Bertemu kembali...
Entri terdahulu Cik Siti ada selitkan gambar kuih vadai dan Cik Siti pernah kata nak kongsi resepi kan? Kalau tak menjadi segan juga nak kongsi. Sebab masa buat mula-mula tu memang tak menjadi. keras macam batu. wal hal Cik Siti memang ikut resepi. Tak tahu mana silapnya. jadi Cik Siti tanyalah auntie yang kerja kat tempat Cik Siti. Kebetulan dia pula berketurunan india. Ala... nak belajar mana boleh malu, kan? Okey, mari kita tengok apa ramuan yang perlu ada dalam melaksanakan resepi ni... Cewah Cik Siti perasan sendirilah...
250 gm kacang dhal (beli kacang dhal australia) inilah rahsianya.... dulu Cik Siti main bantai je beli kacang dhal.
kemudian kacang tu direndam. biasanya kalau Cik Siti nak masak esok tengahmalam dah rendam dah.
1 labu bawang besar dipotong dadu -(kalau nak lebih pun boleh)
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
1 tangkai daun kari
1/2 sudu jintan kasar (ditumbuk)
1/2 sudu cili giling
cili hijau di mayang halus. kalau nak pedas lagi boleh guna cili api.
Garam secukup rasa
sedikit baking powder
Okey, cara-caranya adalah:
Kacang dhal yang direndam ditumbuk atau diblend. Terpulanglah kepada anda nak kasar atau halus. kemudiannya campurkan semua bahan-bahan yang lain. kacau sebati dan tunggu lebih kurang sepuluh atau lima belas minit. kemudian kita ambil adunan dan leperkan ditapak tangan akhirnya kita masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak untuk menggoreng. Dah! siap! sedap kalau makan panas-panas atau makan dengan cili hijau.
Apa macam? ada yang berminat? Boleh cuba. tak rugi. Insyaallah.... menjadi. Bukan semua kacang dhal yang boleh buat kuih ni. O..... macam burung belatuk bila Cik Siti dengar seisi belajar buat kuih ni.
Okeylah.... selamat mencuba semua.....
No comments:
Post a Comment
Dah baca sila komen ye... Terima kasih...