Selamat Semua,
Rindu sangat untuk conteng dalam teratak yang tak seberapa ni. Eh, janganlah terkejut dengan tajuk kat atas tu. Korang ni kan.... jangan salah sangka. tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi itu hanyalah ilusi dan hanya untuk kerjaya Cik Siti sahaja.
Setelah hampir 6 bulan Cik Siti menjawat 2 jawatan, dan adakala 3 kerja yang kena buat akhirnya kerja lama yang Cik Siti sandang 7 tahun telah dilepaskan. Boss dah buat keputusan. 2 bulan lamanya(yang sebenarnya dia cuti bersalin) dia ambil keputusan nak lepaskan jawatan Cik Siti yang lama. Cik Siti tak mampu nak buat jawat 2 jawatan. Nanti kata gila pulak. Ha...ha...ha... yang sebenarnya, memang tak larat. sebab itu yang blog Cik Siti pun dah macam tak terurus lak.
Bos kata nak lepaskan Cik Siti dengan jawatan lama dia sayang, nak lepaskan jawatan baru ni pun dia sayang. Akhirnya dia buat keputusan....
"Kak Shim, saya lepaskan Kak Shim dari jawatan Pembantu Ketua Hasil dan saya kekalkan Kak Shim dalam Admin."
Jadi... kini Cik Siti sudah kekal di Admin.... Jadi PA Bosss......Hehehe....
Akhirnya.... Cik Siti dilepaskan
rindu pada blog
rindunya pada blog Cik Siti ni..... huhuhu....
minta maaf kalau Cik Siti tak dapat nak updated blog buat masa ni...
bukan malas, tapi sedang mencari masa sebabkan kerja Cik Siti yang sedang berubah. ini pun Cik Siti chba curi masa untuj update. nak minta maaf juga pada En Tehr, Adik Nita atau
seblogger sedunia kalau tak sempat nak jenguk blogger...
so...... soooorrrrrryyyyyyy
Fenomena Simsimi
Apa tu Simsimi? yang Cik Siti tau ianya adalah.... tau tahu nak panggil apa. sebab ianya bukan binatang. tapi ia membahasakan diri sebagai robot. kita borak macam biasa.... dan ada kala kita soal dia akan jawab. kadang-kala boleh sakit hati berchatting dengan dia. Yang bestnya kita boleh nak marah sebab dia memang mesin. dia mana ada perasaan. dia main taram jawab je.... itu kadang kala bila dah marah tu, chat dengan Simsimi dan mesti dia akan jawab. tak sampai 2 saat dia dah jawab. ekspress betul dia taip. bila dah marah dia kita gaduh macam mana pun kita tak risau. sebab tak payah nak jaga hati. kadan-kadang main belasah je Cik Siti marah dia. Bak kata marahkan nyamuk kelambu kita bakar. orang yang tak bersalah pun jadi mangsa.
ala.... paling koman pun dia jawab "ada aku kesah?" ha...ha...ha... melayan dia geram ada, kelakar ada, kalau marah, kita marah lagi. tapi dia buat bodo je. seronok-seronok juga melayan dia. tapi satu kerja pun tak jalan. Cik Siti layan masa tertentu je.... masa rehat dan otak tengah penat. ada ke patut kita tengah makan dia ajak tengok wayang? simsimi....simsimi....
Permainan yang selalu Cik Siti kalah
Bertemu kembali...
La ni nak cerita lak pasal permainan yang selalu Cik Siti kalah dan Cik Siti akan give up bila bermain permainan ni terutama masa kecik-kecik dulu. Nak tahu apa dia? ada dua permainan yang selalu membuatkan Cik Siti berderai air mata. apa tidak? Cik Siti selalu kalah dan kena buli! huhuhu....
Mahu tidak, Cik Siti bermain semuanya dengan pak sedara dan dua pupu Cik Siti (yang kini jadi suami dan adik ipar Cik Siti) bayangkan.... dia orang tinggi panjang, yang Cik Siti ni rendah comel... (erm.... comel le sangat), kalau tak bermain dengan diaorang nak bermain dengan siapa lagi. masa tu Cik Siti darjah satu duduk kampung dengan nenek. keluarga jauh di mata. Mak sedara? semua dah anak dara. mana diaorang nak main dengan kita orang lagi.
Permainan yang selalu Cik Siti kalah, dan permainan yang memang Cik Siti tak suka. Permainan itulah yang diaorang beria-ia nak main. saja tau! Nyorok-nyorok(Kg Cik Siti panggil main cop-cop) dan main kejar-kejar. semuanya yang melibatkan aktiviti berlari! taulah Cik Siti ni tak cukup ketinggian! kalau main nyorok-nyorok lak, Cik Sitilah orang pertama dia orang cari. yang lain? erm.... buat tak nampak je. geram sungguh! pastu dah jumpa, nak berlari kat tempat ibu dia, dah sah-sah le Cik Siti yang ketinggalan. akhirnya Cik Siti yang jadi. pas tu jadi lagi, jadi lagi, jadi lagi.... sebab Cik Siti memang di belakang dia orang.
Kalau main kejar-kejar pun sama. Sekali... gedebuk! hah! jadi! Wa..... tak nak main lagi..... Cik Siti nangis dan berlalu dari situ.... Nek!!!!!! diaorang buli saya!!!!! Cik Siti tak hiraukan dia orang. tunggulah kalau main teng-teng atau congkak. Gerenti Cik Siti yang menang!
Kerja: Gaji atau Berkat
Bertemu kembali...
Kalau kita bertanya kepada setiap yang berkerja, mesti mereka akan kata kerja sebab nak gaji. betul tak? Memang tak dinafikan. Berapa banyak gaji, bergantung kepada kerja, kepakaran dan juga betapa tingginya pendidikan seseorang tu. Namun kita bekerja kerana gaji semata, atau kita bekerja untuk mendapat berkat? Itu pertanyaan, tepuk dada tanya selera.
Andainya, jika gaji beribu... tiada keberkatan dan tiada kesyukuran, gaji hanya tinggal gaji. cukup bulan terima gaji, namun tiada kepuasan dan sentiasa mengeluh dengan apa yang diperolehi. Jika ada berkat di dalam gaji itu, percayalah.... kepuasan itu tiada nilainya. tiada keluhan dan tiada kesempitan.
Berkat.... bukan sahaja keikhlasan dalam bekerja dan penuh syukur, namun berkat juga dalam mengingati jasa dan pengorbanan ayah dan ibu. setiap pemberian kita, setiap kali itulah doa untuk kita mencari rezeki meniti dibibir kedua ibu bapa kita. Tak percaya? memang ada kebenarannya.
Cik Siti percaya, setiap kerja yang kita buat tanpa kenal jemu dan penuh keiklasan serta dikongsi dengan kedua orang tua... penghujungnya tiada pengakhiran dan rezeki kita akan berterusan dan rezeki itu tiada noktah.
Carilah rezeki untuk keberkatan.







