Kerja: Gaji atau berkat (ii)
Teratak pena | Friday, June 14, 2013 |
selamat bertemu kembali....
Dulu Cik Siti ada selitkan en3 gaji atau berkat. sekarang ni Cik Siti nak kongsi bagaiman cara Cik Siti cuba mencari keberkatan tu.
Setiap hari sebelum Cik Siti keluar rumah, sebelum melangkah dari keluar rumah Cik Siti berdiri patung depan pintu. Okey.... yang baik Cik Siti nak kongsi. Bila berdiri depan pintu sebelum Cik Siti nak melangkah Cik Siti akan memanjat doa. Erm... pastikan doa tu utk kebaikan ye...
Doa yang selalu Cik Siti baca sebelum keluar dari rumah: "Ya Allah Ya Tuhanku.... aku bermohon kepadaMU... KAU berkatilah rezekiku hari ini, kau mudahkanlah urusan kerjaku dan kau mudahkanlah urusan harianku... Ya Allah Ya Tuhanku... KAU lindungilah aku dan seluruh keluargaku kau berikanlah setiap mereka yang datang dengan hati yang sabar dan hati yang tenang." Dan langkah keluar dari rumah dengan kaki kanan.... dan Insyaallah.... Allah akan bersama-sama dengan kita setiap niat kita yang ikhlas.
Doa tu terpulanglah kepada setiap individu. itu Doa yang Cik Siti reka sendiri. Insyaallah... Allah akan melorongkan kerja kita dengan mudah.
Okeylah.... dengan penghulu segala hari... Cik Siti doakan anda semua diberkati dan rezeki akan sentiasa mengalir... Amin...
Wajah muram hilangnya seri,
sedih mencari pengganti teman,
Hari jumaat penghulu hari,
Banyakkan amalan tingkatkan Iman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmm.. *keluhan*
ReplyDeleteTak boleh sebenarnya ada nada keluhan ni, lagi2 di waktu pagi macam ni. Tapi entahla, semakin tak bersemangat nak kerja lately. Mungkin tak ada motivasi diri macam yang akak buat ni. Thanks ya atas panduan. Mungkin akan bersemangat lepas ni bila buat apa yang akak buat ni...
bila lah dimanfaatkan bersama doa tue. terima kasih dengan perkongsian ini.
ReplyDeleteNita: Insyallah... akak pernah dulu rasa macam nak berhenti kerja. tp banyakkan berdoa kepada Allah... nyanyilah lagu yang boleh naikkan motivasi...
ReplyDeleteFyna: boleh cuba.... Insyallah...
amin
ReplyDeleteallah sentiasa faham apa juga bahasa yang digunakan
moga2 kita sentiasa beroleh keberkatan
En Tehr: mudah-mudahan.... Amin...
ReplyDelete