Hari Yang Malang

Teratak pena | Tuesday, February 09, 2010 | 2 Comments so far
Bertarikh 8 Febuari tarikh malang bagi cik siti. cik Siti accident. hu hu hu hu.... nasib baik kaki kanan je yang kena. dan nasib baik juga tangan cik Siti ni kuat pegang hubby cik Siti. kalau tak dah tentu... hish! selisih.

kejadian berlaku pada pukul tujuh mase nak pegi keje. lepas susur keluar dari Damansara Damai, hubbi cik Siti ekor ada satu lori towning kereta dari belakang. masa tu tak ada pelik berlaku sehinggalah ada besi jatuh dari belakang lori tu. Hubby cik Siti di belakang hilang kawalan sikit dan cik Siti fikir dia dapat elak besi tu. tapi tiba-tiba kaki cik Siti disebat oleh besi tu. kwang! cik Siti hampir nak jatuh. kaki sebelah dah cecah jalan raya. nasib baik cik Siti pegang kuat hubby cik Siti. pelahan-lahan dia ketepi. nasib baik kete masa tu tak delah banyak sangat. Cik Siti nangis semahu-mahunya. sakit..... kaki bengkak dan melecet sana sini. selipar sebelah dah kat tengah jalan. "Macam mana ni?" Cik Siti tanya hubby cik Siti. dia suruh naik semula motor dan terus gi klinik.

sampai klinik cik Siti kena tunggu 1 jam baru dapat rawatan. doktor cucuk sebab takut besi yang langgar cik siti tu berkarat. Doktor bagi 2 hari MC dan suruh rehat kat rumah. sampai kat rumah cik Siti nangis lagi... bisa tak boleh nak cakap. cik Siti telan ubat tahan sakit dan terus tidur. tak boleh nak bayangkan apa yang telah terjadi. harap-harap ianya tidak akan berulang lagi...

Warga Tmpoint Kepong Trip ke Melaka

Teratak pena | Sunday, February 07, 2010 | Be the first to comment!
Bertarikh 31 januari delegasi dari tmpoint kepong berkampung di rumah cik Siti. delegasi tersebut terdiri dr Mad, wan, adik syuk, lan, is ana, fatin, farah, kak ayu, jijah. memasing sebenarnya dah sampai pd hari sabtu, tapi saya je cik siti suruh datang ahad. ibunda cik siti dan adik cik Siti angah bertungkus-lumus menyiapkan hidangan untuk mereka... inilah wajah-wajah delegasi yang turut serta pada lawatan ke Melaka. itu pun mereka tak habis jalan. reason: sebab dia orang keliling dataran pahlawan sampai 5 kali....
Hidangan yang cik Siti bagi tetamu tu isi perut adalah ikan duri masak asam pedas, sayur nangka masak lemak, acar rempah(acar melaka), ikan goreng dah telur asin. fuh! mabeles...

Is pengemar asam pedas tak dengar suara masa makan. tunduk dan senyap. walhal dialah yang paling bising mulutnya.... hantu asam pedas tul budak ni



mase nak balik....




wajah gembira tuan rumah kerana delegasi sudi bertandang di rumah... terima kasih semua...




 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page