Tip didapur untuk dikongsi bersama

Teratak pena | Sunday, August 24, 2014 | 2 Comments so far
Selamat berjumpa lagi....

erm.... dah lama sangat tak coretkan sesuatu dalam teratak ni kan?  maklumlah....raya katakan... Cik Siti pun raya gak...hehehe...

Okeylah Cik Siti nak kongsi beberapa tip untuk semua.  Mungkin kebanyakkannya dah tahu... tapi... Cik Siti saja nak menempel mana tahu boleh memberi manfaat kepada semua.

1) Sayur tahan lama
-basuh sayur dengan bersih
-toskan dan kemudiannya bungkus dengan kertas surat khabar.

2)Santan/kuah yang bersantan
-jangan sesekali meletakkan santan atau kuah yang bersantan di atas permukaan simen kerana ini akan menyebabkan santan cepat basi

3)Sambal yang sedap
-Tukarkan gula pasir kepada gula melaka.
-gelugor sambal dengan lama
-ini bukan sahaja sambal menjadi sedap malah akan tahan lama

4)Tips simpan lauk
-kalau lauk tak habis jangan buang.
-kalau elok lagi masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam tempat beku.
-ini bukan sahaja tahan lama malah juga menjimatkan.
-boleh simpan tempoh seminggu atau dua bergantung dengan lauk.
-malahan juga kalau dah terlewat nak masak tu keluarkan lauk dari tempat beku dan masukkan kedalam periuk dan gelugor sampai lauk tu panas.

5)Bawang goreng rangup dan juga tahan lama
-Kalau boleh gunalah bawang kecik.
-bila kupas bawang tu jangan dibasuh.
-hiris halus dan goreng dengan kuantiti minyak yang banyak.

Buat setakat ni sajalah yang Cik Siti tahu.  kalau ada lagi yang Cik Siti nak kongsi kita bersiaran di lain hari.

Okey.... bye semua...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page