Kalau Tiada Rezeki...

Teratak pena | Tuesday, June 25, 2013 |


Air mata ini masih berbaki,
Kasih sayang pasti dilimpahi,
Kalau sudah tiada rezeki,
Berserah kepada ketentuan illahi.

Penat terasa berjalan kaki,
Singgah berehat di tepi perigi,
Kalau sudah tiada rezeki,
Tanamkan semangat usahalah lagi.

Indah sungguh diwaktu pagi,
Mentari terbit kian dinanti,
Tiba masa berusaha lagi,
Kelak pasti rezeki menanti.

Rindu hati terasa pedih,
Saat berjumpa dunia berseri,
Tiada rezeki usah bersedih,
Kelak ada hikmah tersendiri.

Senyum terukir di hujung bibir,
Bukan senang sayang diukur,
Gembiralah hati senyum terukir,
Tiada rezeki bukannya tersungkur.

4 comments:

  1. bukan senang sayang diukur
    seronok bila dapat dirasa
    tiada rezeki bukan tersungkur
    pastinya tiba di suatu masa

    ReplyDelete
  2. Pucuk gajus pucuk meranti,
    bawa belayar di dalam perahu,
    pasti ada rezeki menanti,
    cepat atau lambat tiada yang tahu.

    ReplyDelete
  3. salam..aik asal ni tka der rzki..klu saya bersangka baik..mungkin bukan rezeki kita rezki org lain.rezki kita dah Allah tentukan..jdi kita mesti sangkal yang baik.terkadag kita mmg salahkan diri sndri tak sebaik org lain tpai kita silap sebenarnya apa yang dia berikan pd kita yang tu yg terbagus dlm kehidupan kita...

    jadi jgn susah hati dan berduka ya..

    eh cik admin..msh keje bhgian khdimt pelnggan tm tu ker?

    ReplyDelete
  4. Turun ke laut hajat mencandat
    Bersama bekal lauk di rumah
    Teman berteman dengan Pak Samah
    Ketika hidup dikandung adat
    Bila mati dikandung tanah
    Pada Maha Pencipta kita berserah

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page