Kelayakan VS Pengalaman

Teratak pena | Sunday, January 18, 2015 |

Selamat Bersiaran Kembali....

Tajuk kat atas mungkin agak keras rasanya.  Sebab sedar diri ni dah tua sebenarnya.  Kelayakan adalah panduan di dalam meletakkan garis panduan dan batasan dalam setiap jawatan serta kuasa.  Itu pendapat Cik Siti.  Pengalaman adalah kemahiran seseorang di dalam sesuatu bidang dan tertakluk kepada betapa lama ianya berkecimpung.

Mungkin kelayakan adalah satu kelebihan, namun percaya atau tidak pengalaman itu satu nilai yang sukar untuk dicari.  Dan pengalaman sebenarnya memberikan kita lebih kelayakan sebenarnya.  Dan pengalaman itulah ada masa akan mengajar seseorang yang punya kelayakan jauh lebih tinggi.  Namun ada masa pengalaman kita diperkotak katikkan angkara kelayakan yang menjadi taruhan.

Cik Siti yakin akan pengalam inilah yang akan menjadi satu landasan untuk berjaya tidak tertakluk kepada kelayakan semata-mata.  Mungkin kelayakan kita tidak seperti yang diharapkan.  Namun percayalah ada masa kita akan mengatasi kelayakan dengan pengalaman yang berharga.

Kerana apa?  kalau kita pergi ke temuduga, atau pun menghadiri kursus sudah tentu mereka akan bertanyakan pengalaman.  Namun adakah pengalaman bekerja yang banyak menunjukkan yang kita ini bagus?  Ya, mungkin dari multi skill.  Tetapi dari sudut pandangan lain kita sebenarnya kurang pengalaman kerana tenpoh yang singkat hanya kecil pengalaman yang kita timba.

Rezeki itu ada di mana-mana.  Cik Siti percaya, mungkin kelayakan akan meletakan kita kepada kelas tertinggi namun pengalaman yang diterima hanya kecil berbanding dengan kelayakan yang rendah tetapi punya pengalaman yang tinggi.

Ini hanya pendapat Cik Siti.  Erm.... Jiwa kosong tang ni... (Hish!  tak ada kena mengena langsung)

Indah sungguh sinar mentari,
Dibalik awan kering cuaca,
Kalau saya sang tikus menari,
Dihadapan gajah ku menari chacha.


5 comments:

  1. siapa yang ada kedua2nya mungkin akan lebih berjaya
    hanya mungkin

    peluang dan usaha juga tak boleh dipinggirkan

    Ada padi semua jadi,
    Ada beras semua deras;
    Ada rezeki Allah yang beri,
    Usaha keras mesti ikhlas.

    ReplyDelete
  2. kelayakan dan pengalaman biar seiring itulah company suka.

    ReplyDelete
  3. kalau ada kedua2nya lebih bagus. tp untuk dpt pengalaman perlulah berusaha tak kira apa.

    ReplyDelete
  4. pengalaman lebih berharga dari kelayakan...
    tetapi kadangkala company lihat kelayakan sebagai tiket utama.

    moga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page