Bercinta Selepas Kahwin
Teratak pena | Friday, March 28, 2014 |
2 Comments so far
Bila bermulanya cuti sekolah gerenti ramai yang dapat kad jemputan kahwin, kan? Kahwin.... ada kata orang bila sampai seru kahwinlah. dan ada pula yang kata cukup hantaran bolehlah kahwin. Erm... kahwin, zaman sekarang kebanyakkan berkahwin dengan pilihan hati. bercinta dulu lepas tu baru kahwin. Yelah.... kata nak kenal hati budi dulu kan?
Kalau nak bandingkan dengan orang dulu, mereka berkahwin dulu kemudiannya barulah mereka bercinta. Percaya atau tidak, itulah yang terjadi pada Cik Siti. Orang sekeliling bercinta bagai nak rak, Cik Siti pulak masih single dan tiada siapa.
Sehinggalah orang datang masuk meminang mak kata kahwin! kahwinlah Cik Siti. walau pun memang dah kenal (Sebab sedara) tapi tak pernah pulak terfikir sampai nak kahwin. Mungkin dah kata orang tu jodoh tak kemana kahwinlah Cik Siti dengan pilihan keluarga.
Dan alhamdulillah.... ada manisnya bercinta selepas kahwin ni. Anak pun dah tiga dik! Hehehe....
Apa yang penting sekarang ini adalah Allah menciptakan seseorang itu ada pasangannya. cuma cepat dan lambat sahaja....
Belajar.....
Teratak pena | Thursday, March 27, 2014 |
Be the first to comment!
Ehsan dari Google
Belajar....
Memang tidak kenal masa, usia dan di mana sahaja. Belajar juga punyai maksud yang luas dan merangkumi pembelajaran yang baik atau buruk. Kalau belajar yang baik, jadi baiklah kita. Kalau sebaliknya? sendiri mahu ingatlah ye tuan puan.
Belajar ada masa susah dan ada masa senang. Ada masa kita faham dan ada masa kita buat macam faham-faham sahaja walhal bagai nak gila kita nak fikirkan.
Ada masa kita belajar dengan buku dan ada masa kita akan belajar dari pengalaman. Walau bagaimanapun setiap yang kita belajar perlu ada guru. Namun yang paling besar maknanya pada Cik Siti adalah berguru dengan pengalaman. Sebab kita tahu jatuh bangun kita dan kita sedar akan siapa pun diri kita.
Belajar sesuatu yang baru dan yang baik tidak boleh malu. walau berapa jarak umur kita, belajar dengan yang lebih muda adalah tidak salah. itu semuanya untuk kita menambah ilmu. Dan yang penting juga jangan malu untuk bertanya. Walau berapa tinggi dan rendah pangkat seseorang itu kita tidak boleh malu untuk bertanya. Dan kata-kata senior Cik Siti masih lagi menyanyi ditelinga Cik Siti:
...Kau nak takut apa? Dia manager pun manusia biasa. Kau tak cuba tanya kau tak tahu macam mana....Betul kata dia tu. Dan sekarang Cik Siti kalau nak belajar sesuatu Cik Siti akan bertanya. Tetapi sebelum nak bercakap dengan level yang lebih tinggi tu kena ada caranya. Nak marah? tak apa. Yang penting kita cuba. Tak buang duit pun kalau kita berkongsi ilmu. Ye tak?
So selagi bernafas, selagi itu kita akan belajar. Cuma cerita dan perkaranya sahaja yang berubah.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)
