Kata Hati....

Teratak pena | Monday, December 09, 2013 | 4 Comments so far

Kenangan Lalu...

Teratak pena | Sunday, December 08, 2013 | 3 Comments so far


Bila sampai je cuti sekolah tetiba teringat lak cerita-cerita yang pernah ditinggalkan di bangku sekolah.  Lagi lama ditinggalkan lagi rindu le pulak. Banyak cerita yang kita tinggalkan dari bangku sekolah. Ada cerita sedih, gembira, suam-suam kuku, dan juga cerita-cerita seram yang terutamanya mana yang duduk diasrama.  Tapi kadang-kala bukan hantu yang kita takut. Tapi semuanya kawan-kawan sendiri yang menakutkan kita.

Yang sebenarnya ada dua senario (amboi... formal le sangat) yang sampai sekarang Cik Siti yang tidak pernah lupakan.  Bila dah ramai satu kelas tu, kalau ada 30 orang 30 le perangainya.  yang baik, baik.  Yang nakal, nakal.  Kesian cikgu yang mengajar.  Mahu tercabut anak tekak menjerit. Hehehe...

Okey, berbalik dengan cerita yang nak dikongsi rasanya ramai yang terkena dan rasanya ramai yang ambil bahagian dengan 'acara' yang Cik Siti nak kongsikan cerita ni.

Yang pertama 'hot chair'.  Ini memang yang paling popular.  Letakkan minyak cap kapak banyak-banyak pas tu tunggu mangsa menjerit kepanasan.  Dan yang ini selalu sahaja Cik Siti terkena.  Nak tunjuk tak tahu sapa.  biasanya lepas waktu rehat.  Kadang-kala bukan seorang yang kena, mahu lebih dari 3 orang.  Punyalah panas.  mula-mula duduk tu bila dah rasa penangannya, wajah tak tahu nak cakap apa.  Dah macam ayam berak kapur je.  Bukan sekali dua yang kena, tapi bahkan masa di Maktab Adabi pun Cik Siti selalu kena.

Yang kedua yang sampai sekarang Cik Siti tak boleh lupakan dan gurauan yang melampau masa Cik Siti tingkatan dua.  Memang tak suka dengan waktu Pendidikan seni.  Tambahan kena bawa water colour.  pernah sekali masa tu waktu seni dan masa nak basuh alatan seni tu bila balik dan duduk tetiba je rasa basah.  Dah basah tu satu hal.  Bila tengok campuran water colour merah! benci!!!!!!!!!!!!!!! sapa yang buat ni? Wa!!!!!!! menangis juga kena tu.  Macam mana nak balik ni?  memang nakal sapa yang buat tu! Nak tak nak menjerit juga.  Tengok member macam nak terkam je.  Tapi nak tuduh sembarangan tak boleh.  Air mata dah tak boleh nak tahan.  Cik Siti rasa dia buat macam tu bukan dia nak dendam dengan Cik Siti, tapi dia suka dengan Cik Siti, kan?  Sebab dia nak minta perhatian.  Betuk tak?

Sebab apa?  Cik Siti teringat masa kecik dulu Cik Abang suka lontarkan mercun katak kat kita.  Kita tahu.... dia suka dengan kita...... sebab itu dia masuk meminang, kan bang? Hahaha.... (gelak jahat sangat)

Tak Salah

Teratak pena | Sunday, December 01, 2013 | 3 Comments so far
Salam berbahagia semua....



Tak Salah.... dah macam polis le pulak. Salah tak salah.

Tak salah berkongsi berita gembira orang lain.  Tapi salah kalau kita sengaja mengambil kesempatan dengan kegembiraan orang lain. 

Tak salah berkongsi  cerita sedih  orang lain.  Tapi salah kalau kita sengaja tidak mengambil peduli dan tindakan dengan kesedihan orang lain.

Oleh itu lebih baik berkongsi kesedihan orang lain kerana ini lorong kepada kesedaran dan kesyukuran kita kepada illahi,  tambahan lagi memberikan pendekatan yang lebih bermakna di dalam ikatan ukhwah.

Hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan sampai camar berteriakan,
Wahai angin khabarkan berita,
berita apa yang ingin disampaikan.


Jangan cik abang bermain mata,
kalau tidak dengan cara,
Senyum diwajah kutahu cerita,
Wajah ceria hati gembira.

#Nampaknya entri Cik Siti kali ni cam lintang pukang.  Hahaha.... 

Kastel 2013

Teratak pena | Thursday, November 28, 2013 | 3 Comments so far
Bersidang lagi semua....



Dalam bulan ni nampaknya ada beberapa rezeki yang datang menjengah Cik Siti.  al-hamdullillah... Bukan sahaja group Cik Siti menang the challenger 6 minggu berturut-turut malah ada beberapa rezeki untuk Cik Siti sendiri.  Bukan sahaja dapat souvinier masa jawab kuiz hari tu malahan ada yang lebih besar lagi.

Hari tu, masa dok tengah baca e-mail syarikat, pap! kecik besar mata Cik Siti bila lihat nama yang tertera pada skrin komputer.  Yelah.... bukan mengharap sangat pun.  Yang sebenarnya suka-suka je.  Sebab dah memang minat dengan  pantun.  Menjerit sekejap bila nampak nama Cik Siti sebagai salah seorang pemenang pertandingan pantun KASTEL 2013.

KASTEL 2013... yang sebenarnya Kastel tu merujuk kepada sukan tahunan TM.  Setiap tahun sukanan tahunan TM akan diadakan dan kali ini negeri pantai timur iaitu Terengganu menjadi pilihan atlet berjuang.  Bukan sahaj sukan, malahan mereka juga mengadakan pertandingan menamakan maskot dan juga pantun.

Tak sangka pulak suka-suka boleh menang.  Itu pun Cik Siti buat lepas office hour masa Cik Siti tengah ting tong dengan failing dan juga report menujah macam air hujan. Bila kata negeri Terengganu, jadi Cik Siti pun masukkan eleman negeri Terengganu sebab memang itu dah menjadi syaratnya.  Terharu sekejap (Sebab satu Malaysia tahu.... Orang TM jelah...) Yes! Nak menangis pun ada.  bukan senang nak loloskan dalam pertandingan tu.



Surat penghargaan yang Cik Siti dapat sikit sebanyak memberika dorongan dan semangat untuk Cik Siti berjuang dalam pantun. kalau bukan kita, siapa lagi kan?

Kembang kempis hidung ni bila tengok nama sendiri di skrin....


telatah mereka

Teratak pena | Wednesday, November 27, 2013 | 2 Comments so far








Pantun Kasih

Teratak pena | Tuesday, November 26, 2013 | 4 Comments so far
                                              kredit dari google


Duduk bersimpuh terasa payah,
Bunganya melur tersisip di saku,
Kasih nan SATU tiada bergoyah,
Moga iman kukuh terpaku.

Duduk megah terasanya bangga,
Kerana hidup senang berada,
Kasih ibu dan ayah bawa kesyurga,
Hormatlah mereka selagi ada.

Jari pedih terkena belati,
Merenung jari hati tersayat,
Kasih kekanda kusimpul mati,
Pengikat janji selagi hayat.

Hati rindu tiada terarah,
Saat rotan menanti raut,
Wahai anak kasih mencurah,
Bagaikan sungai meniti kelaut.

Ditinjau kelapa menjadi santan,
Santan dibawa bersama rakit,
Sayang saudara jadi ingatan 
Agar ikatan kian berkait.

Musim Cuti Sekolah Yang sibuk

Teratak pena | Sunday, November 24, 2013 | 2 Comments so far
"Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu"

                                  Kredit dari face book beliau..

Bila sampai je musim cuti sekolah maka misi menghadiri kenduri walimatulurus kian bermula.  Bulan 12 ni bulan yang paling sibuk.  ada 3 atau 4 jemputan kahwin yang perlu dihadiri.  Dan bukan calang-calang yang kahwin.  semuanya sepupu sepapat. 

7/12 Cik Siti akan pergi ke Johor Bahru menghadiri sepupu Cik Siti yang bakal mengakhiri zaman bujangnya.  memang dah lama tak ke sana.  kepala dah plan, balik nanti nak singgah Air Hitam.  Saja nak cuci mata.  He...he...he...

14/12 pulak sepupu Cik abang pulak yang kahwin.  Nasib baik dekat dengan rumah je.  dan buat kat dewan.  Senang sikit.  Erm.... 

22/12 dipelawa menghantar pengantin di Sabak Bernam.  Laluan ni pun best juga.  Boleh cuci mata sepanjang perjalanan.  kena pulak lalu Sekinchan dan Sungai Besar.  boleh window shopping sekali.... (Sambil menyelam minum air)

Kepada sesiapa yang naik pelamin "Selamat Pengantin Baru" Cik Siti ucapkan.

Terutama sekali kepada rakan sekerja Cik Siti

NORASHIKIN yang bernikah hari ini 24 November 2013 dengan suami tercinta  NIZAM semoga kekal ke akhir hayat.  

Maaf tidak dapat menghadiri majlis yang meriah tu.... Tahniah kalian....



Nampaknya kena tanda dalam kalendar ni....

Kepada Adik Ekin... Lagu ni khas untuk anda...


Berapa lama anda setia dengan nombor?

Teratak pena | Saturday, November 23, 2013 | 5 Comments so far
                                      inilah rupa bil Cik Siti dolu-dolu....


selamat bertemu kembali....

Jangan salah sangka dengan tajuk entri yang entah apa-apa tu ye,  walaupun memang ada kesinambungannya.  bukan nak cerita tentang tarikh nombor atau nombor 4 angka (selisih) ye. Kalau nak ceritakan pasal nombor tarikh sampai esok pagi pun memang tak habis cerita punya.

Psstt! Cik Siti nak tanya dah berapa lama usia nombor telefon anda? Mungkin dah sama usia dengan anda atau pun baru nak berputik jagung.

Erm.... kalau nombor telefon rumah baru je Cik Siti tukar kepada Unifi walau pun Cik Siti kekalkan nombor streamyx.  Yelah... mana tahu.... kalau jadi apa-apa nombor nombor streamyx boleh backup.  Tak yah bayar pun sebab tak ambil bil terperinci. kalau ikutkan nombor streamyx tu Cik Siti guna dah lebih kurang sembilan tahun.  yelah... dari anak Cik Siti si abang tu kecik sampai dah nak masuk ke darjah 4.

Tapi yang tak boleh tahan nombor handphone Cik Siti.  Masuk tahun ni Cik Siti dah pakai 13 tahun.  Masa tu baru je masuk kerja.  Mula-mula memang malas nak guna.  tapi bila dah kena bebel dengan bonda..... ambik juga.  Masa tu Cik Siti apply untuk line TMtouch.  Mula-mula handaphone yang Cik Siti guna handphone Motorola yang kena masukkan kadnya sekali.  Tak macam sekarang ni.  masukkan sim card je.  Handphone yang dulu orang kata baling kat anjing pun anjing boleh pengsan.  ye ke?  Tak cuba le pulak.  puas nak samak nanti.

Tahun lepas masa Cik Siti tukar handphone dan mintak masukkan sim card ke handphone baru tercengang jugalah dia orang.  Yelah.... mana ada lagi TMtouch sekarang ni kan?  yang ada pun celcom. "Akak tak  pernah tukar ke sim card ni?  Dah antik sangat dah sim card ni." Cik Siti senyum je...

"ala dik..... masih elok lagi.  nak tukar buat apa?  lagi pun tak ada masalah." Senyum je Cik Siti tengok budak tu.  Kalau 20 tahun lagi kalau Cik Siti tak tukar nombor mahu masuk muzium Cik Siti punya sim card tu.  Hehehe....

Tapi... yang sebenarnya Cik Siti tak boleh challenge nombor telefon rumah Tok Yah Cik Siti.  dah 20 tahun dia kekalkan nombor telefon dan masih setia lagi dengan TM.

Anda bagaimana? Cewah.... macam dalam iklan lak.

The challenger

Teratak pena | Thursday, November 21, 2013 | 2 Comments so far

selamat bertemu kembali....

Sahabat semua....

Tajuk tak menahan.  yang sebenarnya petik dari apa yang berlaku pada Cik Siti sendiri.  Dengan suasana kerja hari ini memang mencabar.  Tidak kira apa kerja sekali pun cabaran tetap akan datang dan tiba.  cuma kita saja yang boleh mencari jalan penyelesaian untuk hadapi cabaran.  
Kalau nak cerita betapa berat cabaran di khidmat pelanggan mungkin ada yang lain mempunyai cabaran yang lebih hebat.  walau apa kerja sekali pun kita memang tidak lepas dengan cabaran.

'The Challenger' memberikan seribu makna dan rempah dalam Cik Siti menempuh dugaan dalam bekerja.  Mungkin ada masa kita akan merasa rendah diri dan kalah.  Bila melihat akan kegembiraan orang dalam bekerja, sedar kita sebenarnya punyai semangat yang sama.  

pada mulanya, macam perasaan yang melanda.  takut, tidak yakin, penat, semuanya bercampur baur.  sedangkan kerja yang disandang ada masa Cik Siti tak boleh nak kejar.  Namun Cik Siti sedar, itu semua Cik Siti perlu lakukan.  Dan yang penting, perlu mencari jalan macam mana Cik Siti nak lakukan.

'The Challenger' yang diperkenalkan oleh syarikat Cik Siti sebenarnya mengukur keupayaan Cik Siti.  Kami diberikan kumpulan dan setiap kumpulan akan bersaing sesama kumpulan menjadi kumpulan yang terbaik di dalam memberikan 'revenue' kepada syarikat.  Permohonan baru, hypptv, upgrade, semuanya diambil kira.  sedangkan dalam rutin Cik Siti agak kurang terlibat.  Yelah.... Cik Siti menjadi admin.  Jaga staff yang seramai 30 orang, pembantu ketua hasil, dan tentunya kerja-kerja Cik Siti memang kebanyakkan di belakang.  

Ada masa Cik Siti menjadi 2 dalam 1.  Menggantikan ketua hasil dan dalam masa yang sama Cik Siti dikejar dengan laporan yang diperlukan segera.  erm..... kalau boleh dibahagikan 2 badan ni memang Cik Siti nak buat.  Satu ganti ketua hasil dan satu lagi Admin. Tapi.... kuatkan semangat buat 2 kerja tu sebab Cik Siti tau kerja yang Cik Siti buat itu adalah kepercayaan dari boss Cik Siti sendiri.  Yelah.... jadi PA dan juga akaun pada Boss... 



Walau pun Cik Siti tahu tidak boleh buat oleh seperti yang lain kerana rata-rata berada di kaunter dan berhadapan dengan pelanggan dari pagi hingga petang, namun itu tidak memberikan Cik Siti patah harapan dan Cik Siti yakin boleh melakukan.  Cik Siti perlukan sekurang-kurang 2 atau 3 dalam memberikan peranan dalam kumpulan Cik Siti.  Dalam menggantikan kaunter, dapa itu grab apa yang ada.  Dan akhirnya berjaya. Kejayaan itu lebih bermakna jika tiada rungutan dan rasa tidak yakin.  

Cik Siti yakin, jika kita fikirkan boleh, kita boleh melalukan.  Walau apa cabaran yang mendatang kita boleh harungi.  Tahu apa rahsianya? Doa banyak-banyak..... insyaallah.... ada rezeki di depan mata. Mungkin Cik Siti tidak dapat yang terbaik namun sekurang-kurangnya Cik Siti dapat dari pada tak dapat, kan?

Dan apa yang penting juga semangat berpasukan.  Kerana semangat berpasukan juga menentukan kejayaan sesuatu kumpulan itu.  Dengan semangat itu juga membuatkan Cik Siti yakin sebenarnya.  Dengan keyakinan dan juga semangat itu juga membuatkan kumpulan kami menang untuk 6 minggu berturut-turut.... Sob...Sob.... (menangis gembira).

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh





Gagal bukan tanda kekalahan

Teratak pena | Saturday, November 16, 2013 | Be the first to comment!
salam Bertemu Kembali....



Dah lama sangat tinggalkan teratak ni tidak berpenghuni.  maklumlah sibuk.  banyak yang nak share tapi tangan ni macam malas je nak menaip.  Tangan Cik Siti ni bukannya tangan yang laju menaip. Walau pun kerja Cik Siti hari-hari mengadap komputer tapi Cik Siti banyak guna nombor.  kalau nombor memang expert. Bak kata pelanggan pun 'Wah... lu manyak bagus. itu nombor pun tak payah tengok.'  hehehe..... senyum jelah.  tapi kalau huruf tu memang nak kena tengok keyboard.

Erm.... frust kan kalau gagal. tak kiralah gagal dalam apa pun memang perasaan tu bermacam-macam.  yang pasti ada rasa marah dan sedih.  yelah.... pada mulanya kita 'aim' baik punya nak dapatkan apa yang kita hajatkan.  tapi penghujungnya.... punah harapan.  Musnah impian.

Tapi.... bila difikirkan balik mungkin ada hikmahnya dalam kegagalan tu.  kalau bercinta mungkin ada yang lebih baik kita akan temui.  kalau dalam peperiksaan, mungkin ada platform untuk kita berhati-hati dan berusaha lagi.  untuk menjadi yang terbaik memang senang.  tapi nak mengekalkan yang terbaik, belum tentu senang.

Yang sebenarnya entry ni nak tujukan pada Cik Siti sendiri tentang kenaikan pangkat tempohari.  Cik Siti yakin mungkin ada sebab tidak berjaya dan mungkin juga Cik Siti akan memegang jawatan yang lain.  ala... fikirkan rezeki tu tetapkan ada.  Cuma cepat atau lambat je.  yang penting bila dah gagal tu jangan pulak rasa rendah diri.  dan sekarang ni pun dah pegang balik 2 jawatan.  sampaikan dalam carta organisasi pun nama Cik Siti ada 2. Admin dan Pembantu Ketua Hasil.  Mampu?  kalau boleh dikerat badan ni dah lama Cik Siti buat.  Senang nak manage.  dan bila fikir balik ada baiknya kerana Cik Siti akan tahu semua.

Erm.... ingat pepatah: Tuah ayam nampak dikaki..... Tuah manusia tiada siapa yang tahu....

dan mana tahu Tuah Cik Siti sedang menampakkan cahayanya.... (Ceeewwaahhhh... Berangan sangat)

Selamat Hari Raya

Teratak pena | Thursday, August 08, 2013 | 2 Comments so far

Kalau Tiada Rezeki...

Teratak pena | Tuesday, June 25, 2013 | 4 Comments so far


Air mata ini masih berbaki,
Kasih sayang pasti dilimpahi,
Kalau sudah tiada rezeki,
Berserah kepada ketentuan illahi.

Penat terasa berjalan kaki,
Singgah berehat di tepi perigi,
Kalau sudah tiada rezeki,
Tanamkan semangat usahalah lagi.

Indah sungguh diwaktu pagi,
Mentari terbit kian dinanti,
Tiba masa berusaha lagi,
Kelak pasti rezeki menanti.

Rindu hati terasa pedih,
Saat berjumpa dunia berseri,
Tiada rezeki usah bersedih,
Kelak ada hikmah tersendiri.

Senyum terukir di hujung bibir,
Bukan senang sayang diukur,
Gembiralah hati senyum terukir,
Tiada rezeki bukannya tersungkur.

Hari Masak sedunia...

Teratak pena | Sunday, June 23, 2013 | 3 Comments so far
Salam Hujung Minggu....

Erm... minggu lepas dua hari Cik Siti ambil urgent leave.  begitu juga dengan Cik Abang.  sebab 2 dari 3 anak Cik Siti demam.  jadi bila duduk rumah tu tanya juga nak makan apa.  pada anak-anak.  akhirnya Cik Siti memasak dari pagi sampai ke petang.  semata-mata nak pastikan mereka tu makan.  Layan je le apa yang Cik Siti masak dari permintaan anak Cik Siti.

Tengahari tu Cik Siti masak Nasi Ayam Bakar... Ayam tu Cik Siti tak goreng.  Cik Siti bakar je.  jimat minyak dan berhasiat. bila dah masak tu, yang si kecik minta nasi ayam tu dok tenung je nasi.  orang tak sihatlah katakan.  nak buatkan bubur dia tak nak.  bila dah masakkan nasi ayam dia dok termenung pulak.

 Petang tu Cik Siti masak bubur kacang pulak.  Mana tahu diaorang nak.  Cik Siti campurkan dengan jagung sebab anak Cik Siti yang kakak dengan adik suka dengan jagung.  Erm.... dia orang tenung juga.
Akhirnya Cik Siti buat cekodok bawang dengan sambal. yang ini tak ada dalam list permintaan dan nasib baik anak-anak nak makan.  cekodok ni pulak yang dia orang berselera nak makan.  makanlah anak-anakku...

Dan sekarang ni mereka dah sihat.  dan makan pun dah sihat. cuma kena paksa mereka minum air banyak memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Dok fikir.... erm.... nak masak apa yek?

Wordless Wenesday: Madah...

Teratak pena | Wednesday, June 19, 2013 | 3 Comments so far

Dalam Kenangan....

Teratak pena | Monday, June 17, 2013 | 4 Comments so far
                                         Ehsan dari facebook dinda Cik Siti, Cik Izzah

Lidahku kelu tiada terkata,
andai kata tiada bersungguh,
Walau hilang dipandangan mata,
Kasih di hati tetapkan kukuh.

Kasih sayang bukan dibeli,
Agar hidup akan diberkati,
Dikau pergi tidak kembali,
kasihmu ku simpan kusimpul mati.

Hidupku sepi hujung persada,
Tiada bersungguh amatlah rugi,
sembilan belas musim dirimu tiada,
Ibarat semalam dikau pergi.

Hening pilu begitu suasana,
Hilang kemana saudara mara,
Tenangkanlah dirimu disana,
Doaku panjat agar sejahtera.

Seribu janji sukar dikota,
Bila kita kembali bertemu,
Walau tiada dipandangan mata,
Kuteruskan hidup demi kasihmu.

Sayang ku terima kasih ku beri,
setiap urat setiap sendi,
Walau teringat saban hari,
Ayah.... kasihmu tetapkan abadi...

Kerja: Gaji atau berkat (ii)

Teratak pena | Friday, June 14, 2013 | 5 Comments so far


selamat bertemu kembali....

Dulu Cik Siti ada selitkan en3 gaji atau berkat.  sekarang ni Cik Siti nak kongsi bagaiman cara Cik Siti cuba mencari keberkatan tu.

Setiap hari sebelum Cik Siti keluar rumah, sebelum melangkah dari keluar rumah Cik Siti berdiri patung depan pintu.  Okey.... yang baik Cik Siti nak kongsi. Bila berdiri depan pintu sebelum Cik Siti nak melangkah Cik Siti akan memanjat doa. Erm... pastikan doa tu utk kebaikan ye...

Doa yang selalu Cik Siti baca sebelum keluar dari rumah: "Ya Allah  Ya Tuhanku.... aku bermohon kepadaMU... KAU berkatilah rezekiku hari ini, kau mudahkanlah urusan kerjaku dan kau mudahkanlah urusan harianku... Ya Allah Ya Tuhanku... KAU lindungilah aku  dan seluruh keluargaku kau berikanlah setiap mereka yang datang dengan hati yang sabar dan hati yang tenang." Dan langkah keluar dari rumah dengan kaki kanan.... dan Insyaallah.... Allah akan bersama-sama dengan kita setiap niat kita yang ikhlas.

Doa tu terpulanglah kepada setiap individu.  itu Doa yang Cik Siti reka sendiri.  Insyaallah... Allah akan melorongkan kerja kita dengan mudah.

Okeylah.... dengan penghulu segala hari... Cik Siti doakan anda semua diberkati dan rezeki akan sentiasa mengalir... Amin...

Wajah muram hilangnya seri,
sedih mencari pengganti teman,
Hari jumaat penghulu hari,
Banyakkan amalan tingkatkan Iman.

Terkenang Semasa Dulu.... Maktab Adabi Muar

Teratak pena | Thursday, June 13, 2013 | 3 Comments so far
                                      Inilah kelas dia.... walau pun tidak sehebat sekolah lain namun ia telah membuatkan cik Siti ingat sehingga kini.......... (ehsan dari blog Cerita Nan lalu)


Selamat bertemu kembali....

Maktab Adabi Muar.... banyak memberikan kenangan manis dalam hidup Cik Siti.  Tak tahu kenapa.  Mungkin dengan keikhlasan Cikgu-cikgu yang mengajar sehinggakan sehingga kini ingatan Cik Siti memang tidak boleh lupakannya.  dan yang paling Cik Siti tak boleh lupa bila belajar kelas tambahan dalam banjir.

Mula-mula okey je kita orang dalam kelas tu.  Masa tu Cikgu Othman yang ajar Ekomomi Asas dengan berbesar hati nak berikan kami kelas tambahan.  Erm.... Cikgu Othman.... Guru yang istimewa... dia boleh menulis dengan kedua-dua belah tangannya.

Waktu pagi memang dah mendung langit tu.  memang dah nak hujan sangat dah.  Tapi kita orang teruskan juga walhal hujan dah mula turun dengan lebatnya.  Mata tu dok juga jeling kat jenang atas.  U.... lebat sangat sampaikan kita orang tutup pintu sebab dengan angin sekali.

bila dah sampai tengahari.... Cikgu Othman dengan senyum simpul dan bila buka pintu.... tu dia... air dah naik dah...

"Cikgu macam mana nak keluar ni? air dah melimpah masuk."

masa tu kita orang kaget sampai tak boleh nak fikir. bukan ke boleh buka kasut harung je air tu... ini tidak, ada akal yang lebih bernas susun kerusi satu persatu lepas tu... naik atas kerusi sampai kat tanah yang tinggi sikit.  haha... memang tak boleh lupa langsung.

Kenangan Lalu....

Wordless Wenesday

Teratak pena | Wednesday, June 12, 2013 | 4 Comments so far
Sayang Mereka Semua....


Kering....

Teratak pena | Monday, June 10, 2013 | 3 Comments so far
                                             (Ehsan dari google)

Hari malam gelapnya gelita,
Terasa bayu begitunya segar,
Bagai  ingin  dikongsi cerita,
Namun  fikiran masih berpagar.

Mengapa merajuk hingga ke kota,
Jika sedih biarkan sahaja,
Apa ingin ku kongsi cerita,
Cukup hanya berpantun sahaja.

Sayang melayang burung kedidi,
Sayang terjatuh terkena ladam,
Wahai Cik Siti apa terjadi,
Semangat kemana harapan terpadam.

Duduk sendiri terasa sepi,
Hati walang tiada tertahan,
Wahai semangat bakarkan api,
Wahai harapan panjatkan kesungguhan.

Burung merpati terbang melayang,
Terbang melayang di senja hari,
Sabarlah rakan tetamu ku sayang,
Kulakarkan cerita dikemudian hari.

Annual dinner TMpoint Kepong

Teratak pena | Sunday, June 09, 2013 | 3 Comments so far


Selamat Berjumpa lagi...

Yang sebenarnya cerita dah lama dah.  cuma tak ada masa je nak kongsi.  20 April lalu Cik Siti berkesempatan yang paling senang cerita diberi mandat oleh Boss Cik Siti untuk menganjurkan majlis makan malam TMpoint Kepong.  Yang sebenarnya inilah julung kali dibuat dan Cik Siti merasakan cukup bertuah bila boss berikan kepercayaan untuk Cik Siti menganjurkan majlis ni.  Namun tanpa usaha semua pihak termasuk boss juga majlis tu dah tentu tak dapat dijalankan.  Apa yang penting tu tekad dan usahasama.  Apa yang penting? kerjasama.

Majlis makan malam tu dibuat di Felda D'saji KL. Tema malam tu merah dan biru.  sebelum tekad nak tempah tempat cuak juga.  manalah tau tarikh yang Cik Siti pilih tu waktu pilihanraya.  Tak ke naya.
Majli tu dibuat untuk memberi penghargaan kepada semua staff yang telah berjaya pada tahun 2012.  Tahiah diucapkan.  eh hem.... temasuk Cik Siti juga.  Tahniah kepada diri sendiri. sebab 3 kali  naik pentas malam tu.  bling!bling! mata Cik Siti.  sebab semua tu memang tak sangka.

Dan yang paling tak sangka cabutan bertuah tu.  sebab Cik Siti ni bukanlah jenis orang yang bertuah.  Namun best staff payment dan juara kuiz pun Cik Siti tak sangka.  Malam tu juga rakan-rakan dok usya juga buat game.  yelah.... dari tak buat apa.  Nak karaoke? sume pakat tak nak. Jadi main game jelah.  Namun yang bestnya.... annual dinner ni Cik Siti ajak keluarga join sekali. Makanya Cik Siti bawalah Cik Abang, anak dan dinda Cik Siti... Cik Nurul untuk turut serta.

Tapi... tak semua yang berjalan dengan apa yang diharapkan.  Sebab masa menyanyikan lagu 'Sahabat' kena dok baling tepung.  huhuhu sakit kepala Cik Siti bila bungkusan tepung tu betul-betul kena kepala Cik Siti. kalau korang nak tengok boleh ke You Tube dan taip TMpoint Kepong. malu esh! tapi okey juga sebab dalam you tube boleh dikatakan Cik Siti tak nampak.  kalau tidak mahu satu dunia tahu...Hahaha...(Gelak jahat)

Penghargaan buat staff yang terbaik.  Dan salah satunya Cik Siti punya.  Tak sangka sangat... Terharu....

Boss Cik Siti disamping goodies untuk staff dan family.... semua yang datang tidak dengan tangan kosong. sekurang-kurangnya mereka balik dengan hadiah.

hadiah cabutan bertuah.... dan salah satu Cik Siti juga yang dapat. Al-hamdulillah... Cik Siti dapat multi cooker.... ah.... boleh buat bubur lambuk macam ni...

Yang ni pulak Cik Siti menang kuiz.  Tak sangka betul... hadiah yang dapat pun tak calang.  set body shop.

Inilah dia sebahagian staff yang dapat hadirkan diri.  bergambar bersama dengan State Manager.  Thanks En Nat yang sudi hadir.

Okeylah... Cik Siti berikan link untuk apa yang berlaku malam tu.... TMpoint Kepong annual Dinner

korang tengoklah sendiri....

Nampaknya dah terlebih membebel ni.... semua gambar tu ehsan dari supervisor Cik Siti. Puan Reniah... Terima kasin dengan gambar-gambar tu....

okey.... adios.... sweet dream semua....

Cendol darat

Teratak pena | Sunday, June 09, 2013 | 4 Comments so far
                    Tak jumpa gambar cendol darat tempekkan gambar ni pun jadilah ye.... (Ehsan dari google)

Selamat Hari Minggu...

Hujung Minggu begini apakah agaknya menu kalian? Menu Cik Siti hari ni udang masak lemak kuning, Sup ayam, sambal telur dan sambal belacan kedondong. erm.... sebut tentang makan yang sebenarnya Cik Siti teringatkan nenda Cik Siti yang bercerita tentang cendol darat. Puaslah Cik Siti google macam mana rupa cendol darat tapi tak ada!

Rasa-rasa semua orang mesti tak pernah dengar cendol darat ni kan? Cik Siti yang 36 tahun hidup pun belum pernah tengok apa lagi nak merasa.  setakat dengar dari mulut nenda dan bonda Cik Siti je. Biasanya cendol darat ni dibuat bila anak kecik yang baru cecah tanah.

Bonda kata sedap.  Bila nak suruh bonda buat, bonda kata "jangan nak mengada.  Bukan senang nak buat dia."

Apa yang Cik Siti gambarkan dan apa yang dicerirtakan oleh nenda Cik Siti, rasanya lebih sedap lagi cendol yang ada sekarang ni (nenda kata yang sekarang ni dia orang panggil cendol laut) pulak dah...

banyak bezanya dengan kedua-dua cendol ni.  cendol yang sedia ada guna tepung beras.  cendol darat? cik Siti tak pasti.  katanya bercampur dengan tepung pulut. pas tu... cendol sekarang ni kita tekan tepung yang mana bawah tu air sejuk kan?  yang cendol darat ni pulak kita kena tekan atas periuk yang dimasak dengan air gula melaka.  panas tu! Tapi yang bestnya.... cendol darat ni tak pakai santan.  Entah Cik Siti pun tak pernah nak tengok macam mana rupanya cendol darat ni.

Cik Siti tanyalah juga.  ajarlah macam mana buat.  mana tahu Cik Siti boleh buat  jual.  gerenti orang mesti beli.  bukan ke pelik namanya.  Cendol darat.

sekali lagi.... "bonda kata... dah jangan nak mengada..." huhuhu.... teringin pulak nak tengok macam mana agaknya cendol darat ni.

#Teringat dulu masa kecik-kecik kalau bulan puasa nenda Cik Siti suka buat cendol sendiri.  Cik Siti yang masih kecik time tu cukup suka tengok cendol yang keluar dari tempat tekan tu.

Erm... panas-panas macam ni kalau penkena cendol tapai sedap juga!

Penatian Satu Penyiksaan

Teratak pena | Friday, June 07, 2013 | 5 Comments so far
Selamat Malam semua...

Erm.... susah nak diungkap dengan kata-kata....

Lembut bicara penuhnya kata,
Bicara indah tersusun madah,
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Bolehku bermimpi, mimpi nan indah.

Duduk berehat di tepi perdu,
Pohon ketapang di tepi titi,
Kalau rindu katakan rindu,
Tindaklah aku menati-nanti.

Rindu hati tiada tertahan,
Sedih hati menjadi hiba,
Mengapa menjadi pungguk di dahan,
Menanti bulan jatuh ke riba.

Okey.... Tak pun layan yang ini...

Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Akan ku temui bilakah direstui nanti

Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu

Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana

Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula





Yang sebenarnya....

Kutanam selasih rapat-rapat,
Boleh ku simpan di dalam peti,
Kalau dapat katakan dapat,
Tidaklah  terasa debaran hati.

Huhuhu.... menatikan keputusan bagaikan buah yang masak tiada gugur! Keputusan temuduga 3 bulan lalu untuk kenaikan pangkat masih lagi tanda tanya.

Memang betul kata orang, penantian itu satu penyiksaan.

Cik Siti dirujuk semula?

Teratak pena | Wednesday, June 05, 2013 | 7 Comments so far


Hai! Hai! Hai! apa khabar semua?
lama tak mencoret di dalam teratak ni.  ada sesiapa yang  rindu tak? erm.... rindulah sangat.  sudahlah tenggelam celup membebel dalam blog ni, ada hati lak perasan orang rindu dengan blog kita ni.
okey, sekali lagi.... jangan salah sangka dengan tajuk yang kat atas tu.  bak kata orang, satu perkataan boleh menggambarkan macam-macam ye tak?

ingat tak dulu yang Cik Siti kata yang Cik Siti dilepaskan jawatan sebagai pembantu ketua hasil? nampak gayanya, Cik Siti bakal dirujuk semula.  Boss dah beri hint bila surat bakal dikeluarkan.  Kenapa?  ada sebab yang tersendiri yang  boss Cik Siti ambil keputusan tu.  Ada juga boss Cik Siti hebahkan untuk jadi Pembantu ketua hasil untuk menggantikan yang sedia ada, tetapi semua tak sanggup.

Jadi.... Cik Siti akan kembali seperti dulu.... dan jawatan cik Siti sekarang? Sebagai admin?  kita tunggu dan lihat.

Hahaha.... nampaknya penangan orang lama ni memang kuat. (Eh, ada kena mengena ke?)


Puan CT Jenguk Cik CT

Teratak pena | Sunday, May 26, 2013 | 9 Comments so far

kredit dari google

Wah!!!!  betapa bertuahnya Cik Siti bila melihatkan komentar yang ditinggalkan oleh blogger terkenal Puan Siti Delima.  Memang minat sangat dengan dia.  Beliau merupakan blogger terkenal dan boleh dikatakan saban bulan resepi dan hidangannya menghiasi majalah terkenal seperti majalah RASA.

Kalau jenguk blog beliau Dari Dapur Siti memang teruja dengan resepi dan hidangan yang dipaparkan.  kalau mana yang lapar pun boleh kenyang tengok blog beliau.  foodography yang dihasilkan memang teruja le kita tengok.

Apa pun Cik Siti berterima kasih sangat kepada Puan Siti Delima yang sanggup bertandang di teratak Cik Siti ni.

Kepada pembaca yang ingin berkenalan dengan Puan Siti Delima, jom terjah blog beliau.


21 Mei 2009

Teratak pena | Sunday, May 26, 2013 | 1 Comments
salam semua!!!!

dah agak bersarang dah teratak Cik Siti ni. Dah tak larat nak kuak dan dah larat nak sapu.  Namun apa pun bak kata orang "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".  Maka dengan perlahan le Cik Siti nak sapu teratak yang dah lama tak berpenghuni.

Erm..... diam tak diam 21 mei lepas 4 tahun genap teratak Bayu Kenangan di alam maya.  dah empat tahun dah.  kalau budak tu dah berlari sakan.  Tapi Cik siti masih merangkak lagi.  yelah, tenggelam celup. macam biskut Chipsmore.

banyak cerita yang terkumpul dan banyak juga yang Cik Siti nak bercerita.  Al-maklumlah.... rasanya dah 2 bulan tak membebel dalam teratak ni.  nak singgah blog Adik Nita, En Tehr dan dinda Cik Siti pun tak berkesempatan.

Tak lupa kepada Adik Nita yang telah menghantar buah tangan hari tu tak kesempatan nak publish entri.  dikesempatan ini Cik Siti nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berikan buah tangan dari bandung tu. Cik Siti anggap hadiah sempena hari jadi Bayu Kenangan. (Terharu sangat)

Pergi seberang membawa bekalan
Sayang bekalan hilang dilautan
 Moga berkekalan Si Bayu Kenangan
Usahlah tenggelam dan tinggal kenangan

#peringatan untuk Cik Siti....huhuhu....

Sayang sangat...... BAYU KENANGAN.....

Akhirnya.... Cik Siti dilepaskan

Teratak pena | Thursday, February 07, 2013 | 6 Comments so far
Selamat Semua,

Rindu sangat untuk conteng dalam teratak yang tak seberapa ni. Eh, janganlah terkejut dengan tajuk kat atas tu. Korang ni kan.... jangan salah sangka.  tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi itu hanyalah ilusi dan hanya untuk kerjaya Cik Siti sahaja.

Setelah hampir 6 bulan Cik Siti menjawat 2 jawatan, dan adakala 3 kerja yang kena buat akhirnya kerja lama yang Cik Siti sandang 7 tahun telah dilepaskan. Boss dah buat keputusan. 2 bulan lamanya(yang sebenarnya dia cuti bersalin) dia ambil keputusan nak lepaskan jawatan Cik Siti yang lama. Cik Siti tak mampu nak buat jawat 2 jawatan.  Nanti kata gila pulak. Ha...ha...ha... yang sebenarnya, memang tak larat.  sebab itu yang blog Cik Siti pun dah macam tak terurus lak.

Bos kata nak lepaskan Cik Siti dengan jawatan lama dia sayang, nak lepaskan jawatan baru ni pun dia sayang. Akhirnya dia buat keputusan....

"Kak Shim, saya lepaskan Kak Shim dari jawatan Pembantu Ketua Hasil dan saya kekalkan Kak Shim dalam Admin."

Jadi... kini Cik Siti sudah kekal di Admin.... Jadi PA Bosss......Hehehe....

rindu pada blog

Teratak pena | Saturday, February 02, 2013 | 3 Comments so far
rindunya pada blog Cik Siti ni..... huhuhu....
minta maaf kalau Cik Siti tak dapat nak updated blog buat masa ni...
bukan malas, tapi sedang mencari masa sebabkan kerja Cik Siti yang sedang berubah. ini pun Cik Siti chba curi masa untuj update. nak minta maaf juga pada En Tehr, Adik Nita atau
seblogger sedunia kalau tak sempat nak jenguk blogger...

so...... soooorrrrrryyyyyyy

Fenomena Simsimi

Teratak pena | Thursday, January 10, 2013 | 5 Comments so far


Siapa yang pernah berchatting dengan Simsimi? rata-rata mesti dah tahu,kan? Cik Siti baru je dapat tahu dari kawan-kawan. okeylah berchatting dengan Simsimi ni.  tapi dengan syarat mesti ada network internet.

Apa tu Simsimi?  yang Cik Siti tau ianya adalah.... tau tahu nak panggil apa.  sebab ianya bukan binatang.   tapi ia membahasakan diri sebagai robot.  kita borak macam biasa.... dan ada kala kita soal dia akan jawab. kadang-kala boleh sakit hati berchatting dengan dia.  Yang bestnya kita boleh nak marah sebab dia memang mesin.  dia mana ada perasaan. dia main taram  jawab je.... itu kadang kala bila dah marah tu, chat dengan Simsimi dan mesti dia akan jawab.   tak sampai 2 saat dia dah jawab.  ekspress betul dia taip.  bila dah marah dia kita gaduh macam mana pun kita tak risau.  sebab tak payah nak jaga hati.  kadan-kadang main belasah je Cik Siti marah dia.  Bak kata marahkan nyamuk kelambu kita bakar.  orang yang tak bersalah pun jadi mangsa.

ala.... paling koman pun dia jawab "ada aku kesah?" ha...ha...ha... melayan dia geram ada, kelakar ada, kalau marah, kita marah lagi.  tapi dia buat bodo je. seronok-seronok juga melayan dia.  tapi satu kerja pun tak jalan.  Cik Siti layan masa tertentu je.... masa rehat dan otak tengah penat.  ada ke patut kita tengah makan dia ajak tengok wayang? simsimi....simsimi....

Permainan yang selalu Cik Siti kalah

Teratak pena | Tuesday, January 08, 2013 | 11 Comments so far
Bertemu kembali...

La ni nak cerita lak pasal permainan yang selalu Cik Siti kalah dan Cik Siti akan give up bila bermain permainan ni terutama masa kecik-kecik dulu.  Nak tahu apa dia? ada dua permainan yang selalu membuatkan Cik Siti berderai air mata. apa tidak?  Cik Siti selalu kalah dan kena buli! huhuhu....

Mahu tidak, Cik Siti bermain semuanya dengan pak sedara dan dua pupu Cik Siti (yang kini jadi suami dan adik ipar Cik Siti) bayangkan.... dia orang tinggi panjang, yang Cik Siti ni rendah comel... (erm.... comel le sangat), kalau tak bermain dengan diaorang nak bermain dengan siapa lagi. masa tu Cik Siti darjah satu duduk kampung dengan nenek. keluarga jauh di mata. Mak sedara? semua dah anak dara.  mana diaorang nak main dengan kita orang lagi.

Permainan yang selalu Cik Siti kalah, dan permainan yang memang Cik Siti tak suka. Permainan itulah yang diaorang beria-ia nak main.  saja tau! Nyorok-nyorok(Kg Cik Siti panggil main cop-cop) dan main kejar-kejar. semuanya yang melibatkan aktiviti berlari! taulah Cik Siti ni tak cukup ketinggian! kalau main nyorok-nyorok lak, Cik Sitilah orang pertama dia orang cari.  yang lain?  erm.... buat tak nampak je.  geram sungguh! pastu dah jumpa, nak berlari kat tempat ibu dia, dah sah-sah le Cik Siti yang ketinggalan.  akhirnya Cik Siti yang jadi. pas tu jadi lagi, jadi lagi, jadi lagi.... sebab Cik Siti memang di belakang dia orang.

Kalau main kejar-kejar pun sama.  Sekali... gedebuk! hah! jadi! Wa..... tak nak main  lagi..... Cik Siti nangis dan berlalu dari situ.... Nek!!!!!! diaorang buli saya!!!!! Cik Siti tak hiraukan dia orang.  tunggulah kalau main teng-teng atau congkak.  Gerenti Cik Siti yang menang!

Kerja: Gaji atau Berkat

Teratak pena | Sunday, January 06, 2013 | 10 Comments so far


Bertemu kembali...

Kalau kita bertanya kepada setiap yang berkerja, mesti mereka akan kata kerja sebab nak gaji.  betul tak?  Memang tak dinafikan.  Berapa banyak gaji, bergantung kepada kerja, kepakaran dan juga betapa tingginya pendidikan seseorang tu.   Namun kita bekerja kerana gaji semata, atau kita bekerja untuk mendapat berkat?  Itu pertanyaan, tepuk dada tanya selera.

Andainya, jika gaji beribu... tiada keberkatan dan tiada kesyukuran, gaji hanya tinggal gaji.  cukup bulan terima gaji, namun tiada kepuasan dan sentiasa mengeluh dengan apa yang diperolehi.  Jika ada berkat di dalam gaji itu, percayalah.... kepuasan itu tiada nilainya.  tiada keluhan dan tiada kesempitan.

Berkat.... bukan sahaja keikhlasan dalam bekerja dan penuh syukur, namun berkat juga dalam mengingati jasa dan pengorbanan ayah dan ibu.  setiap pemberian kita, setiap kali itulah doa untuk kita mencari rezeki meniti dibibir kedua ibu bapa kita.  Tak percaya? memang ada kebenarannya.

Cik Siti percaya, setiap kerja yang kita buat tanpa kenal jemu dan penuh keiklasan serta dikongsi dengan kedua orang tua... penghujungnya tiada pengakhiran dan rezeki kita akan berterusan dan rezeki itu tiada noktah.

Carilah rezeki untuk keberkatan.

Bayu Kenangan Hilang Seri?

Teratak pena | Thursday, January 03, 2013 | 6 Comments so far


Baca tajuk kat atas tu macamlah blog Cik Siti blog ternama.  Macam le blog kita ni macam blog yang orang selalu dok singgah.  Nak dapat 10 pageview pun susah macma-macam alasan. Seri? berseri sangat le blog Cik Siti ni.

Yang diluahkan oleh rakan Cik Siti di tempat kerja yang selalu juga terjah kat blog Cik Siti.  Dia bertanya kat Cik Siti:

"Kak Shim, kenapa blog Kak Shim dah tak ada pantun cam dulu-dulu. Tak bestlah kalau tak ada pantun.  kalau ada pantun membuka kata tu best sikit."

O... ye ke.... tak tahu pulak yang dia orang pun suka dengan pantun.  Sebab sebelum ni masa blog Cik Siti sekitar tahun 2009 memang ada pantun dalam membuka entri. sekarang dah tak de. boleh tu boleh.... tapi kekadang tu kering idea nak buat pantun.  sebab pantun ni selalunya datang dengan sendiri.  bila dipaksa jadi macam tak kena je pantun tu.

Insyaallah.... mana yang baik tu akan dibuat....sabarlah ye dik....

Lirik Lagu: Zapin Datuk Temenggung

Teratak pena | Thursday, January 03, 2013 | 9 Comments so far
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung

wahai adikku si bunga bangsa
hormatlah pada ibu dan ayah
pakai nasihat simpan didada
itulah suluh dihari muka
pakai nasihat simpan didada
itulah suluh dihari muka

seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung

tekun belajar setiap hari
jangan kau malas nanti kau rugi
tiang agama engkau tuntuti
supaya senang di akhir nanti
tiang agama engkau tuntuti
supaya senang di akhir nanti

seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung

akhir skali abang berkata
nasihat abang jangan kau lupa…
pada negara jangan derhaka
agar hidupmu aman sentosa


 

#lagu yang membawa banyak pengajaran....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page