Salam Syawal Semua....
Dah lama sangat tak singgah teratak Bayu Kenangan ni. Kalau tuan tanah kedaung susah nak jejak rumah, apalagi yang tetamu yang singgah. Rindu memanglah rindu... tapi itulah, sibuk memanjang. Sekarang ni sibuk menyiapkan mss novel yang baru. hurm... sebenarnya sekarang ni mood dah kelaut. Nak menaip dah tak ada idea dan sekarang mood tengah down sangat. Sebab itu idea ni entah hilang ke mana.
Sebab apa, rasa macam diri ini macam hina sangat. Rasa macam nak menangis pun ada, rasa sedih pun ada, nak marah pun ada, semua ada.
Aku rasa mood nak bekerja macam dah tak macam dulu. rasa macam hati ni kena ramas macam hampas kelapa. Apabila kita menolong orang, dan orang yang kita tolong buat tak tahu, terima kasih pun tidak, agak-agaknya apa yang dirasa? fikiran aku satu saja. Mungkin bagus untuk aku mengetahui semua kerja. tetapi fahamilah. aku bukan robot dan aku bukan komputer yang boleh sumbat semuanya. Sedangkan komputer pun ada tempat simpanan dan ada quotanya. Apalagi aku yang bernama manusia.
walau pun raya, tapi hati ni rasa sedih yang amat sangat. Aku tahu, masih ada harapan untuk aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dah baca sila komen ye... Terima kasih...