Bersiaran setelah lama menyepi. Alasan? sibuk? mungkin ya. Hilang minat? mungkin ya. Tak ada mood? Mungkin ya. Tak nak salah kan orang lain, Cik Siti salahkan diri sendiri. Setiap apa yang berlaku kepada kita adalah dari dalam diri kita sendiri. Baik buruk semuanya adalah kita. Ceewahhh... cakap mengalahkan tokoh. Dahlah, jangan nak layan Cik Siti kau ni sangat. Nanti senyum sendiri je. Betul ke tidak budak ni.
Yang sebenar-benarnya Cik Siti sayangkan blog Cik Siti. Dah banyak kot Cik Siti kongsikan dalam blog ni. Yang manis, yang sedih, yang suam-suam kuku semuanya ada. Dah macam carca marbah dah blog ni.
Namun apa yang tersemat jauh di sudut hati Cik Siti, kalau boleh pertahankan Cik Siti akan pertahankan untuk tidak menutup blog ni. Walau pun sekarang ni orang lebih suka dengan Facebook/wassup/twitter/instagram namun mungkin ia tidak akan patahkan semangat untuk Cik Siti terus menaip di dalam blog ini.
Dipohon beringin siburung kenari,Ingin terbang bersayap tidak,Kemana ingin ku bawa diri,Adakah orang sudi atau pun tidak
p/s: ada sesiapa yang bagi kata-kata semangat pada Cik Siti tak?
No comments:
Post a Comment
Dah baca sila komen ye... Terima kasih...