Selamat Malam Semuanya...
Firstly, nak ucapkan jutaan terima kasih masih yang masih sudi bertandang di teratak ni. Cik Siti yakin dengan rezeki Allah. Mungkin Cik Siti tidak dapat rezeki yang diharapkan kerana Allah dah pilih rezeki lain untuk Cik Siti. Mungkin dengan berkat kesabaran dan juga mungkin kerana Cik Siti percaya dengan rezeki Allah.
Tahun ni, Cik Siti menghadiri dua buah temuduga. Mungkin sudah tertulis sudah bukan rezeki Cik Siti, Cik Siti redha dan tipulah kalau kata Cik Siti tidak berputus asa. Namun apa yang pasti Cik Siti teruskan juga kehidupan yang sedia ada tanpa Cik Siti sedar, Allah nak berikan rezeki yang lagi besar untuk Cik Siti.
Bulan Februari hari tu, Novel CINTA KAU DI MANA sudah pun diterbitkan di bawah KAKI NOVEL. Rasa gembira dan terharu silih berganti. Rasa macam tak percaya pun ada. Rasa seperti dalam mimpi bila dapat pegang novel sendiri.
Yang paling mengharukan, sokongan dari semua keluarga, saudara dan pembaca yang telah memberikan Cik Siti satu semangat untuk saya terus menulis. Kemudian, Cik Siti beranikan diri untuk menghantar manuskrip baru kepada penerbit lain. Al-hamdulillah.... kegagalan temuduga kenaikan pangkat Allah membalas rezeki yang lain.
Manuskrip Cik Siti diterima oleh Cute Publication dan setuju untuk menerbitkan satu novel Cik Siti. Sungguh Cik Siti tidak menyangka kerana ianya ibaratkan sebagai satu mimpi. Bulan ini (JULAI 2017) adalah bulan dengan penuh kesyukuran kerana Novel kedua untuk tahun ini telah diterbitkan. TIGA JODOH adalah sebuah naskah yang memberi makna kepada Cik Siti.
Nak tahu dari mana dapat Ilham dengan tajuk TIGA JODOH ni? Adik-beradik Cik Siti. Nak tahu lagi? tunggu next sembang.
CUSOON
Hati Merintih Tiada Siapa Yang Tahu
Teratak pena | Friday, June 30, 2017 |
Be the first to comment!
Salam Syawal Semua....
Dah lama sangat tak singgah teratak Bayu Kenangan ni. Kalau tuan tanah kedaung susah nak jejak rumah, apalagi yang tetamu yang singgah. Rindu memanglah rindu... tapi itulah, sibuk memanjang. Sekarang ni sibuk menyiapkan mss novel yang baru. hurm... sebenarnya sekarang ni mood dah kelaut. Nak menaip dah tak ada idea dan sekarang mood tengah down sangat. Sebab itu idea ni entah hilang ke mana.
Sebab apa, rasa macam diri ini macam hina sangat. Rasa macam nak menangis pun ada, rasa sedih pun ada, nak marah pun ada, semua ada.
Aku rasa mood nak bekerja macam dah tak macam dulu. rasa macam hati ni kena ramas macam hampas kelapa. Apabila kita menolong orang, dan orang yang kita tolong buat tak tahu, terima kasih pun tidak, agak-agaknya apa yang dirasa? fikiran aku satu saja. Mungkin bagus untuk aku mengetahui semua kerja. tetapi fahamilah. aku bukan robot dan aku bukan komputer yang boleh sumbat semuanya. Sedangkan komputer pun ada tempat simpanan dan ada quotanya. Apalagi aku yang bernama manusia.
walau pun raya, tapi hati ni rasa sedih yang amat sangat. Aku tahu, masih ada harapan untuk aku

Subscribe to:
Posts (Atom)