1)Melembutkan daging ayam kampung/ayam tua
rendamkan ayam dengan nenas sebelum memasaknya. insyaallah daging cepat empuk dan lembut.
2)Kalau anak susah nak buang air besar
kalau anak susah nak buang air besar, semasa dia meneran kacaukan air panas suam dengan gula dan suakan dia semasa dia meneran. baca selawat tiga kali sebelum bagi ye...
3)Santan tahan lama
masukkan garam secubit... dan yang paling penting, santan jangan diletakkan di atas simen. itu akan membuatkan santan kita akan cepat basi.
4)lembutkan kacang hijau
Kalau nak cepat masak kacang hijau, masukkan sudu di dalam periuk semasa merebus kacang hijau .
5)Mengelakkan kutu beras
Taburkan cili kering di dalam bekas berisi beras.
6)terkena cirit -birit
Buatlah teh o pekat dan minum tanpa gula.
7)Kalau sakit kepala
Yang ini boleh basahkan tuala dan letakkan di dahi... rehat sebentar... insyaallah...
8)menghalau semut
boleh letakkan daun pandan/sabun wangi di tempat yang banyak semut.
itu saja yang boleh Cik Siti kongsi... kalau ada lagi Cik Siti akan beritahu....
Note: nak korek lagi petua dengan bonda Cik Siti...
terima kasih cik siti
ReplyDeletepetu pasal semut tu baru je tau ni
nak cuba nanti
salam..
ReplyDeletebagusnya petua ni..
terima kasih ye..