Novel: Cinta Kau Di Mana - Kaki Novel (Keluaran Februari 2017)

Teratak pena | Tuesday, January 17, 2017 |

Assalamualaikum Semua....

Al-hamdulillah... Novel Cinta Kau Di Mana telah diterbitkan untuk keluaran Februari 2017.  Jatuh bangun akhirnya manuskrip telah dibukukan.  

Kepada yang telah memberi sokongan terima kasih banyak diucapkan.  Jika tiada semangat dari semua mungkin saya tidak dapat menghasilkan novel ini.  

Jom layan sinopsis novel ini:

LAYAN SINOPSIS~~
“Okey, kalau itu yang Su putuskan jadi hubungan kita juga putus.” – Zahid.
Kata-kata itu membuatkan Suraya sedih apabila kekasih hati tidak mempercayai dirinya. Hanya kerana dia ingin menjadi rezeki di bandar, akhirnya perpisahan terjadi di antara Suraya dan Zahid. Suraya akur walaupun hatinya dihiris pilu.
“Abang akan bahagiakan Su sehingga nafas terakhir abang. Dan abang akan relakan Su mencari cinta lain sekiranya cinta kita singkat dan putus sebelum ke jannah.” –Aliff.
Cintanya kepada Aliff daripada seorang sahabat kepada suami membuatkan dia bahagia. Namun… dalam hatinya ada perasaan bersalah yang amat sangat kepada Zulaika, sahabatnya sendiri kerana dia dianggap sebagai perampas. Dengan Aliff, cintanya utuh walaupun dia kehilangan lelaki itu. Perpisahan itu juga membuatkan Suraya meraba-raba dalam kelam kerana ditinggalkan sendirian.
“Awak ni, saya cakap dengan awak. Bukan dengan tunggul!” - Ikhsan.
Lelaki ini? Memang dia rasa ingin berpisah sahaja. Lelaki ini sering membuat Suraya geram dan gelaran ‘hati batu mata kayu’ memang kena dengan lelaki itu. Kalau bukan sebab nak cari rezeki, dah lama dia tinggalkan lelaki ini.
“Kenapa pilih saya? Masih ramai lagi anak dara yang boleh Encik Ikhsan pilih. Saya seorang janda, Encik Ikhsan. Saya miskin, dan tak setaraf dengan Encik Ikhsan.” –Suraya.
Dia tidak mahu merana lagi. Sudap cukup apa yang telah terjadi dalam hidupnya sebelum ini. Hati Suraya sering merintih. Kekasih hati yang ragu-ragu akan kasih sayangnya, suami yanG meninggalkan saat dia memerlukan dan lelaki yang sering membuatkan dia rasa tidak senang.
Bagaimanakah Suraya ingin menamatkan derita jika derita itu sering mengejarnya? 

Jangan lupa dapatkan novel ini di Kaki Novel.  

Semenanjung: 

RM 22.00 (Bukan Ahli)
RM 18.00 (Ahli)

Sabah/Sarawak:

RM 25.00(Bukan Ahli)
RM 21.00(Ahli)

Penghantaran Percuma Ye ☺

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page