Belajar.....

Teratak pena | Thursday, March 27, 2014 |

                                          Ehsan dari Google
Belajar....

Memang tidak kenal masa, usia dan di mana sahaja.  Belajar juga punyai maksud yang luas dan merangkumi pembelajaran yang baik atau buruk.  Kalau belajar yang baik, jadi baiklah kita.  Kalau sebaliknya?  sendiri mahu ingatlah ye tuan puan.

Belajar ada masa susah dan ada masa senang.  Ada masa kita faham dan ada masa kita buat macam faham-faham sahaja walhal bagai nak gila kita nak fikirkan.

Ada masa kita belajar dengan buku dan ada masa kita akan belajar dari pengalaman.  Walau bagaimanapun setiap yang kita belajar perlu ada guru.  Namun yang paling besar maknanya pada Cik Siti adalah berguru dengan pengalaman.  Sebab kita tahu jatuh bangun kita dan kita sedar akan siapa pun diri kita.

Belajar sesuatu yang baru dan yang baik tidak boleh malu.  walau berapa jarak umur kita, belajar dengan yang lebih muda adalah tidak salah.  itu semuanya untuk kita menambah ilmu.  Dan yang penting juga jangan malu untuk bertanya.  Walau berapa tinggi dan rendah pangkat seseorang itu kita tidak boleh malu untuk bertanya.  Dan kata-kata senior Cik Siti masih lagi menyanyi ditelinga Cik Siti:

...Kau nak takut apa?  Dia manager pun manusia biasa.  Kau tak cuba tanya kau tak tahu macam mana....
Betul kata dia tu.  Dan sekarang Cik Siti kalau nak belajar sesuatu Cik Siti akan bertanya. Tetapi sebelum nak bercakap dengan level yang lebih tinggi tu kena ada caranya.  Nak marah?  tak apa.  Yang penting kita cuba.  Tak buang duit pun kalau kita berkongsi ilmu.  Ye tak?

So selagi bernafas, selagi itu kita akan belajar.  Cuma cerita dan perkaranya sahaja yang berubah.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.... 

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page