11 Tahun.....

Teratak pena | Saturday, May 31, 2014 | 2 Comments so far
Hari ini.... pada ketika ini dan pada masa ini Cik Siti menganyam cinta di alam rumah tangga.... semoga perjalanan cinta ini kian bercambah dan kukuh serta kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan untuk selamanya.... amin....

Kenangan Lalu...

Teratak pena | Friday, May 30, 2014 | 1 Comments

Selamat Berhari Jumaat...

Entah kenapa hari ini teringat lak dengan arwah apak.... Agaknya rindu kot....Erm.....

Bila masa macam ni...... teringat dengan kisah sebelum dia mengembuskan nafasnya yang terakhir.  Masa tu Cik Siti balik dari sekolah.  Kalau berjalan kaki dari pekan Tenang Stesen nak ke rumah memang jauh sesangat.  Mahu setengah jam perjalanan.

Masa tengah berjalan tu Cik Siti bertembung dengan 'Tuan Kecik'  Itu istilah kat Estet.  Dan dia pun rakan arwah walau pun berlainan bangsa.  Dia tanya, "Miss Md Yasan, nak balik rumah ke?  Jom uncle hantar."Jadi Cik Siti pun tumpanglah kereta dia sebab Cik Siti memang kenal dia.

Dalam kereta tu dia bertanya dengan arwah.  Sihat ke?  Cik Siti angguk.  Mula-mula tu dia macam berat nak cakap.  Cik Siti ingat dia kata yang mana masa tu Cik Siti tak pernah nak fikir jauh.

"Nanti Miss Md Yasan kena jaga mak dengan adik-adik tau.  Jaga baik-baik."  Cik Siti angguk walau pun masa tu agak macam tak faham.

"Ayah tengah sakit kan?  jangan beri tekanan dengan dia tau."  Cik Siti angguk lagi.

"Ayah ada komplikasi buah pinggang."  Cik Siti diam.  Mungkin kawan arwah apak tak berani ni bercerita dengan sesiapa dalam family Cik Siti sebab itu dia bercerita dengan Cik Siti.  Masa tu memang tengah tak faham apa-apa walau pun dah 16 tahun!  Huhuhu... sob

Bila Cik Siti turun dari kereta Cik Siti masih blur dan bila arwah apak pergi lebih kurang 3 bulan lepas tu baru macam tersedar ada sesuatu yang dia ingin sampaikan....


Apa ada dalam handphone II

Teratak pena | Friday, May 23, 2014 | 3 Comments so far
Salam Bersiaran Kembali...

Sebelum ni Cik Siti pernah publish untuk apa yang ada dalam handphone kan?  La ni ni nak sambung apa yang ada dalam handphone.  Yang paling banyak adalah makanan.  Sekarang ni sama juga.   Makanan.  Ah, makan lagi.  Tapi itu yang Cik Siti suka.  Ada orang suka ambil gambar pemandanga.  Ada orang suka ambil gambar keluarga, dan macam-macam lagi.

layan jer lah ye kerenah Cik Siti ni.

Yang ini nasi ambeng.  Makanan ini sinonim dengan orang masyarakat jawa.  Kalau Cik Siti teringin selalu kirim dengan budak pejabat Cik Siti yang duduk di Kuala Kubu Baru.  Percaya atau tidak Cik Siti tak pernah habiskan seorang.  paling tidak 3 orang.  Harga?  5 ringgit.  Memang berbaloi.  Isinya?  Nasi, mee goreng. meehoon goreng, serunding kelapa, sayur campur ayam goreng dan kacang.  


Yang ini nasi impit goreng.  Ada lebihan nasi impit jadi goreng je.  Yang ni Cik Siti tumbukkan dengan cili api jer.  Nak resepi?  Nanti Cik Siti kongsilah ye.  Hari ni masa untuk menjamu mata.

Yang ini pulak lontong yang Cik Siti masak minggu lalu.  Itu pun request dari Cik Abang.  Masa tu buat sambal tumis banyak-banyak dan petang tu layan ubi rebus lak cecah dengan sambal.  Pulak tu hujan yang terasa nyaman dan layan pulak dengan air kopi.... nyum...nyum sedapnya....Nak kongsi resepi nanti Cik Siti beri ye.  Tapi kalau nak resepi sambal tumis boleh terjah kat sini.

Yang ini ambil masa Cik Siti buat sarapan minggu lalu.  Macaroni  basah yang diminta oleh anak-anak.  Saja je Cik Siti lebihkan sayur.  Tapi kurang pulak dengan sayur hijau.  Hilang seri sikit.  Tapi tak seri pun licin juga.  Hehehe....

Itulah dia... kalau orang dah suka dengan makanan  semuanya capture gambar makanan... nantilah Cik Siti kongsi resepi apa yang telah Cik Siti masak.

Okey,  Adios semua.... Dok pikir... esok kerja setengah hari.  Malam nanti nak masak apa yek?  Idea...any idea?

Selamat Hari Guru....

Teratak pena | Friday, May 16, 2014 | 1 Comments
Selamat Hari Guru....

Kepada Ibu dan arwah ayah yang membimbing Cik Siti sehingga berjaya sehingga kini
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau, Melaka.
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, Johor
Kepada guru-guru Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, Johor
Kepada Maktab Adabi Maharani, Muar, Johor
Kepada semua insan yang pernah menjadi pengajar hidup ini....

Sayang U All.... MUAH!!

Tips Belajar Sejarah ala Cik Siti

Teratak pena | Tuesday, May 13, 2014 | 2 Comments so far


Selamat bersua kembali...

Tempoh hari masa kemas laci tempat Cik Siti simpan sijil putera Cik Siti terpandangkan keputusan STPM Cik Siti dia kata 

"Wah!  Ibu dapat A dalam sejarah. Macam mana ibu buat?" 

"Macam mana ibu buat?" Nak selongkar rahsia le tu... tak pe turunkan pada anak. Tak ada salahnya.  apa lagi pada semua orang,kan? Lagi pun si Fir sekarang ni pun dah kena belajar sejarah.  Jadi.... Cik Siti perturunkan mana yang Cik Siti tahu.  

Terus terang Cik Siti katakan.  Pada SPM memang sejarah Cik Siti hancur.  Dapat cangkul sedangkan Cik Siti memang suka dengan subjek ni.  Masa tu rasa kecewa pun ada juga.  Sebab memang berharap Cik Siti lulus dengan subjek tu.  Tapi.... apa boleh buat, dah memang tak ada rezeki namanya.  

Tapi macam mana Cik Siti tembus semula pada STPM?  Sebab sejarah ni kan fakta.  dan tak boleh auta.  Semuanya sudah tertulis.  Baik tarikhnya, peristiwa dan tokoh.

Apa yang Cik Siti ajar dengan melukis.  Buat peta minda supaya kita faham dan hafal.  Kalau tak nak buat awan buat ikan.  Tak pun lukis dengan gambar yang kita faham.  contohnya catatan perjalanan kemerdekaan bermula dengan  rombongan kemerdekaan pada 18 Januari 1956 Cik Siti suruh anak Cik Siti lukis gambar bas.  Buat bendera Malaysia kat atas bas tu.  Dekat bas tulis rombongan ke London dan tahunnya sekali.

Dekat dalam bas tu lukis orang lidi dan siapa yang ada.  Dah siap semuanya buat anak panah dan lukis gambar 2 orang lidi dengan tulis Malaya dan British. Buat satu lagi anak panah iaitu tarikh penting bagi negara kita.  Buat gambar bendera Malaysia besar-besar dan buat love.  Tulis tarikh kemerdekaan, siapa dan dimana.  Tak payah nak lukis cantik-cantik.    Cukup cuma kita faham.  

Dan lagi satu kaedah Cik Siti adalah dengan merakam suara Cik Siti sendiri.  Dulu pakai kaset je.  kalau nak dengar duduk diam-diam dalam bilik dan dengar semula apa yang dah Cik Siti rekod.  Siap buat lagu lagi hehehe...sekarang dah senang.  Ada handphone boleh rekod bila-bila masa dan boleh dengar tak kira di mana.  

Satu lagi Cik Siti buat game sendiri.  Cari dan padan.  Tulis tarikh-tarikh penting, tokoh , peristiwa, gunting dan lepas tu buat padanan.  Kalau ada duit buat kertas manila.  Boleh guna banyak kali.  Begitulah gaya Cik Siti masa STPM dulu.  Itu pun Cik Siti buat gaya Cik Siti sendiri.  Namun yang sebenarnya semua subjek ada caranya yang tersendiri.  Ada yang perlu menghafal, ada pula subjek yang perlu kita fahami dan ada pula subjek yang perlu kita banyakkan latihan.  

Cik Siti bukanlah pandai dan bijak sangat.  Cik Siti cuba untuk mencari apa cara yang Cik Siti senang faham dan leka untuk Cik Siti ulangkaji. Mungkin setiap orang lain caranya.  Masa STPM tu pun Cik Siti tak begitu mengharapkan kejayaan tetapi kalau disertai dengan doa, insyallah.... Tak sangka pulak masa tu boleh score habis subjek sejarah.  Subjek lain?  ada P tapi seganlah nak cakap.  Dulu STPM kan guna prinsipal.  Cukup P untuk melangkah lagi.... tapi Cik Siti rasa kudrat Cik Siti lebih memerlukan...

Okey, panjang lebar lak entri kali ini.   Ini saja yang Cik Siti boleh kongsi.  Ini pun dah curahkan semuanya.  Ini cara Cik Siti.  Mungkin putera Cik Siti ada cara dia tersendiri untuk menghafal setiap tarikh, tempat dan tokoh.  Cik Siti cuma menghulurkan apa yang telah Cik Siti buat.  

Sebaya....

Teratak pena | Wednesday, May 07, 2014 | 10 Comments so far
Empat orang kanak-kanak rebina kat atas ni semuanya sebaya.  cuma yang bezanya adalah bulan sahaja.  kalau nak ikutkan ada dua lagi yang sebaya tidak dalam gambar ni.  Yang hujung tu puteri Cik Siti yang kecik.  Yang lain tu semua sepupu Cik Siti.  Tengok sepupu Cik Siti sebaya dengan anak Cik Siti.  hehehe...

Okey, Yang bertudung tu anak Cik Siti.  lahir pada bulan Januari (Awal tahun).  Sebelah dia sepupu Cik Siti Faris yang lahir pada bulan Disember(hujung tahun) sebelah dia pun sepupu Cik Siti si Umi yang lahir pada bulan 5.  sebelahnya Zafirah yang lahir pada bulan Julai.

Ada dua orang lagi yang sebenarnya lahir pada tahun yang sama iaitu Nabilah yang lahir pada bulan september/oktober dan last sekali Fitri yang lahir masa Syawal.  Masa diorang kecik-kecik dulu massa balik kampung mahu bersenauk (bahasa Melaka yang bermaksud bising) sampaikan Pak sedara Cik Siti kata dah macam dalam hospital bersalin...  hahaha.... bayangkan 6 orang dalam tahun yang sama.  Bersambut-sambut.  lepas sorang-sorang yang bersalin.

Motif nak cerita? Saje jer....Hehehe....

Kenangan Yang Tidak Boleh Dilupakan (Maktab Adabi Muar)

Teratak pena | Sunday, May 04, 2014 | 4 Comments so far


Selamat bersidang semua...

Dari dulu lagi dah Cik Siti katakan semasa Cik Siti belajar di Maktab Adabi Muar banyak sangat kenangan yang tak boleh Cik Siti lupakan.  Dulu cerita pasal rakan Cik Siti pergi ke Kuala Lumpur naik bas dengan kain pelikat, la ni nak cite pasal hari usahawan yang dibuat diperkarangan sekolah kita orang.  

Hari usahawan kita orang juallah macam-macam termasuk nasi lemak, ABC, pisang, keropok dan macam-macamlah.  Tapi yang Cik Siti nak ceritakan ni bukan masa kita orang buat jual beli di gerai tapi kisah selepas semuanya dah berlalu.....

Masa tu pukul 630 petang.  Perkarangan dah kosong.  Tinggallah Cik Siti dengan member Cik Siti.  Yelah.  takkan angkut mesin ABC naik bas, ye tak.  Mahi jeriit driver bas tu nanti.  Lagi pun dah nak malam.  mana nak dapat bas ke Melaka.  Tapi... tak patut betullah bebudak lelaki tinggalkan kita orang berdua.  Tapi tidaklah takut sangat sebab Cikgu Hassan masih dalam pejabat dia.  Senin dah janji nak ambil kita orang.  Cuma tunggu dia hantar orang.  Masa itulah rasanya jam berdetik macam terlalu lama.

Tak lama kemudian nampak member datang naik motor.  Berdua pulak tu. Ni apa hal pula ni?  Takkan nak naik motor pulak.  Cik Siti lega bila dia orang kata:

"Kita orang tak sampai hati nak tinggalkan korang berdua.  Korang tu anak dara.  Kalau apa-apa susah nak jawab dengan mak bapak korang."

Baiknya korang...... lama jugalah kita orang tunggu si Senin tu.  Lepak dengan dia orang baik punya mereka punya cerita.  bukan nak bagi kita anak dara ni tenang.  Ini tidak pucat bibir kita orang bila si Nasir dengan Zizie bukan main lagi jual cerita.  

"Korang naik dengan Senin baik-baik tau."

"Kenapa?"

"Hari nak hujan ni.  kereta Senin tu dahlah tak ada wiper, side mirror pun sebelah je." Tertelan air liur Cik siti mendengarnya.  

Bila sampai si Senin tu memang betul kereta dia tak ada wiper.  Side mirror pun sebelah driver je.

"Senin selamat tak ni?"

"Ala... kalau hujan kita berhentilah kat tepi jalan."  Selamba dia je bercakap.  Dia ingat Muar ke Merlimau 10 minit je agaknya.  45 minit tau!  Walau bagaimana pun kita orang gamble je naik kereta ni.  Apa yang penting doa banyak-banyak... Al-hamdulillah... Akhirnya kita orang selamat sampai.....

Huh!  memang cuak Cik Siti masa tu.... 


Lirik lagu Rindu Merindu

Teratak pena | Friday, May 02, 2014 | 2 Comments so far


Gelisah di jiwa
Aduh sayang
Resah merindu
Berdodoi lara
Aduh! lara
Hambalah seorang
Dalam sepi
Menanti tuan sayang Tuanlah seorang
Hendaklah belayar
Aduh! sayang
Ke laut madu
Bahtera cinta
Aduh! lara
karamlah di pantai
Belum Kembang
Layarnya kembang
Sayang tidaklah kembang
c/o
Rindu-rindu aduh sayang merindu
Jauh-jauh orang sudah menjauh
Kasih-kasih aduh sayang berkasih
Bukan-bukan hamba orang terpilih
Kiri duri kanan pun berduri
Arah mana kemana
Hendak hamba melangkah
Nasib diri begini nasib diri
Rela hamba terima
walau pun jiwa parah
Gelisah alah resah
Rindu diamuk sakit rindu
Mengenang alah kenang
Junjungan kalbu
Hibur alah tuan
Nak berhibur lagu rindu
Rindu merindu

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page