Hati penuh dengan rasa debaran

Teratak pena | Thursday, December 30, 2010 | 4 Comments so far
Seingat Cik Siti rasa debaran masa Cik Abang nak angkat nikah. la ni.... hati Cik Siti penuh debaran kerana anak nak masuk sekolah. he...he..he... pelik, anak nak masuk sekolah ibunya pula yang rasa debarannya. Esok penentuan bagi anak Cik Siti di manakah dia akan ditempatkan di dalam kelas. Orentasi darjah satu yang bermula 9.00 pagi esok disusuli dengan peperiksaan untuk anak Cik Siti. di situlah dia akan ditentukan kelas.

Bukan itu sahaja, bermula 3 hb ini juga ikrar Cik Siti akan dibacakan oleh seluruh warga kerja diseluruh Malaysia... debaran tu tak boleh nak diceritakan. semasa Cik Siti baca buat kali pertama dengan permintaan boss Cik Siti, Cik Siti dah cuak. tangan Cik Siti dah menggigil..bukan apa, kembang kuncup bila orang baca hasil nukilan kita. jam 815 pagi 3hb boss Cik Siti dah request nak suruh Cik Siti laungkan ikrar tapi.... Cik Sitikata:

Sorry.... boss..... anak nak sekolah. Cik Siti cuti....


Apa pun Cik Siti nak ucapkan kepada anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan tahniah diucapkan dan semoga berjaya menempuh alam baru....


note: hish! macam Cik Siti lak nak ambil peperiksaan.... rindunya waktu sekolah....

Tahniah Buat Skuad Kebangsaan

Teratak pena | Thursday, December 30, 2010 | 1 Comments
Firstly Cik Siti nak ucapkan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dengan kejayan besar menumpaskan Indonesia dengan agg 4-2... Tahniah! Tahniah! Tahniah!....

cik Siti balik keje kedai mamak dah penuh dengan peminat bola sepak. sampai rumah dapat tengok separuh masa kedua je...

walau bagaimana pun cik Siti rasa lega kerana tiada insiden yang tidak diingini...


Tahniah sekali lagi buat Skuad Kebangsaan


Note: Hari jumaat 31/12/2010 diistiharkan cuti.....

Belajar Petua....

Teratak pena | Tuesday, December 28, 2010 | 2 Comments so far
Hari ini Cik Siti nak kongsi petua yang dah Cik Siti pelajari dari nenek, ibu dan disekeliling Cik Siti. Kebanyakan petua Cik Siti untuk petua di dapur. sebab Cik Siti ni orang dapur.... he...he..he... jomlah godek petua yang dah Cik Siti dapat sepanjang hidup Cik Siti.

1)Melembutkan daging ayam kampung/ayam tua
rendamkan ayam dengan nenas sebelum memasaknya. insyaallah daging cepat empuk dan lembut.



2)Kalau anak susah nak buang air besar
kalau anak susah nak buang air besar, semasa dia meneran kacaukan air panas suam dengan gula dan suakan dia semasa dia meneran. baca selawat tiga kali sebelum bagi ye...


3)Santan tahan lama
masukkan garam secubit... dan yang paling penting, santan jangan diletakkan di atas simen. itu akan membuatkan santan kita akan cepat basi.


4)lembutkan kacang hijau
Kalau nak cepat masak kacang hijau, masukkan sudu di dalam periuk semasa merebus kacang hijau .


5)Mengelakkan kutu beras
Taburkan cili kering di dalam bekas berisi beras.


6)terkena cirit -birit
Buatlah teh o pekat dan minum tanpa gula.


7)Kalau sakit kepala
Yang ini boleh basahkan tuala dan letakkan di dahi... rehat sebentar... insyaallah...


8)menghalau semut
boleh letakkan daun pandan/sabun wangi di tempat yang banyak semut.


itu saja yang boleh Cik Siti kongsi... kalau ada lagi Cik Siti akan beritahu....

Note: nak korek lagi petua dengan bonda Cik Siti...

Apa ada pada kampung

Teratak pena | Thursday, December 23, 2010 | 4 Comments so far
hi semua.... bersua kembali... okey kali ni Cik Siti nak kongsi cerita tentang kampung. kenapa semua orang tak kira siapa saja kalau sebut saja kampung mesti seronok. terutama sekali kanak-kanak? ha..ha..ha... masa inilah mereka semua bermain tanpa mengukur jalan.... mereka boleh main sepuas-puasnya.

Ini Cik Siti nak jamu semua suasana kampung Cik Siti. biasalah kalau kat kampung ni... pokok kelapa dah wajib ada. kebanyakkan viewnya hijau.... nan subur(Erm... teringat lak lagu hijau nyanyian zainal abidin)



View ni diambil semasa waktu senjakala... cantikkan?




Gambar ni jiran-jiran dikampung cik Siti boleh dikatakan kesemuanya sedare-mare Cik Siti... masa kenduri yang paling seronok... yang mana kesemuanya bersama nak menjayakan kenduri....



Kampung... penuh dengan kedamaian dan ketenangan.... hijau saujana mata memandang...



Tengoklah kami kalau dah berkumpul memang tak boleh nak makan kat dalam... tak muat! kalau tidak pun kena makan ikut trip. first trip orang lelaki pastu yang ladies + anak-anak mereka... ini masa 2 tahun lepas. la ni???? ermmm biasanya Cik Siti yang last sebab dok layan anak...he..he..he...

Nampak gayanya hujung minggu ni rumah bonda Cik Siti riuh le....


Apa pun layan jelah lagu ni...



Note: Nak balik esok..... bye!bye!

Selamat Bertunang...

Teratak pena | Wednesday, December 22, 2010 | 1 Comments


Okey.... en3 khas ni Cik Siti nak ucapkan:

SELAMAT BERTUNANG


kepada adinda Cik Siti iaiti Cik Nahdatul Izzah pada 25 hb ini... semoga berkekalan hubungan cinta dan selamat ke jinjang pelamin

Note: Jom terjah blog adik Cik Siti ni... dia pun blogger tegar dan lebih lama berkecimpung dalam dunia blog ni....Tahniah sekali lagi Cik Siti nak ucapkan... Cik Izzah & Najib

Hati Berbunga Riang...

Teratak pena | Tuesday, December 21, 2010 | 4 Comments so far


Hari ini, selepas Cik Siti rehat dan balik dari makan handphone cik Siti berbunya. Ayo yo.... tengok nombor macam HQ. Hati Cik Siti dah berdebar-debar... rasenya Cik Siti tak ada buat silap. Cik Siti pandang pada supervisor Cik Siti... dok pelik juga. Bila dia perkenalkan diri, Cik Siti barulah tenang. tapi tiba-tiba dia kata Tahniah! anda adalah pemenang. Cik Siti bluuurrrrr sekejap.

O... baru Cik Siti ingat Cik Siti ada masuk peraduan mencipta ikrar untuk syarikat. Cik Siti kelu lidah masa tu... tak tahu nak cakap apa. Cik Siti tulis tu pun tak ada fikir nak menang pun... saja suka-suka...

Tapi yang paling Cik Siti terkejut Ikrar yang Cik Siti cipta itu akan diguna pakai kepada semua outlet di Malaysia termasuk sabah dan sarawak... berbular biji mata Cik Siti. Diguna pakai? bayangkan sebanyak 100++ outlet akan menggunakan ikrar ini
setiap pagi... memang Cik Siti tak boleh cakap apa...


Ikrar yang dicipta itu akan mula digunakan pada 3 h/b januari ini...


memang Cik Siti tak sangka betul. cik Siti tak mengharapkan dan Cik Siti pun hampir lupa masuk peraduan tu...

note: Nak menangis pun ade....

Malu Bertanya Sesat Jalan

Teratak pena | Saturday, December 18, 2010 | 3 Comments so far



Malu bertanya sesat jalan.... ermmmm bila kita pergi ke sesuatu tempat yang agak asing bagi kita dan kita tidak tahu mana nak tuju selalunya kita akan mencari pertolongan. Biasanya kalau kita drive kita akan singgah ke stesen minyak. isi minyak barang sepuluh ringgit walau pun tangki setengah lagi, atau masuk ke dalam beli air atau roti. ibaratnya kita berterima kasih... namun dalam erti kata singgah sempat juga kita bertanyakan arah. biasanya mereka yang bekerja di stesen minyak lebih arif. tapi jalan tersalah tanya. sila bertanyakan kepada yang faham bahasa melayu sahaja ye. nanti tempat lain pula yang sampai.

Peribahasa tu tak semestinya kita fokus kepada penunjuk jalan sahaja, kan? dalam kita belajar dan juga bekerja juga perlu juga bertanya jika kita tidak tahu dan buntu. jangan pulak nanti kita dikatakan bodoh sombong. tak rugi kita bertanya dan tak salah kita buangkan sifat malu untuk kita berjaya dan belajar. Jika kita bertanya, kita akan belajar sesuatu yang mana mungkin tidak pernah terfikir oleh kita. dan untuk kita belajar usah mendengar kata orang lain melainkan hati dan fikiran kita seniri. tanamkan niat untuk belajar dan buangkan rasa rendah diri itu.

Cik Siti nak ceritakan sikit pengalaman hari pertama Cik Siti menjejakkan kaki di opis Cik Siti. masa tu kebanyakkan orang-orang lama. Jadi Cik Siti ditempatkan di Telegram. First time jumpa memang le pelik. Cik Siti tanyalah itu apa, ini benda apa dan tahu apa jawapan yang Cik Siti dapat "Saya malas nak ajar awak. Bukan apa, dua tiga hari kat sini lepas dah ke tempat lain." Pang! tepat kena muka Cik Siti(Bukan dia tamparlah) cuma cik SIti sentap sikit.

Tapi Cik Siti wat muka seposen dan buat muka tak bersalah Cik Siti ikut mana saja dia pergi... kecuali tandaslah... sambil dia buat kerja Cik Siti tanya. nak tak nak dia kena jawab juga. Yes! Cik Siti dapat juga belajar dengan dia. Ternyata apa yang Cik Siti buat akhirnya memberi jawapan apabila Cik Siti kena ganti dia setelah dia berpencen. Nasib baiklah Cik Siti belajar... kalau tidak mahu naya juga...

Nak berjaya juga jangan kedekut dengan ilmu... pada Cik Siti kalau kedekut ilmu lagi banyak yang kita dapat lagi banyak yang kita hilang....


Note:Pernah tanya Pak Guard di CM mana letaknya tandas...

Lagu Yang Paling Menyentuh Hati

Teratak pena | Saturday, December 18, 2010 | 3 Comments so far
Bila Cik Siti dengar lagu ni, hati Cik Siti tiba-tiba sebak. lirik lagu yang penuh bermakna dan alunan melodinya menyentuh perasaan. Kalau Cik Siti seorang dan waktu sunyi lagu ini memang membuatkan Cik Siti mengalir air mata.

Fikiran Cik Siti tiba-tiba terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada dan ibu yang berada di Melaka. masa itulah terkenangkan kehidupan Cik Siti di Segamat sebelum kehilangan ayah yang tersayang. kemudian Cik Siti terkenangkan semasa ibu membesarkan kami tanpa ayah di sisi. dalam diam Cik Siti menyapu air mata.

Pengorbanan ayah dan ibu begitu besar maknanya. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa kasih-sayang mereka tiadalah kita sekarang ini. Segala apa yang dicurahkan tiada yang boleh dibalas. walau air laut yang tiada bertepi atau pun segunung intan yang diberikan. pengorbanan dan kasih sayang ayah dan ibu tiada nilainya dan doa adalah sekelumit balasan agar mereka bahagia selamat di dunia dan akhirat.


Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat



Hargailah jasa mereka selagi mereka ada dan sebelum mereka menutup mata. betapa ruginya kita andai kita mensia-siakan mereka....


Note: Teringat pulak kenangan dengan arwah ayah dulu... :(

MInta Maaf Semua

Teratak pena | Friday, December 17, 2010 | 3 Comments so far
Firstly, Cik Siti nak minta maaf banyak-banyak kepada semua readers dan terutama sekali kepada follower Cik Siti yang selalu terjah blog comot Cik Siti. Sejak kebelakangan ini Cik Siti amat sibuk sekali. Tambahan pula kena ganti supervisor Cik Siti yang sedang bercuti kerana menjaga suaminya yang kemalangan. 13 hb hari tu sepatutnya Cik Siti cuti kena kerja. Keletihan melanda Cik Siti. Bukan tak ada idea, cuma memang tak larat. Tag dari adik Cik Siti masih belum berkesempatan nak jawab. akhirnya cik Siti main cat-cat rumah.

Balik rumah pukul 900 malam mata Cik Siti dah KO. tapi tetap juga nak ajar anak Cik Siti. Tambahan pula nak masuk sekolah darjah satu ni. persediaan penting buat dia. anak dara Cik Siti yang kecik pun asyik kacau. habis buku abang dia kerjakan. akhirnya terpaksa juga Cik Siti korbankan buku Cik Siti.

Memang sejak dua menjak ni memang Cik Siti dah jadi macam orang VIP. banyak benda nak fikir tapi masih buat tak tahu... he...he...he... nak tahu list dia?

1)Fikir adik nak tunang minggu depan. Coklat yang Cik Siti tempah ari tu minta-mintalah Cik Siti terima sebelum balik kampung nanti
2)Anak nak sekolah, baju dah beli tapi kasut dengan beg masih tergantung tak tahu nak beli bila. (Rase-rasenya nak ajak hubby joli minggu ni)
3)Transport anak dah dapat tel no tapi belum contact lagi... minta-minta ada tempat kosong lagi.
4)Cik Siti masih ting-tong sebab tengok recon yang dah cacamarbah
5)Harap-harap cuti Cik Siti boleh release 31 ari bulan ni... ditambah dengan 3 dengan 4 aribulan tahun depan...


Huhuhu.... rasenya nanti kalau cuti bolehlah update kaw-kaw...

Bos.... nak cuti.... 13 hb hari tu tak jadi cuti... ganti hari lain ye....

Menu Yang Wajib Ada kenduri Di Melaka

Teratak pena | Tuesday, December 14, 2010 | 4 Comments so far
Okeylah, kali ni Cik Siti nak ceritakan sikit menu yang wajib ada pada kenduri di Melaka. Cik Siti nak readers semua mencuci mata pagi-pagi ni. mana yang tengah lapar tu gerenti kenyang tengok menu-menu ni... Gambar ni diambil semasa kenduri di rumah bunda masa sambut ramadhan tempoh hari. 1/8/2010. Okey... layan jelah ye

Ini adalah menu yang wajib ada. asam pedas. biasanya di Melaka mereka
kebanyakkan menggunakan ikan parang untuk buat asam pedas ni. kalau tak ada,
ikan duir pun boleh. Rasanya yang pedas masam memang membuka selera.


Ini adalah menu sampingan. Bunda Cik Siti memang suka buat sayur campur. Katanya
ini baru kene 'gu' dia. campuran sayur segar membuatkan Cik Siti masa tu dok
santap sayur tu tanpa nasi. Yang selalu Cik Siti 'curi' cendawan dia.
Ha...ha...ha... Cik Siti jahat.


Kari adalah menu yang biasa kita lihat dalam kenduri di Melaka ni. Biasanya
mereka
menggunakan daging untuk masak kari ni. jarang sekali mereka guna
ayam. Cik Siti suka dengan kari yang disimpan dalam peti ais dan kemudian
dipanaskan. lepas tu buat jemput-jemput dan cecah. memang sedap. sebab kari yang
disimpan dan dipanaskan kuahnya lebih pekat.


Kenduri hari tu bunda Cik Siti tak guna ayam. kami guna udang buat sambal.
Menarik kan sambal udang atas ni? kepada sesiapa yang ada gout tu kena
berhati-hati... takut nanti datang gout tu. Sambal udang ni memang kegemaran Cik
Siti. dapat sambal udang dengan sayur campur yang lain Cik Siti tak pandang.



Inilah dia acar Melaka. Rempah acar ni boleh dapat di Melaka je. sebab Cik Siti
pernah usya juga kat KL tapi tak jumpa. Acar melaka ni bahan asas dia timun,
lada hijau, bawang besar dan kalau nak boleh tambah lobak merah. Biasanya
orang-orang yang berpengalaman yang uruskan merencah ni.... Nantilah ada masa
Cik Siti korek resepi dengan bunda Cik Siti acar melaka ni. yang atas-atas tu
korang mesti dah biasa tengok dan ada juga yang terror nak masak.

Note: 'GU' tu maksudnya regu/lawan....



TELEGRAM DI MALAYSIA

Teratak pena | Monday, December 13, 2010 | 1 Comments

*Inilah rupanya mesin telex...Cik Siti puas google cari gambar ni
Okey kali ni Cik Siti nak kongsi sikit pasal telegram. Pernah dengar tak? Rasanya kalau dulu-dulu mesti pernah dengar. dan sekarang Telegram dah tenggelam. semenjak ada SMS, E-mail, Telegram dah seperti tak berfungsi. namun yang sebenarnya Telegram amat penting pada abang-abang askar, kan? Ini pengalaman Cik Siti masa Cik Siti kendalikan Telegram di Melaka dulu.


Kalau dulu orang sering kaitkan Telegram dengan berita-berita yang mengejutkan seperti sakit, dan kematian. Sekarang mungkin masih diguna pakai untuk tentera. Cuma bezanya sekarang TM dah maju. tak ada lagi guna mesin telex. sekarang telegram dah guna komputer. Cik Siti dapat juga merasa menggunakan mesin telex ni.


First masa Cik Siti tengok mesin telex ni macam pelik sikit. Ianya lebih kurang sama dengan mesin taip. cuma mesin taip tak boleh jalan sendiri. he..he...he...
Mula-mula guna mesin telex ni memang mencabar. sebab segala yang kita taip semuanya 'online'. dan jangan nampak mesin telex macam tu je... sebab ianya diguna pakai satu dunia. Rasa-rasa Cik Siti mesti ramai anak muda sekarang kalau kata telegram mereka mesti tanya apa tu?

Telegram bukan saja perutusan malah ianya satu sumber berita sebelum internet, e-mail dan SMS diperkenalkan. Kalau dulu telegram bukan sahaja dikaitkan dengan berita-berita malah TM juga pernah memperkenalkan kad LX iaitu kad ucapan. tak kiralah kenaikan pangkat atau hari lahir. Bayangkan kalau masa ulang tahun Yang DiPertuan Negeri Melaka. mahu nak tercabut tangan Cik Siti nak taipkan kad Ucapan. Setiap negeri akan hantar ucapan. Tak pe.... excersice tangan.

Pernah satu ketika dulu Cik Siti tengah kering nak beli kad hari jadi untuk mak tak de duit. Cik Siti dapat satu akal telefon 104 dan mereka akan hantar terus kerumah menggunakan pos laju.... he...he...he... semua tu dia caj dalam bil telefon.


Semua telegram yang Cik Siti terima bukan sahaja dari dalam Malaysia, malah negara-negara lain juga. yang paling selalu terima India dengan Indonesia. Satu je yang kadang-kala Cik Siti tak gemar. Bila petang tengah sibuk buat laporan dengan kesunyian tetiba je mesin tu berbunyi sendiri. Kus semangat. Yang paling risau kalau cuti panjang. Takut kertas habis. kalau pita dia boleh baca tak ape juga, kalau tidak? nak kena telefon Call Center dia.

Masa kendalikan telegram ni satu melaka bebudak pejabat pos kenal dengan Cik Siti. Sebut je SITI TELEGRAM semua orang dah stand by pen dengan kertas. sebab mereka yang hantar telegram-telegram tu... Sampaikan Cik Siti nak kahwin pun Cik Siti pun letakkan nama glamer Cik Siti iaitu SITI TELEGRAM. Kalau nama penuh gerenti dia orang tak kenal. Nah, sekarang dah pecah tembelang Cik Siti.... nama glamer Cik Siti sebelum ni.... itu kira-kira 8 tahun dulu... tapi Cik Siti merasa amat puas sebab Cik Siti tahu tentang telegram ni... sebab Cik Siti boleh ceritakan pada anak-anak. sebab mana tahu akan datang ianya akan terhapus dek pembangunan.

Masa nak baca telegram dengan pejabat pos ada kaedahnya...

Singapore England Kedah India Australia Norway
(S E K I A N)
Okey, sampai jumpa lagi....
NOte: Rindunya nak buat telegram.....

Segmen: Kenangan Waktu SPM

Teratak pena | Sunday, December 12, 2010 | 3 Comments so far


Kali ni Cik Siti nak join segmen dari bangku kosong iaitu Kenangan Waktu SPM. Nak tahu Cik Siti ambil SPM tahun bila? Tahun 1994. dah 16 tahun lamanya... tapi kenangan bersama memang tak boleh lupakan...

Firstly.... memang mase tu Cik Siti dengan kengkawan tak sangka guru kelas kita orang. Nak tahu siapa? Guru Disiplin untuk pelajar perempuan. Cikgu Rokiah. mahu kecut perut kita orang masa tu. sudahlah kita orang ni baik-balik belaka. tengok muka Cikgu Rokiah pun kita orang dah dak!duk!dak!duk!.

Namun segarang-garang cikgu ada sayangnya pada anak muridnya. kalau kita ikut peraturan takkan dia nak marah kan? walau dia garang, tapi dia selalu juga take care dengan murid-muridnya. tambahan pulak dia yang ajar math masa tu. sanggup tu dia bawa anak masa kelas tambahan semata-mata nak tengok kita ni berjaya.


*Yang bertanda bulat itulah guru kelas yang kami sayang....

Dengan semangat setia kawan juga kami semua berganding bahu dan mendapat salah sebuah kelas yang berjaya menjadi kelas terbersih dan menangkis cerita-cerita negatif kami. masa tu kembang kempis jugalah kita orang. bangga tu...

Kenangan masa lalu memang indah kita kenangkan. dan dengan teknologi masa kini (FB) Cik siti berjaya juga kumpulkan beberapa rakan.... Namun kenangan bersama guru memang tidak boleh dilupakan. Segala ilmu yang dicurahkan tetap terpahat....

Note: Sayang Semua..... muaksss nak tahu Cik Siti yang mana satu? tu... sebelah guru yang berkaca mata(Cikgu Riduan)

Cinta Sejati Sepanjang Hayat

Teratak pena | Sunday, December 12, 2010 | 9 Comments so far
Tidak dinafikan semua orang yang hidup dimuka bumi ini inginkan cinta sejati. Cinta yang kekal sepanjang hayat. Teguh berdiri bersama mengharungi onak dan duri bersama juga keindahan percintaan yang berukir digenggam erat.

Bila cerita tentang Cinta sejati ni Cik Siti teringat dengan cerita yang pernah disiarkan oleh RTM dulu. dalam tahun 90'an rasenya. Mungkin ada yang pernah tengok cerita CIK SITI INTAN KEMBANG.

Cerita yang penuh rasa cinta dan menghayat hati. Kisah cinta dari kanak-kanak kian tertunas sehingga mereka dewasa. namun takdir telah ditentukan bila pengakhirannya.... sedih....

Cerita bermula Hassan Basri dan Cik Siti Intan kembang yang berkawan semasa kecil. Cik Siti Intan Kembang merupakan kanak-kanak yang 'comel'. Cik Siti Intan Kembang ni merupakan seorang yang pintar dan sering membantu Hassan Basri di dalam pelajaran. dan kata-kata semangat yang sering diluahkan oleh Cik Siti Intan Kembang adalah:

PANDANG KEHADAPAN BARULAH ADA KEMAJUAN

Namun Cik Siti Intan Kembang berpindah kerana melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama dia mengalah dengan Hassan yang meminati rakannya yang lebih cantik. Bak kata cinta sejati mengharungi segala yang mana Hassan Basri menantikan Cik Siti Intan kembang sehingga pulang. Apabila Cik Siti Intan Kembang pulang ke kampung, dan Hassan Basri mula menyunting, Cik Siti Intan Kembang memberikan berita yang memeritkan yang mana Cik Siti Intan Kembang menderitai sakit kanser. Namun itu semua tidak memberi kesan yang mana Hassan Basri tetap ingin berkahwin dengan Cik Siti Intan Kembang. Sehingga di dalam pernikahan Cik Siti meninggal dunia. isk! isk! isk! sedih tu cite tu...



Cinta sejati tidak mengenal rupa, dibekalkan dengan kepercayaan dan kesetiaan adalah ramuan dan resepinya.

note: Badan Cik Siti Intan Kembang pun cam Cik Siti juge... sebab itu suka tengok cite tu

Penyanyi Pujaan Semasa Kecil

Teratak pena | Saturday, December 11, 2010 | 3 Comments so far

hari ni 11/12/2010 merupakan cuti khas untuk negeri selangor. seronoknya cuti. Bukan selalu nak dapat cuti hari sabtu. maka Cik Siti layanlah carta Sinar. memang seronok. sebab Cik Siti minat dengan lagu-lagu retro....

Cik siti layan lagu masa sekolah rendah. masa tu lirik lagu pun Cik Siti lebih hafal dari sifir 3. he....he...he... tak kira bila even anak-anak cik Siti pun lirik lagu memang mereka hafa. nak suruh baca buku pun macam kura-kura. Erm.... tak boleh nak marah sangat sebab Cik Siti masa kecik pun macam tu.

Okey, nak tahu apa penyanyi pujaan Cik Siti masa kecik? Noraniza Idris, Raja Ema dengan Salwa Abd Rahman. Tahu tahun bila? tahun 80'an. dah lama kan? Lagu yang paling Cik Siti suka dengar Mengemis rindu-Noraniza Idris, Raja Ema-Angan-angan dan Salwa-satu dua kau. Ala.... lagu yang manja-manja gitu.

Kalau dulu tak kerja , budak higusan lagi, tak ada kerja jadi kaset pun Cik Siti main tengok je. Gigit jari.... Mana ada duit nak beli kan? kalau dengar radio bila sampai lagu pujaan tu main dekat dengan radio. bak kata orang boleh melekat le telinga tu.

Kalau anda bagaimana? mesti ada penyanyi pujaan masa kecik kan?

Okey... layan jelah lagu ni ye....



Note: Pernah tulis lirik lagu Noraniza Idris kat belakang majalah.... Mak menjerit sebatu....

Thumbs up untuk Rapid

Teratak pena | Friday, December 10, 2010 | 3 Comments so far

Hari ni Cik Siti balik naik bas. waktu dah malam masa tu. Ermmmm... dah pukul 8.00 malam. sampai di bus stop tak sampai lima minit tunggu bas datang. dari jauh Cik Siti dah nampak bas Rapid datang. Yezzzzer.... bas nak balik rumah. jadi sebelum Cik Siti naik abang driver pun berkata dengan kata-kata hikmah:

"Bas ni hanya untuk wanita sahaja."


Ha...ha....ha.... dengan bangganya Cik Siti naik. Cik Siti ni kan wanita? Memang Cik Siti tahu yang bas Rapid telah melancarkan bas untuk wanita dengan tag linenya

LEBIH SELESA LEBIH SELAMAT


walau pun ianya waktu percubaan selama satu bulan namun ianya satu langkah yang baik. yelah.... tempat tinggal Cik siti ni ramai warga asingnya.... ini bukan sahaja mengelakkan masalah gangguan seksual malah menngurangkan gejala jenayah yang lain seperti penyeluk saku.

Terima kasih kepada Rapid yang memberikan kemudahan ini....

Sampaikan abang bas pun bawa sopan santun.... he....he....he....

Kalau nak tahu jadualnya adalah seperti di bawah....




Note: Bahagianya menjadi seorang wanita....

Ilmu Pelita Hidup

Teratak pena | Wednesday, December 08, 2010 | 2 Comments so far

GAMBAR EHSAN DARI GOOGLE

Kalau nak cerita pasal ilmu memang tak habis sampai pagi esok. dan tahukah kita sehingga penghujung nyawa kita masih lagi menuntut ilmu. bukan sahaja dengan membaca buku tebalnya 20 inci, malah dengan memandang dan juga kehidupan seharian kita juga boleh mengumpul ilmu... Tapi....



JANGAN SALAH TUNTUT ILMU SUDAH YE.... BAHAYA.....


Sejak kecil lagi kita didekatkan dengan buku untuk menuntut ilmu. Namun kanak-kanak dia menuntut ilmu dengan cara melihat, mendengar dan sentuh. Itu menuntut ilmu juga namanya. Memang tidak dinafikan bawaha buku adalah sumber yang paling senang untuk kita perolehi. Bila kita faham dan dari situ kira boleh mempelajari sesuatu. namun itu belum cukup untuk kita mengupas sesuatu perkara. masa temuduga juga orang akan tanya


"AWAK ADA PENGALAMAN BEKERJA?"


Betapa penting pengalaman yang diselitkan dengan pengetahuan membuahkan hasil kerja yang maksima. Buku sebagai panduan, pengalaman sebagai pengajaran. Membaca adalah amalan mulia. dengan buku juga kita boleh kenal dunia. Pengalman? mengajar kita akan terus hidup.


Oleh itu, tuntutlah ilmu itu dengan sebaiknya asal tidak melanggar agama, adat dan undang-udang. Banyak yang boleh kita perolehi dan kita belajar...


TUNTUTLAH ILMU SEHINGGA KE NEGERI CHINA...


Note: Ada mata pandang ada telinga dengar, ada mulut diam.... diam-diam penuh dengan isi ilmu... jangan isi lain udahle...

Contest Cerpen Sesedap Rasa-Ain Zulaikha

Teratak pena | Tuesday, December 07, 2010 | 6 Comments so far


Berkorbar-kobar rasanya Cik Siti nak join contest ni.... saja nak tengok boleh ke tidak Cik siti ni buat cerpen Lawak....

Okey, cara penyertaan adalah seperti berikut



Sekarang.... drum rolllll Cik Siti nak mula


Di suatu petang yang damai dan ceria, sedang Ain Zulaikha menikmati hidangan dia bangkit dan lantas memandang ke arah jam dinding sebesar almari biliknya.

"Alamak! dah pukul 2. Habislah macam mana ni? Ain dah lambat ni." Ain segera bangkit bagaikan sepintas kilat dah terus ke bilik untuk dressing. Mesti comel kalau Ain pakai baju kuning dengan tudung pink.

Maka setelah siap semunya Ain pun menguncikan pintu rumah. mana tahu... kalau ada perompak nak merompak. Ermmm.... memanglah perompak kerja dia merompak. Takkan kerja mereka tukang bersihkan rumah. Tukang bersihkan rumah? Ah, sama juga maksudnye. Licin... satu pun tak tinggal

Ain dengan lengang lenggok Mak Limah pun menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya.

"Encik,nak pergi pekan boleh?"

Belum sempat Ain membuka pintu teksi, pemandu itu bagaikan murai cabut ekor memarahi Ain. Ain terpinga-pinga. Kenapa? cantik sangatkah aku sampai nak ke pekan pun kena marah? Mesti uncle ni jeles dengan Ain sebab Ain ni comel sangat.



"Mana boleh ini macam adik comel. Tak boleh! tak boleh!"

"Kenapa uncle? Pergi pekan tak boleh pakai baju ni ke?" Tanya Ain terkulat-kulat.

"Bukan itu macam... Itu... kucing mana boleh bawa masuk ini teksi. nanti kalau dia kencing atau $*&#% sapa mahu cuci?" Alamak.... Ain lupa nak bawa masuk Laling masuk rumah.

"Nanti uncle... saya bawa masuk sekejap. Tunggu ah? Uncle jangan lari tau." Sebaik sahaja masuk ke dalam teksi Ain seperti malu sendiri. Nasib baik uncle ni tak tinggalkan aku.

Sedang menikmati pemandangan yang sudah biasa dilihat, Ain memerangkap lagu yang tidak asing di cuping telinganya. Wah! lagu kegemaran Ain. Cari Jodoh nyanyian kumpulan Wali.

"Wah! uncle suka lagu ni ke?" Tanya Ain sambil menyanyi kecil.

"Lagu ni banyak sedap. hari-hari uncle pun ada dengar ini lagu."

"Ye ke... siaran apa uncle pasang ye? boleh tolong kuat sikit tak?"

"Mana ada uncle buka radio... itu lagu handphone juga yang bunyi."

"Hah? Yeke?"

Alamak! dengan mempamerkan wajah kerang busuk dan senyuman separuh paksa Ain pun melihat diskrin telefon bimbitnya. Alamak! ada mesej.



"Aduh! baru top up 5 ringgit kat kedai mamak. Si Siti ni pulak nak share ke? berapa untung yang boleh dapat ni? Nak telefon mak kat kampung pun tak lepas." Keluh Ain. Tak pelah... mana tahu Siti ada hal penting. Ain dengan rasa baik hati share lima ringgit tu. Tak pe nanti jumpa Siti boleh tuntut balik.

Sampai pekan Ain pun melangkah masuk ke dalam restoran XXX. Setelah puas menantikan Siti yang tidak kunjung tiba dan perut Ain pun dah berbunyi gendang rebana Ain pun order Ayam dan Coke semestinya kegemaran Ain.




Setelah kenyang dan semuanya tinggal pinggan dan cawan Siti masih lagi tidak muncul. Sehinggalah dia mendapat satu mesej dari Siti.

Nanti duit tuntut dengan abang aku ye? dia ada tunggu di luar restoran. dia pakai baju warna pink ye.

Begitulah seperti yang tertaip diSkrin telefon bimbit Ain. Abang Siti dah balik ke? lama betul tak jumpa. sepuluh tahun dia tinggal dengan datuk dia dikampung. macam mana agaknya dia?



keluar saja dari restoran kelihatan seorang pemuda sedang menantikan seseorang. Aisyehhhhmaaannnn handsomenye..... tak sia-sia kongsi top up dengan Siti... rupa-rupanya dia nak Cari jodoh untuk Ain.... Dak Duk Dak Duk Ain dah jatuh hati....Terima kasih Siti.....

Amacam? Okey tak? Layan jelah ye....

Hadiah yang ditawarkan:


Okey.... last sekali Cik Siti nak tag

Semua yang membaca blog Cik Siti dan juga follower....Aci tak



TeamWork!!!

Teratak pena | Tuesday, December 07, 2010 | 3 Comments so far


Apa yang penting?
kerjasama!!!!!
Apa yang penting?
kerjasama!!!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila kerjasama semua jadi mudah


Rasenya ramai tahu akan lagu wonderpets kan? ada pengaran disitu.

TEAM WORK


Tidak kira di mana sahaja kita berada, kita sentiasa berada di dalam kelompok manusia. Tak kiralah dalam institusi keluarga, masyarakat bahkan ditempat kerja kita sering bertemu dengan orang lain.

apakah penting teamwork ni? Teramatlah penting. segala kerja berat akan jadi ringan. mana kerja yang ringan akan jadi cepat. Malah dengan team work juga kita oleh mengeratkan hubungan sesama insan. Apa yang penting? Idea dan pendapat akan menjadi lebih kreatif. Betul tak?

Kena pulak sekarang musim kenduri-kendara( Hish! macam le tak ada contoh lain) kalau kita seorang yang buat mahu tengahmalam tak habis punya. Kalau di kampung mereka semua bergotong-royong dalam erti kata TEAMWORK! A che che che.... Cik Siti ni kalau tak membebel tak sahkan?

Tapi memang betul. kalau kita amalkan kerjasama ni.... gerenti kita akan maju... tidak kira bangsa mahupun negara....he...he...he...

Apa pun layan lagu ni ye....



Note: Kerjasama membuahkah hasil kejayaan berganda

contest - bilangan paling RAMAI dlm satu gambar dari Fathaka

Teratak pena | Monday, December 06, 2010 | 6 Comments so far



Okey, kali ni Cik siti nak join lak kontest dari fathaka. Saje je... nak ramaikan peserta. kontest ni diberi nama 'contest - bilangan paling RAMAI dlm satu gambar'
Godek punya godek dapatlah satu gambar... okey, gambar yang Cik Siti Pertaruhkan adalah:



Okey, gambar ni diambil masa jamuan berbuka bulan 8 ari tu... semua ni bebudak opis cik Siti + suami/isteri mereka+ anak-anak mereka+ buah hati mereka+ dan juga adik beradik dan keluarga mereka.... nak kira? Tak larat rasanye... he...he...he...


Jom kite tengok terma dan syaratnye.....

1. first, mstila korang ni (blogger) b'wrgangra m'sia only... xkesah sma ada laki ke prmpuan,, korang ley join contest ni...****DONE- boleh tengok i/c****

2. korang mstila mnjadik follower kpd tuan pnye contest ni dlu... " fathaka "... ley la korang tgok spe pmenang y b'tuah n snang gak tok urusan aku... ;)****DONE-Follower ke 79****

3. korang crikla gambar mne2 yg sesuai, n b'kenaan dgn contest ni,, mne2 gambar yang m'punyai bilangan teramai dlm satu gambar, die lah dianggap pemenang!****DONE-akan dpertaruhkan****

4. buatla entry pasal contest ini.. n suka ati korang la nk cerita pasal gambar korang n sertakan sekali berapa bilangan yg ada dlm gambar tersebut... semuanya akan diadili ;)****DONE-no halnye****

5. gambar tersebut mstilah b'kenaan dengan korang,, bukan la korang ambil dri mne2 sumber2 lain... contohnya (gambar atlet malaysia ke ghuang zhou)****DONE-Bebudak Opis****

6. lepas korang da setlle,, korang post kan la link entry korang kat comment bwh ni...****Okey****

7. pling pnting,, korang jgn lupa amek banner kt ats ni n pada sidebar blog korang... make sure ok, link kan ke entry contest ni....****DONE****

8. tarikh tutup contest ni pada: 1 januari 2011.. segala perubahan tarikh akan dimklumkn segera...

9. hadiah wang tunai bakal menanti anda... segala urusan wang tunai, akan di "bank in" kn ke akaun pemenang....

10. segala urusan tersebut,, akan diuruskn personal dgn pihak pemenang... sprti butir2 peribadi n number akaun bank.. (maybank,cimb bank & bsn sahaja)

11. tag la 3 or lebih mmber2 korang tok sertai contest ni,, lgi rmay lgi bgus... ;)

****DONE****
Nak Tag
1)Cik Nahdatul Izah
2)tomato girl
3)MIzah malic

Belajarlah Dari Kanak-kanak

Teratak pena | Monday, December 06, 2010 | 4 Comments so far

Okey....en3 kali ni nak kongsi pendapat tentang kanak-kanak. Tak salah kita belajar dari kanak-kanak. Biasanya kita suruh anak-anak belajar dari kita. apa kata kita pula belajar dari mereka. satu sifat yang boleh kita belajar dari mereka adalah

TIDAK MUDAH AMBIL HATI


Cuba kita perhatikan mereka. kita marah mereka bagai nak rak. Tinggi suara dan adakala tangan pun jalan juga. Tapi.... pernahkah mereka ambil hati? Tidak. lepas marah tu dia orang buat macam biasa...

Kalau berkawan. mereka selalu berkata "Tak nak kawan kau". Itu masa mereka bergaduh. tapi kita tengok sampai bila mereka bertahan? Tak sampai sepuluh minit mereka dan kawan balik. Cuba kalau kita? Bergaduh dan berkata perkara yang sama tapi kadang kala bukan kata sehari, ada yang bertahun tidak bertegur sapa. apa kata kita belajar dari mereka..... tak salah kita saling bermaafan.....


note: Buang yang keruh dan ambil yang jernih

Blog Cik Siti dalam List Ben Ashaari

Teratak pena | Saturday, December 04, 2010 | 2 Comments so far
Cik Siti malu jap....

Okey.... ting!ting!ting! senggeh Cik siti dah mencecah ke telinga nampaknya. Tak sangka first time Cik Siti join segmen Ben Ashaari dah tersenarai dalam list. Ingat tak dengan en3 Cik Siti sebelum ni? Segmen Blog Oh Blog oleh Ben Ashaari. Tak sangka tul tersenarai dalam list. Terima kasih diucapkan pada En Ben yang sudi singgah diblog Cik Siti ni... Kalau nak tahu list tu... jom Terjah!

SEGMEN BLOG OH BLOG! OLEH BEN ASHAARI

Ini yang wat semangat nak teruskan berblogging...

note:Cik Siti tengah senyum tak ingat dunia.

segmen BLOG OH BLOG! oleh Ben Ashaari

Teratak pena | Saturday, December 04, 2010 | 9 Comments so far


Rase-rasenya dalam dunia blog mesti blogger-blogger kenal dengan Ben Ashaari yang merupakan blogger tegar yang disegani. jadi dok intai juga blog dia dan rasa nak sambut segmen yang telah diberikan... iaitu Blog Oh Blog! ada beberapa soalan yang perlu dijawab dalam melunaskan tanggungjawab segmen ni.

*****USIA BLOG ANDA****
Blog Cik Siti baru je setahun setengah. dan sekarang bergilir-gilir untuk managekan 2 blog serentak

****Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog***
Adik.... Bila dia buat blog macam best je... mula dari tu Cik Siti dah jatuh hati dengan blog

****Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog****
CERITA. Cerita merangkumi aspek yang luas. tidak kiralah cerita perihal diri, informasi, tulisan kreatif semuanya bermula dengan cerita.

****Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog****
ada 4 orang yang memberi Cik Siti sumber inspirasi dan idea
1)adik Cik Siti
2)Tehr
3)Seri Bahasa
4)Ben Ashaari

****Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT****
Blog adalah platform untuk kita meluahkan idea dan pendapat serta menggilap bakat yang sejak dulu terpendam...

****Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ? ****
Sudah tentu.... Cik Siti manage dua blog... Tinta Pena adalah luahan kreatif Cik Siti yang berminat dalam bidang penulisan. manakala Bayu Kenangan adalah lebih kepada personel dan lebih santai. walaupun bekerja.... bukan halangan untuk Cik Siti teruskan usaha untuk mengaupdated blog. Cik Siti cuba untuk mengharapkan kualiti blog yang terbaik.

Guru Manakah Yang Paling Anda Hormati

Teratak pena | Friday, December 03, 2010 | 1 Comments

Okeyle... entri kali ni Cik Siti nak cite sikit pasal cikgu. Guru manakah yang paling anda hormati? Terpulanglah pada persepsi semua tentang subjek ni. Kita hormat dia sebab dia guru disiplin? guru yang paling kita suka? atau Guru yang paling kita sayang? memang tidak dinafikan kita semua hormatkan guru. merekalah yang mengajar kita akan ABC, 123 dan Alif, Ba, Ta... mengenal hidup dan mengajar erti sahabat dan rakan...

ada 2 orang guru yang paling Cik Siti hormati masa sekolah menengah dulu. Yang pertama Cikgu Rokiah. Guru disiplin merangkap guru kelas Cik Siti masa tingkatan 5. first time masa cik siti tahu yang dia jadi guru kelas memang kembang kuncup jantung Cik Siti.... sebab dia ni guru disiplin... kalau ada salah suka sangat nak mencubit. dan Cik Siti pun pernah merasa.... perit.... Sungguh pun dia guru disiplin, namun sebenarnya dia seorang guru yang baik. dan mudah memahami... dia banyak membantu Cik Siti tambahan pula keadaan Cik Siti yang pada ketika itu baru sahaja kehilangan ayah.

okey.... guru yang kedua yang Cik Siti hormat adalah Cikgu Zakaria. dia adalah pengetua MAM semasa Cik Siti ambil STPM 1997. Dia ni memang susah nak senyum. tapi kalau dia senyum..... manis juga... yelah mesti dia kena jaga title sebagai pengetua. betul tak? dia banyak mengajar Cik Siti supaya belajar dan terus belajar. semasa itu dia mengajar Sejarah 2( Sejarah Malaysia). Bayangkan masa tu walau banyak masa hasil tulisan kita dengan bukti tarih, watak dan pertistiwa markah Cik Siti tak pernah jejak 60 markah. walhal rasa cam nak tercabut tangan ni menulis. dia kata hidup ni kena sentiasa belajar. dan hasilnya Cik Siti dapat A1 dalam sejarah berbanding dengan waktu SPM yang Cik Siti dapat cangkul.

nota: kenangilah jasa guru... sesungguhnya ilmu yang diberi adalah lebih baik dari kita mencari ilmu dengan mengembara.....
*Rindulak masa sekolah dulu........
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page