Apa ada dalam handphone II

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, May 23, 2014 |
Salam Bersiaran Kembali...

Sebelum ni Cik Siti pernah publish untuk apa yang ada dalam handphone kan?  La ni ni nak sambung apa yang ada dalam handphone.  Yang paling banyak adalah makanan.  Sekarang ni sama juga.   Makanan.  Ah, makan lagi.  Tapi itu yang Cik Siti suka.  Ada orang suka ambil gambar pemandanga.  Ada orang suka ambil gambar keluarga, dan macam-macam lagi.

layan jer lah ye kerenah Cik Siti ni.

Yang ini nasi ambeng.  Makanan ini sinonim dengan orang masyarakat jawa.  Kalau Cik Siti teringin selalu kirim dengan budak pejabat Cik Siti yang duduk di Kuala Kubu Baru.  Percaya atau tidak Cik Siti tak pernah habiskan seorang.  paling tidak 3 orang.  Harga?  5 ringgit.  Memang berbaloi.  Isinya?  Nasi, mee goreng. meehoon goreng, serunding kelapa, sayur campur ayam goreng dan kacang.  


Yang ini nasi impit goreng.  Ada lebihan nasi impit jadi goreng je.  Yang ni Cik Siti tumbukkan dengan cili api jer.  Nak resepi?  Nanti Cik Siti kongsilah ye.  Hari ni masa untuk menjamu mata.

Yang ini pulak lontong yang Cik Siti masak minggu lalu.  Itu pun request dari Cik Abang.  Masa tu buat sambal tumis banyak-banyak dan petang tu layan ubi rebus lak cecah dengan sambal.  Pulak tu hujan yang terasa nyaman dan layan pulak dengan air kopi.... nyum...nyum sedapnya....Nak kongsi resepi nanti Cik Siti beri ye.  Tapi kalau nak resepi sambal tumis boleh terjah kat sini.

Yang ini ambil masa Cik Siti buat sarapan minggu lalu.  Macaroni  basah yang diminta oleh anak-anak.  Saja je Cik Siti lebihkan sayur.  Tapi kurang pulak dengan sayur hijau.  Hilang seri sikit.  Tapi tak seri pun licin juga.  Hehehe....

Itulah dia... kalau orang dah suka dengan makanan  semuanya capture gambar makanan... nantilah Cik Siti kongsi resepi apa yang telah Cik Siti masak.

Okey,  Adios semua.... Dok pikir... esok kerja setengah hari.  Malam nanti nak masak apa yek?  Idea...any idea?

3 comments:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page