Cendol darat

Teratak pena | Sunday, June 09, 2013 |
                    Tak jumpa gambar cendol darat tempekkan gambar ni pun jadilah ye.... (Ehsan dari google)

Selamat Hari Minggu...

Hujung Minggu begini apakah agaknya menu kalian? Menu Cik Siti hari ni udang masak lemak kuning, Sup ayam, sambal telur dan sambal belacan kedondong. erm.... sebut tentang makan yang sebenarnya Cik Siti teringatkan nenda Cik Siti yang bercerita tentang cendol darat. Puaslah Cik Siti google macam mana rupa cendol darat tapi tak ada!

Rasa-rasa semua orang mesti tak pernah dengar cendol darat ni kan? Cik Siti yang 36 tahun hidup pun belum pernah tengok apa lagi nak merasa.  setakat dengar dari mulut nenda dan bonda Cik Siti je. Biasanya cendol darat ni dibuat bila anak kecik yang baru cecah tanah.

Bonda kata sedap.  Bila nak suruh bonda buat, bonda kata "jangan nak mengada.  Bukan senang nak buat dia."

Apa yang Cik Siti gambarkan dan apa yang dicerirtakan oleh nenda Cik Siti, rasanya lebih sedap lagi cendol yang ada sekarang ni (nenda kata yang sekarang ni dia orang panggil cendol laut) pulak dah...

banyak bezanya dengan kedua-dua cendol ni.  cendol yang sedia ada guna tepung beras.  cendol darat? cik Siti tak pasti.  katanya bercampur dengan tepung pulut. pas tu... cendol sekarang ni kita tekan tepung yang mana bawah tu air sejuk kan?  yang cendol darat ni pulak kita kena tekan atas periuk yang dimasak dengan air gula melaka.  panas tu! Tapi yang bestnya.... cendol darat ni tak pakai santan.  Entah Cik Siti pun tak pernah nak tengok macam mana rupanya cendol darat ni.

Cik Siti tanyalah juga.  ajarlah macam mana buat.  mana tahu Cik Siti boleh buat  jual.  gerenti orang mesti beli.  bukan ke pelik namanya.  Cendol darat.

sekali lagi.... "bonda kata... dah jangan nak mengada..." huhuhu.... teringin pulak nak tengok macam mana agaknya cendol darat ni.

#Teringat dulu masa kecik-kecik kalau bulan puasa nenda Cik Siti suka buat cendol sendiri.  Cik Siti yang masih kecik time tu cukup suka tengok cendol yang keluar dari tempat tekan tu.

Erm... panas-panas macam ni kalau penkena cendol tapai sedap juga!

4 comments:

  1. knah juga baru nie dengar cendol darat.macam mana ye..lepat cendol pernah la makan..dulu kecik2 mak knah juga buat sendiri cendol ni..=) knah juga follow sini =)

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar
    tapi betul juga tu
    cendol laut terjun dalam air
    cendol darat guling2 je atas periuk
    hehe

    ReplyDelete
  3. kak Nah: itulah... nak sangat merasa... tp bonda dengan nenda kata susah nak buat. orang dah tak buat dah... kalau dapat resepi nak juga buat

    En tehr: itu le gamaknya.... berpeluh juga dia orang buat tu

    ReplyDelete
  4. la;o [erya,a hia dengar cendol darat ni. wahh..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page