Kenangan Lalu...

Teratak pena | Friday, October 03, 2014 |

Selamat Petang semua....

Semoga sihat dan selamat seadanya.

Huhuhu dah lama sangat tak updated kisah-kisah kenagan lalu,kan?

Bila petang macam ni teringat lak kat kampung.  Bila teringatkan kampung teringatkan pulak dengan atuk nenek.  Even dengan atuk dan nenek yang sudah tinggalkan kita.

Atuk dan nenek sebelah ayah memang kedua-duanya sudah pergi mengadap illahi.  Namun kenangan selalu sahaja singgah dan selalu sahaja buatkan Cik Siti teringatkan dia.  Memang tak dinafikan masa Cik Siti duduk kampung dulu (time darjah satu)  Cik Siti memang suka sangat nak duduk rumah atuk sebelah ayah sebab Cik Siti akan menjadi manja... (hehehe....)

Tapi yang seronoknya Cik Siti kena main pondok-pondok sorang-sorang!  tak best!  Tapi....

Kalau apa yang Cik Siti nak mesti dapat.  Ikut pak sedara naik basikal.... dapat gula-gula dan atuk layan macam puteri raja!  Siap ikut gi kedai lagi dengan basikal tua dia... pastu makan ABC dan makan kacang tumbuk yang marbeles... pastu tolong dia bawakan teh yang dibungkus dalam tin susu.  memori sangat.

Kenangan... walau jasadnya sudah tiada... Kenangan ada masanya singgah mengenangkan dia...




No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page