En3 khas: Award dari CheQpPJoy

Teratak pena | Monday, April 26, 2010 | 1 Comments





Baiklah, entri ni ingin berkongsi kegembiraan bila mendapat award sekali 3. Suka + gembira=bangga. Terima kasih atas award yang di beri.... Award yang Cik Siti terima kasih ini adalah dari CheQpPJoy.... Gembira tak terkata rasanya....





Okeylah... dengan en3 yang ceria dan menggembirakan, jadi cik Siti nak kongsi award ni dengan

Cik Nahdatul Izah

dan semula follower... leh x? He...he..he...

Kalau tak cerita pasal Cik Siti memang tak sah, kan? 7 Perihal tentang cik siti....
1) Of coz cik Siti ni minat dengan dunia penulisan....
2) Suka masak dan makan...
3) satu tabiat cik Siti... suka beli pen walau pun dalam laci banyak pen
4)Cik Siti tak suka dengan orang yang hipokirt
5)Suka jalan... tak kiralah ke mana walau pun ke pasaraya...
6)Pantang dapat gaji asyik dok beli baju anak walau sehelai....
7)Cik Siti tak ada pelajaran tinggi.. cukup dengan STPM



layouts myspace


Aktiviti ari ni...

Teratak pena | Saturday, April 24, 2010 | Be the first to comment!

En3 kali ni nak cite sal aktiviti yg cik Siti buat. kalau tengok gambar tu dah tentu korang ingat cik Siti ni buat aktiviti lasak. sukan futsal. he..he... kalau cerita dengan teman-teman yang kenal dan sedare gerenti dia orang gelak besau punya. yelah, dengan liang-liang lemak yang berlebihan, dengan ketinggian yang tak cukup korum dah sah memang dia orang gelak guling-gulingnye.

yelah... sebut sal sukan gerenti Cik Siti jadi orang yang paling akhir nak main. bukan apa, nanti tak pasal-pasal kena jerit. sebab apa, cik Siti ni cepat penat. Okeylah... berbalik dengan cite yang sebenaunye.

yang sebenaunye cik Siti ni bukanlah minat sangat dengan sukan futsal atau pun bola sepak ni. tapi kalau bab mengata hubby cik Siti no satu. Yelah... pasukan yg kita orang sokong lain-lain. sorang MU dan sorang lagi LIVERPOOL. tapi ptg ni dia ajak tengok dia buat latihan futsal. dahlah dengan sakit kepala bagai nak gile sebab selsema, sbb hubby cik Siti, ikutkan juge. pas tu sempat juge le bawak pom-pom team terdiri dari putera-puteri cik Siti. yang bestnya hubby cik Siti jadi penjaga gol anak-anak cik Siti bersorak cam lak ayah dia yang rebut bola....

apa-apa pun seronok juga sekali sekala tengok orang bersukan ni...

okeylah itu report cik Siti ari ni. Hidup.....(teka mana satu pasukan pilihan cik Siti)

layouts myspace

Kahwin Pilihan Keluarga?

Teratak pena | Friday, April 23, 2010 | 2 Comments so far
Okeylah... en3 kali ni cik Siti nak cite ckit psl kawen pilihan keluarga. Sbb apa? memang kena kat batang idung cik siti. mase tu tempat keje cik siti semua terkejut. yelah... bercinta tak, berkasih pun tak tup tap tup tap dah merisik... cite ni bukan le berlaku zaman 80 an. zaman millenium tu.... mase tu tahun 2001. hish...hish... budak opis cik Siti mase bertanya dengan cik Siti macam cik Siti penyanyi popular. tp yang tak bestnya...ada yang anggap semua ni macam tak masuk akal. 'takkan ko tak ada pak we Ti?" diorang dok tanya. cik Siti gelengle kepale sbb cik Siti memang x pernah bercinta walau pun dah keje. masih takut dengan penangan ibunda yang siarkan ceramah percuma.

tak sangka... yg sebenaunya cik Siti ni memang tak pernah terlintas nak kawen dengan hubby cik Siti. bukan org lain pun... sepupu sepapat cik Siti juge. mak mertua cik Siti pun cik Siti panggil dia mak ngah(sebelum kawen)

nak ceritakan detik-detik cam ne cik Siti kene kawen dengan die? he..he... he... bukan menarik pun... tp cik Siti x kesah sbb dah nama blog cik Siti ni pun Bayu Kenangan....

cite bermula mase cik Siti keje dengan Kedai Telekom (sekarang TMPoint) di melake. ada satu ari ahad cik siti kene keje. jd cik siti pun gi le keje. nampak kete pak mertua nampak mertua terus salam... yelah... nama pun sedare nanti kate x hormat sedare.... tp pelik mase tu hubby cik Siti pun balik. pelik bin ajaib sbb dia ni memang liat nak balik kampung. kalau x raye, keje kawen atau meninggal memang susah nak nampak batang idung die. okyelah.... mungkin dia nak ambik angin kot... tak kisahlah ini kan kampung dia. cik Siti dok bebel sorang-sorang.

balik tu ibunda cik Siti dok ajak gi melake. jd ape lg? takkan nak dok rumah sorang-sorangkan? pegile... balik tu nampak kat rumah tok yah(atuk cik Siti) cam riuh je. cik siti pun buat x tau je. sampailah mak sedare cik Siti dok kate 'tak lame lg makan nasi minyak le kite.' Cik Siti masih buat x tau sbb cik Siti ingat mak sedare Cik Siti yang nak makan nasi minyak.

sampai le malam tu... 2 ari sebelum raye haji... cik Siti tengah dok raut daun kelapa nak buat ketupat dan ibunda cik Siti tanya soalan maut. 'Long, ko dah ade pakwe ke?' pas tu Cik Siti pun jawab le 'sape nakkan anak mak ni? rupa tak de...' merendah dirilah pulak... dan ibunda cik Siti pun jawab.... 'mak ngah tanyakan ko' dengan selamba cik Siti jawab 'la.... apa kene mengene lak mak ngah dengan saye?' bila ibunda cik Siti tanya buat kali kedua wah! lidah Cik Siti dah jadi kelu badan cik Siti pun dah tegak tak bergerak. Cik Siti pandang ibunda. tul ke ni? atau april fool?

statement yang tak leh lupe...'tok yah ko dah suke, nenek dengan nek long pun dah setuju. mak tak kisah. kalau mak lagi suke sebab mak dah kenal dia.' dan ayat yg cik siti tak fikir lama...'suke ati mak le... kalau baik pada mak baikle pada saye...'(statement anak mithali) tapi yg jd persoalan siapa? Cik Siti dok tanya lagi...sebab hubby cik Siti ni semuanya lelaki. cam Cik Siti semuanya pompuan.

'Aris.' hah? musuh ketat cik Siti time kecik-kecik? o... no....

tapi... sekarang dah 7 tahun kawen... mase mule-mule tu tak dapat bayangkan cam ne perasaan cik Siti. Sekarang? Ana sudah anak 3.... he...he...he... ada masanya kawen pilihan keluarga ada manisnye....

Info Ari Ini

Teratak pena | Tuesday, April 13, 2010 | 1 Comments

Okeylah, entri kali ni Cik Siti nak kongsi ilmu dengan semua. sebelum terima pelawaan cik Izzah untuk updated gedik-gedik di Melaka, apa salah selitkan info ye tak? Info ni cik Siti godek dari alam maya (internet le tu) layan jelah... okey wat dapat ilmu...

Sayur-sayuran yang boleh mencegah kanser



BROKOLI

Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.


TOMATO

Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.


KUBIS

Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.


BAWANG PUTIH dan MERAH

Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.


LOBAK

Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.


LADA MERAH

Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.


Dapat Award.....

Teratak pena | Monday, April 12, 2010 | Be the first to comment!
He... he...he... en3 kali ni kembang kepis idung cik Siti bila dapat award dari adik kesayangan... Thank u angah yang sudi berikan award kat kite...

amanat yang perlu di lunaskan atau syarat-syarat dia adalah....


1)Bebanyak terima kasih kat orang dah sudi bagi award ni...

terima kasih kepada http://nahdatulizah.blogspot.com a.k.a angah yang bagi award ni....

2)pas award ni kat 15 bloggers....

*untuk semua followers cik Siti jangan segan ambik award ni ye.....

3)jangan lupa bagi tau yang ada dah pun dapat award tu ye....

4)7 tentang diri anda...

-Cik Siti dah berkeluarga dan dah ada anak 3 pun

-suka menulis cerpen, novel dan puisi...

-Cik Siti berbintang scorpio

-masih lagi fobia nak bawak kete sebab first time bawak dah accident

-Cik Siti suka dengan sesuatu yang baru... sebab itu Bayu Kenangan ni dok asyik tukar rumah

-Kehilangan ayah sejak berusia 17 tahun lagi....

-Cik Siti suka makan.... ha...ha...ha...

Okey... kepada semua follower... jangan lupa ambik award ni....


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page