Salam Syawal Semua....
Dah lama sangat tak singgah teratak Bayu Kenangan ni. Kalau tuan tanah kedaung susah nak jejak rumah, apalagi yang tetamu yang singgah. Rindu memanglah rindu... tapi itulah, sibuk memanjang. Sekarang ni sibuk menyiapkan mss novel yang baru. hurm... sebenarnya sekarang ni mood dah kelaut. Nak menaip dah tak ada idea dan sekarang mood tengah down sangat. Sebab itu idea ni entah hilang ke mana.
Sebab apa, rasa macam diri ini macam hina sangat. Rasa macam nak menangis pun ada, rasa sedih pun ada, nak marah pun ada, semua ada.
Aku rasa mood nak bekerja macam dah tak macam dulu. rasa macam hati ni kena ramas macam hampas kelapa. Apabila kita menolong orang, dan orang yang kita tolong buat tak tahu, terima kasih pun tidak, agak-agaknya apa yang dirasa? fikiran aku satu saja. Mungkin bagus untuk aku mengetahui semua kerja. tetapi fahamilah. aku bukan robot dan aku bukan komputer yang boleh sumbat semuanya. Sedangkan komputer pun ada tempat simpanan dan ada quotanya. Apalagi aku yang bernama manusia.
walau pun raya, tapi hati ni rasa sedih yang amat sangat. Aku tahu, masih ada harapan untuk aku
JADUAL PENULIS KAKI NOVEL UNTUK PBAKL 2017
Teratak pena | Sunday, April 23, 2017 |
Be the first to comment!
Salam readers....
Lama sangat tak coretkan sesuatu di dalam teratak ni... Minta maaf banyak-banyak. BZ melanda sejak dua menjak ni. Alahai.. BZ lah sangat. Okey, kepada sesiapa yang berkelapangan, boleh terjah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang kembali bersiaran di PWTC. Yeha....
Untuk makluman, saya akan berada di sana pada 30 April 2017 dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang. Kalau nak berjumpa dengan penulis lain, bolehlah refer jadual yang telah diberikan.
Perasaan? Gementar yang amat sangat Rasa macam kecil aje, sebab ramai lagi penulis terkenal dan popular. Bersama-sama dengan penulis hebat membuatkan saya takut. Diharap segalanya berjalan dengan lancar.
Kepada peminat novel, rasanya inilah yang dinantikan. Bukan sahaja dapat berjumpa dengan penulis kegemaran, apa yang penting dapat mendapatkan naskah dengan harga yang berpatutan dan murah. Apa lagi... jom serbu!
Subscribe to:
Posts (Atom)

