Dari dulu lagi dah Cik Siti katakan semasa Cik Siti belajar di Maktab Adabi Muar banyak sangat kenangan yang tak boleh Cik Siti lupakan. Dulu cerita pasal rakan Cik Siti pergi ke Kuala Lumpur naik bas dengan kain pelikat, la ni nak cite pasal hari usahawan yang dibuat diperkarangan sekolah kita orang.
Hari usahawan kita orang juallah macam-macam termasuk nasi lemak, ABC, pisang, keropok dan macam-macamlah. Tapi yang Cik Siti nak ceritakan ni bukan masa kita orang buat jual beli di gerai tapi kisah selepas semuanya dah berlalu.....
Masa tu pukul 630 petang. Perkarangan dah kosong. Tinggallah Cik Siti dengan member Cik Siti. Yelah. takkan angkut mesin ABC naik bas, ye tak. Mahi jeriit driver bas tu nanti. Lagi pun dah nak malam. mana nak dapat bas ke Melaka. Tapi... tak patut betullah bebudak lelaki tinggalkan kita orang berdua. Tapi tidaklah takut sangat sebab Cikgu Hassan masih dalam pejabat dia. Senin dah janji nak ambil kita orang. Cuma tunggu dia hantar orang. Masa itulah rasanya jam berdetik macam terlalu lama.
Tak lama kemudian nampak member datang naik motor. Berdua pulak tu. Ni apa hal pula ni? Takkan nak naik motor pulak. Cik Siti lega bila dia orang kata:
"Kita orang tak sampai hati nak tinggalkan korang berdua. Korang tu anak dara. Kalau apa-apa susah nak jawab dengan mak bapak korang."
Baiknya korang...... lama jugalah kita orang tunggu si Senin tu. Lepak dengan dia orang baik punya mereka punya cerita. bukan nak bagi kita anak dara ni tenang. Ini tidak pucat bibir kita orang bila si Nasir dengan Zizie bukan main lagi jual cerita.
"Korang naik dengan Senin baik-baik tau."
"Kenapa?"
"Hari nak hujan ni. kereta Senin tu dahlah tak ada wiper, side mirror pun sebelah je." Tertelan air liur Cik siti mendengarnya.
Bila sampai si Senin tu memang betul kereta dia tak ada wiper. Side mirror pun sebelah driver je.
"Senin selamat tak ni?"
"Ala... kalau hujan kita berhentilah kat tepi jalan." Selamba dia je bercakap. Dia ingat Muar ke Merlimau 10 minit je agaknya. 45 minit tau! Walau bagaimana pun kita orang gamble je naik kereta ni. Apa yang penting doa banyak-banyak... Al-hamdulillah... Akhirnya kita orang selamat sampai.....
Huh! memang cuak Cik Siti masa tu....
Mmg cuak betul klu naik kete yg 'tak cukup sempurna' nih!..Takut apa2 jd dlm perjlnan..
ReplyDeletekak Atie: Memang tak dapat nak lupakan kisah tu
ReplyDeletekereta tak sempurna tu memang masalah juga la
ReplyDeletetapi lebih penting lagi mempunya pemandu yang sempurna
En Tehr: memang betul tu... nasib baik member ni nampak brutal tp kat jalan raya sopan santun
ReplyDelete