Kering....

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, June 10, 2013 |
                                             (Ehsan dari google)

Hari malam gelapnya gelita,
Terasa bayu begitunya segar,
Bagai  ingin  dikongsi cerita,
Namun  fikiran masih berpagar.

Mengapa merajuk hingga ke kota,
Jika sedih biarkan sahaja,
Apa ingin ku kongsi cerita,
Cukup hanya berpantun sahaja.

Sayang melayang burung kedidi,
Sayang terjatuh terkena ladam,
Wahai Cik Siti apa terjadi,
Semangat kemana harapan terpadam.

Duduk sendiri terasa sepi,
Hati walang tiada tertahan,
Wahai semangat bakarkan api,
Wahai harapan panjatkan kesungguhan.

Burung merpati terbang melayang,
Terbang melayang di senja hari,
Sabarlah rakan tetamu ku sayang,
Kulakarkan cerita dikemudian hari.

3 comments:

  1. Hering bukan sebarang hering,
    Hering gagah di gurun sahara;
    Kering bukan sebarang kering,
    Keringnya indah seribu bahasa.

    ReplyDelete
  2. burung hering anak kelicap
    Tebang rendah buat sarang
    Hanya itu mampu diucap
    harap maaf kira terkurang

    ReplyDelete
  3. dulu suka jugak pantun ni. nak mengarang cepat ja. tapi sekarang nak berpantun dah slow, hehehehe. nak pikir susun ayat pun dah berjam-jam :D

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page