Kad Raya Bayu Kenangan

Teratak pena | Tuesday, July 22, 2014 | 3 Comments so far
Bertemu semula....

Pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh terakhir ramadhan.  Lagu raya dah kumandang di snaa sini.  Kemeriahan kanak-kanak bermain bunga api dan mercun usah dicerita.  Ala... macam kita dulu-dulu.  Nak marah pun kita sama je macam dia orang.

Dalam kemeriahan hari raya, nak juga Cik Siti selitkan e-kad yang dah Cik Siti siapkan khas untuk pengunjung di teratak ni.  Mana yang sudi jangan segan dan jangan malu ambik je yang mana-mana berkenan di hati tu.

Yang ini background kartun lat.  

Dan yang ini nak sangat ikut tema blog... atenye... 

Apa-apa pun sudi-sudikanlah.... Tulus ikhlas dari Cik Siti.... Ah.... Tahun ni cuti 9 hari... ikut turn cuti selepas.... Tahun depan kena cuti sebelum.  Apa lagi... pulun... Cuti pun ada banyak lagi.  

Nanti sambung lagi ye....Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti semua.... Sayang kamu semua... Jangan segan tau ambik kad raya tu. Hasil keras tangan Cik Siti.  Nak dua-dua pun boleh.... tak kena bayar pun

Siang hari memasang pelita,
Pelita bersusun di dalam raga,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Tulus dari Cik Siti sekeluarga...

Hasil Keras Tangan Kad Raya Opis

Teratak pena | Sunday, July 20, 2014 | 4 Comments so far
Salam bertemu kembali...

Dah lama sangat tak updated blog comel ni (perasan sangat).....Sibuk dengan persiapan raya dan menyiapkan kad raya opis Cik Siti. Erm....Hasil keras tangan Cik Siti yang tak beberapa comel. Bukan setakat nak buat kad raya, Cik Siti buat video clip sekali.  Malas nak menaip... layan jelah apa hasil yang dah Cik Siti buat hasil keras tanyan Cik Siti...

Yang ini kad raya kami...





Yang ini kumbang-kumbang kat opis Cik Siti.... Tak ramai pun.... Enam orang je...

Dan Yang ini..... video clip yang Cik Siti hasilkan.

Cerita Malam Raya 2

Teratak pena | Friday, July 11, 2014 | 1 Comments


Selamat kembali....

Erm... Sekarang ni nak cerita pasal malam raya masa Cik Siti bertunang dengan Cik Abang.  Masa tu tahun 2001.  Cik Siti bertunang masa tu raya ketiga.  Nak jadikan cerita yang rumah nenek Cik Abang ni depan rumah Cik Siti.  Jadi kalau malam raya tu rumah nenek dia memang meriah dengan bunga api dan mercun.  Maklumlah... orang lelaki yang ramai.  pas tu memang senang nak cari bekal bunga api dengan mercun.

Yang rumah Cik Siti ni sebelah dengan rumah nenda Cik Siti.  Pak sedara pun apa kurangnya.  Tapi yang rajin main tu dua orang je.  Malam raya dua hari sebelum bertunang kita orang melancarkan perang mercun. Pang Pung Pang Pung.

Agak-agak korang siapa yang memang?

Dah tentulah Cik Abang yang menang.  Dah adik beradik support mercun.  Tak boleh nak buat apa dah.  Hehehe.... orang lama main ketuk botol Cik Siti pulak main lawan main mercun.  Nasib baik tak ada apa-apa.  Kalaulah Cik Abang main meriam, rasa-rasanya mahu Cik Siti angkat bendera putih.

Sekarang ni, kita orang masih lagi main mercun.  Ops!  pecah rahsia lak.


Cerita Malam Raya

Teratak pena | Wednesday, July 09, 2014 | 7 Comments so far


Selamat bersua kembali...

Dalam diam sudah 11 hari kita puasa hari ni.  Kalau masa kecik-kecik dulu selalu sangat dok mengira baki puasa.  Yelah... Tak sabar nak sambut Raya.  Tambahan pulak lagi kalau kampung tu jauh di mata.  Dulu, Cik Siti dok Segamat.  Bila masa nak balik Melaka rasa seronok sangat.  Yelah.... sudalah cuti panjang nak dapat duit raya lak tu.

Kalau kat kampung malam raya memang meriah.  Dulu masa Cik Siti kecik-kecik dulu malam raya memang kalau boleh nak sengkang biji mata. Kalau boleh tak nak tidur sampai pagi esok.  Siap tertaruh lagi.  Siapa yang tidur dulu kena bagi duit raya.  Masa tulah dok cerita yang bukan-bukan keluar.  Apa lagi kalau bukan cerita pasal hantu!

Atuk dengan nenek dan membebel panjang.  "Tidurlah.... Esok nak bangun awal"  Erm.... kita orang buat tak tahu je.

Tik!Tik!Tik! jam dah pukul satu setengah mata dah tak boleh nak tahan lagi.  Ala.... biarlah pak dare tu cerita sorang-sorang.  Nak bagi duit raya bagilah... Sebelum kita bagi kat dia kita bagi kat mak kita dulu.... hehehe..

Kalau nak dikenangkan memang banyak kenangan malam raya.  Kalau nak dicerita memang tak habis.  Nak tahu tak apa cerita malam raya masa Cik Siti nak bertunang dengan Cik Abang?

Tunggulah....

Da.... Selamat Berpuasa!

Template Bayu Kenangan dari Dunia Impian Fatin

Teratak pena | Sunday, July 06, 2014 | 2 Comments so far
Salam bertemu semula....

Akhirnya siap template yang Cik Siti tempah dengan adik Fatin.  Terima kasih banyak-banyak dengan template yang cantik ni.  Memang Cik Siti request untuk warna pink dan hijau.  Terlaksana juga.  Yang bestnya ada banner lagi.  Sesiapa yang nak ambil banner Cik Siti tu silakan...

untuk tempahan tempalate ni boleh deal dengan adik Fatin ni.  kalau nak tengok portfolio dia boleh terjah ke blog beliau Dunia Impian Fatin.

untuk make over Cik Siti ni tidaklah mahal.  Cuma RM60.00 jer.  Tapi puas hati.

Okey, ada yang berminat?

Macam mana?  Cantik tak template ni?
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page