Disember 2013

Teratak pena | Tuesday, January 14, 2014 |
Bersua Kembali Semua...

Dah lama sangat tak mencoretkan cerita di dalam blog ni.  kalau ada perkataan selain bersarang Cik Siti tak tahulah nak kata apa lagi.  Macam biskut chipsmore dah blog Cik Siti yang tak seberapa ini.  untuk 2 bulan ni memang sibuk.  Bulan lepas padat dengan jemputan orang kahwin. sepupu sepapat semuanya masing-masing menamatkan zaman bujang.  

Awal bulan ni pula dah lain pula ceritanya.  Tak apalah.... itu kemudian Cik Siti cerita.  

                      Selamat Pengantin Baru.... Semoga  Jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat

                                          Cik Abang dengan sepupu Cik Siti....

Untuk 7 Disember Cik Siti ucapkan tahniah kepada sepupu Cik Siti di Johor (yang Cik Siti panggil dia Boboy) telah pun menamatkan zaman bujangnya.  sejak berbaju biru agaknya sudah menjadi trend masa kini.  Cik Siti bertolak dari KL jam 530 pagi dan sampai di JB lebih kurang jam sebelas pagi.  itu pun Cik Siti berkonvoi dengan bonda Cik Siti dari Melaka.  Saja janji mereka kat Pagoh.  Balik dari JB singgah R&R Pagoh dan layan makan mee rebus dan Ubi resbus cecah sambal tumis.  Pergh!!!! sedap betul!


                      Selamat Pengantin Baru... Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan Jodoh....
               

untuk 14 Disember lak sepupu Cik Abang pulak yang kahwin.  Cik Alina... opss... dah kena panggil Puan Alina.  He...he...he.... Temanya warna peach.  Pengantin lak berbaju biru.... dia orang ni agaknya memang berjanji kot? Dan yang best dapat name tag "SEPUPU PENGANTIN" dan yang best juga bila kawan sekerja datang dan tahu rupanya sedara juga.  Tapi saudara sebelah pak sedara(bapa pengantin perempuan) sebab cik Siti ni sebelah mak sedara. kira mak pengantin perempuan. 

Tak Apalah.... kalau banyak sangat membebel orang boring pulak. Apa yang ada layan je lah gambar. Tapi gambar sepupu Cik Siti tak berapa clear. Tapi nak tempek juga.


No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page