3 ni bukan pasal bola ye. bukan Englang VS France. Ini tentang 'E' (elektronik) dan 'F'(Fizikal) sekarang sudah kebanyakkan urusan dan kehendak kita cuma dihujung jari. e-book, e-majalah, e-payment, e-dagang semuanya mudah dengan menekan papan kekunci. yang penting perlu ada internet.

Yang Cik Siti nak ceritakan tentang e-majalah dan e-novel. mungkin ada yang melanggan e-majalah di internet. mudah dan mesra alam. apakah untuk akan datang sudah tiada buku dan akan digantikan dengan 'E'. Ada pro dan kontranya.

Mungkin ianya mesra alam. tidak perlu membazir membeli dan dapat mengurangkan penggunaan kertas. namun Cik Siti lebih suka dengan 'F'. Iaitu Fizikal. rasa macam best dan bangga kalau dapat pegang buku. setiap bulan memang dibajetkan 50 ringgit beli buku dan majalah. kenapa? sebab Cik Siti boleh menggumpul. masa lapang atau time nak tidurkan anak sempat juga membaca barang 2 atau 3 muka surat sebelum Cik Siti pun terlelap sama. dan yang penting kita boleh membaca pada masa bila-bila sahaja. betul tak?


Namun itu tertakluk kepada individu itu sendiri. Cik Siti kalau singgah kedai buku cukup satu Cik Siti akan beli tak kiralah apa termasuk untuk anak-anak. Kalau anda.... yang mana pilihan hati??????

Note: Majalah rasa adalah pilihan hati....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page