Kastel 2013

Teratak pena | Thursday, November 28, 2013 | 3 Comments so far
Bersidang lagi semua....



Dalam bulan ni nampaknya ada beberapa rezeki yang datang menjengah Cik Siti.  al-hamdullillah... Bukan sahaja group Cik Siti menang the challenger 6 minggu berturut-turut malah ada beberapa rezeki untuk Cik Siti sendiri.  Bukan sahaja dapat souvinier masa jawab kuiz hari tu malahan ada yang lebih besar lagi.

Hari tu, masa dok tengah baca e-mail syarikat, pap! kecik besar mata Cik Siti bila lihat nama yang tertera pada skrin komputer.  Yelah.... bukan mengharap sangat pun.  Yang sebenarnya suka-suka je.  Sebab dah memang minat dengan  pantun.  Menjerit sekejap bila nampak nama Cik Siti sebagai salah seorang pemenang pertandingan pantun KASTEL 2013.

KASTEL 2013... yang sebenarnya Kastel tu merujuk kepada sukan tahunan TM.  Setiap tahun sukanan tahunan TM akan diadakan dan kali ini negeri pantai timur iaitu Terengganu menjadi pilihan atlet berjuang.  Bukan sahaj sukan, malahan mereka juga mengadakan pertandingan menamakan maskot dan juga pantun.

Tak sangka pulak suka-suka boleh menang.  Itu pun Cik Siti buat lepas office hour masa Cik Siti tengah ting tong dengan failing dan juga report menujah macam air hujan. Bila kata negeri Terengganu, jadi Cik Siti pun masukkan eleman negeri Terengganu sebab memang itu dah menjadi syaratnya.  Terharu sekejap (Sebab satu Malaysia tahu.... Orang TM jelah...) Yes! Nak menangis pun ada.  bukan senang nak loloskan dalam pertandingan tu.



Surat penghargaan yang Cik Siti dapat sikit sebanyak memberika dorongan dan semangat untuk Cik Siti berjuang dalam pantun. kalau bukan kita, siapa lagi kan?

Kembang kempis hidung ni bila tengok nama sendiri di skrin....


telatah mereka

Teratak pena | Wednesday, November 27, 2013 | 2 Comments so far








Pantun Kasih

Teratak pena | Tuesday, November 26, 2013 | 4 Comments so far
                                              kredit dari google


Duduk bersimpuh terasa payah,
Bunganya melur tersisip di saku,
Kasih nan SATU tiada bergoyah,
Moga iman kukuh terpaku.

Duduk megah terasanya bangga,
Kerana hidup senang berada,
Kasih ibu dan ayah bawa kesyurga,
Hormatlah mereka selagi ada.

Jari pedih terkena belati,
Merenung jari hati tersayat,
Kasih kekanda kusimpul mati,
Pengikat janji selagi hayat.

Hati rindu tiada terarah,
Saat rotan menanti raut,
Wahai anak kasih mencurah,
Bagaikan sungai meniti kelaut.

Ditinjau kelapa menjadi santan,
Santan dibawa bersama rakit,
Sayang saudara jadi ingatan 
Agar ikatan kian berkait.

Musim Cuti Sekolah Yang sibuk

Teratak pena | Sunday, November 24, 2013 | 2 Comments so far
"Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu"

                                  Kredit dari face book beliau..

Bila sampai je musim cuti sekolah maka misi menghadiri kenduri walimatulurus kian bermula.  Bulan 12 ni bulan yang paling sibuk.  ada 3 atau 4 jemputan kahwin yang perlu dihadiri.  Dan bukan calang-calang yang kahwin.  semuanya sepupu sepapat. 

7/12 Cik Siti akan pergi ke Johor Bahru menghadiri sepupu Cik Siti yang bakal mengakhiri zaman bujangnya.  memang dah lama tak ke sana.  kepala dah plan, balik nanti nak singgah Air Hitam.  Saja nak cuci mata.  He...he...he...

14/12 pulak sepupu Cik abang pulak yang kahwin.  Nasib baik dekat dengan rumah je.  dan buat kat dewan.  Senang sikit.  Erm.... 

22/12 dipelawa menghantar pengantin di Sabak Bernam.  Laluan ni pun best juga.  Boleh cuci mata sepanjang perjalanan.  kena pulak lalu Sekinchan dan Sungai Besar.  boleh window shopping sekali.... (Sambil menyelam minum air)

Kepada sesiapa yang naik pelamin "Selamat Pengantin Baru" Cik Siti ucapkan.

Terutama sekali kepada rakan sekerja Cik Siti

NORASHIKIN yang bernikah hari ini 24 November 2013 dengan suami tercinta  NIZAM semoga kekal ke akhir hayat.  

Maaf tidak dapat menghadiri majlis yang meriah tu.... Tahniah kalian....



Nampaknya kena tanda dalam kalendar ni....

Kepada Adik Ekin... Lagu ni khas untuk anda...


Berapa lama anda setia dengan nombor?

Teratak pena | Saturday, November 23, 2013 | 5 Comments so far
                                      inilah rupa bil Cik Siti dolu-dolu....


selamat bertemu kembali....

Jangan salah sangka dengan tajuk entri yang entah apa-apa tu ye,  walaupun memang ada kesinambungannya.  bukan nak cerita tentang tarikh nombor atau nombor 4 angka (selisih) ye. Kalau nak ceritakan pasal nombor tarikh sampai esok pagi pun memang tak habis cerita punya.

Psstt! Cik Siti nak tanya dah berapa lama usia nombor telefon anda? Mungkin dah sama usia dengan anda atau pun baru nak berputik jagung.

Erm.... kalau nombor telefon rumah baru je Cik Siti tukar kepada Unifi walau pun Cik Siti kekalkan nombor streamyx.  Yelah... mana tahu.... kalau jadi apa-apa nombor nombor streamyx boleh backup.  Tak yah bayar pun sebab tak ambil bil terperinci. kalau ikutkan nombor streamyx tu Cik Siti guna dah lebih kurang sembilan tahun.  yelah... dari anak Cik Siti si abang tu kecik sampai dah nak masuk ke darjah 4.

Tapi yang tak boleh tahan nombor handphone Cik Siti.  Masuk tahun ni Cik Siti dah pakai 13 tahun.  Masa tu baru je masuk kerja.  Mula-mula memang malas nak guna.  tapi bila dah kena bebel dengan bonda..... ambik juga.  Masa tu Cik Siti apply untuk line TMtouch.  Mula-mula handaphone yang Cik Siti guna handphone Motorola yang kena masukkan kadnya sekali.  Tak macam sekarang ni.  masukkan sim card je.  Handphone yang dulu orang kata baling kat anjing pun anjing boleh pengsan.  ye ke?  Tak cuba le pulak.  puas nak samak nanti.

Tahun lepas masa Cik Siti tukar handphone dan mintak masukkan sim card ke handphone baru tercengang jugalah dia orang.  Yelah.... mana ada lagi TMtouch sekarang ni kan?  yang ada pun celcom. "Akak tak  pernah tukar ke sim card ni?  Dah antik sangat dah sim card ni." Cik Siti senyum je...

"ala dik..... masih elok lagi.  nak tukar buat apa?  lagi pun tak ada masalah." Senyum je Cik Siti tengok budak tu.  Kalau 20 tahun lagi kalau Cik Siti tak tukar nombor mahu masuk muzium Cik Siti punya sim card tu.  Hehehe....

Tapi... yang sebenarnya Cik Siti tak boleh challenge nombor telefon rumah Tok Yah Cik Siti.  dah 20 tahun dia kekalkan nombor telefon dan masih setia lagi dengan TM.

Anda bagaimana? Cewah.... macam dalam iklan lak.

The challenger

Teratak pena | Thursday, November 21, 2013 | 2 Comments so far

selamat bertemu kembali....

Sahabat semua....

Tajuk tak menahan.  yang sebenarnya petik dari apa yang berlaku pada Cik Siti sendiri.  Dengan suasana kerja hari ini memang mencabar.  Tidak kira apa kerja sekali pun cabaran tetap akan datang dan tiba.  cuma kita saja yang boleh mencari jalan penyelesaian untuk hadapi cabaran.  
Kalau nak cerita betapa berat cabaran di khidmat pelanggan mungkin ada yang lain mempunyai cabaran yang lebih hebat.  walau apa kerja sekali pun kita memang tidak lepas dengan cabaran.

'The Challenger' memberikan seribu makna dan rempah dalam Cik Siti menempuh dugaan dalam bekerja.  Mungkin ada masa kita akan merasa rendah diri dan kalah.  Bila melihat akan kegembiraan orang dalam bekerja, sedar kita sebenarnya punyai semangat yang sama.  

pada mulanya, macam perasaan yang melanda.  takut, tidak yakin, penat, semuanya bercampur baur.  sedangkan kerja yang disandang ada masa Cik Siti tak boleh nak kejar.  Namun Cik Siti sedar, itu semua Cik Siti perlu lakukan.  Dan yang penting, perlu mencari jalan macam mana Cik Siti nak lakukan.

'The Challenger' yang diperkenalkan oleh syarikat Cik Siti sebenarnya mengukur keupayaan Cik Siti.  Kami diberikan kumpulan dan setiap kumpulan akan bersaing sesama kumpulan menjadi kumpulan yang terbaik di dalam memberikan 'revenue' kepada syarikat.  Permohonan baru, hypptv, upgrade, semuanya diambil kira.  sedangkan dalam rutin Cik Siti agak kurang terlibat.  Yelah.... Cik Siti menjadi admin.  Jaga staff yang seramai 30 orang, pembantu ketua hasil, dan tentunya kerja-kerja Cik Siti memang kebanyakkan di belakang.  

Ada masa Cik Siti menjadi 2 dalam 1.  Menggantikan ketua hasil dan dalam masa yang sama Cik Siti dikejar dengan laporan yang diperlukan segera.  erm..... kalau boleh dibahagikan 2 badan ni memang Cik Siti nak buat.  Satu ganti ketua hasil dan satu lagi Admin. Tapi.... kuatkan semangat buat 2 kerja tu sebab Cik Siti tau kerja yang Cik Siti buat itu adalah kepercayaan dari boss Cik Siti sendiri.  Yelah.... jadi PA dan juga akaun pada Boss... 



Walau pun Cik Siti tahu tidak boleh buat oleh seperti yang lain kerana rata-rata berada di kaunter dan berhadapan dengan pelanggan dari pagi hingga petang, namun itu tidak memberikan Cik Siti patah harapan dan Cik Siti yakin boleh melakukan.  Cik Siti perlukan sekurang-kurang 2 atau 3 dalam memberikan peranan dalam kumpulan Cik Siti.  Dalam menggantikan kaunter, dapa itu grab apa yang ada.  Dan akhirnya berjaya. Kejayaan itu lebih bermakna jika tiada rungutan dan rasa tidak yakin.  

Cik Siti yakin, jika kita fikirkan boleh, kita boleh melalukan.  Walau apa cabaran yang mendatang kita boleh harungi.  Tahu apa rahsianya? Doa banyak-banyak..... insyaallah.... ada rezeki di depan mata. Mungkin Cik Siti tidak dapat yang terbaik namun sekurang-kurangnya Cik Siti dapat dari pada tak dapat, kan?

Dan apa yang penting juga semangat berpasukan.  Kerana semangat berpasukan juga menentukan kejayaan sesuatu kumpulan itu.  Dengan semangat itu juga membuatkan Cik Siti yakin sebenarnya.  Dengan keyakinan dan juga semangat itu juga membuatkan kumpulan kami menang untuk 6 minggu berturut-turut.... Sob...Sob.... (menangis gembira).

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh





Gagal bukan tanda kekalahan

Teratak pena | Saturday, November 16, 2013 | Be the first to comment!
salam Bertemu Kembali....



Dah lama sangat tinggalkan teratak ni tidak berpenghuni.  maklumlah sibuk.  banyak yang nak share tapi tangan ni macam malas je nak menaip.  Tangan Cik Siti ni bukannya tangan yang laju menaip. Walau pun kerja Cik Siti hari-hari mengadap komputer tapi Cik Siti banyak guna nombor.  kalau nombor memang expert. Bak kata pelanggan pun 'Wah... lu manyak bagus. itu nombor pun tak payah tengok.'  hehehe..... senyum jelah.  tapi kalau huruf tu memang nak kena tengok keyboard.

Erm.... frust kan kalau gagal. tak kiralah gagal dalam apa pun memang perasaan tu bermacam-macam.  yang pasti ada rasa marah dan sedih.  yelah.... pada mulanya kita 'aim' baik punya nak dapatkan apa yang kita hajatkan.  tapi penghujungnya.... punah harapan.  Musnah impian.

Tapi.... bila difikirkan balik mungkin ada hikmahnya dalam kegagalan tu.  kalau bercinta mungkin ada yang lebih baik kita akan temui.  kalau dalam peperiksaan, mungkin ada platform untuk kita berhati-hati dan berusaha lagi.  untuk menjadi yang terbaik memang senang.  tapi nak mengekalkan yang terbaik, belum tentu senang.

Yang sebenarnya entry ni nak tujukan pada Cik Siti sendiri tentang kenaikan pangkat tempohari.  Cik Siti yakin mungkin ada sebab tidak berjaya dan mungkin juga Cik Siti akan memegang jawatan yang lain.  ala... fikirkan rezeki tu tetapkan ada.  Cuma cepat atau lambat je.  yang penting bila dah gagal tu jangan pulak rasa rendah diri.  dan sekarang ni pun dah pegang balik 2 jawatan.  sampaikan dalam carta organisasi pun nama Cik Siti ada 2. Admin dan Pembantu Ketua Hasil.  Mampu?  kalau boleh dikerat badan ni dah lama Cik Siti buat.  Senang nak manage.  dan bila fikir balik ada baiknya kerana Cik Siti akan tahu semua.

Erm.... ingat pepatah: Tuah ayam nampak dikaki..... Tuah manusia tiada siapa yang tahu....

dan mana tahu Tuah Cik Siti sedang menampakkan cahayanya.... (Ceeewwaahhhh... Berangan sangat)
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page