Cik Siti dirujuk semula?

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, June 05, 2013 |


Hai! Hai! Hai! apa khabar semua?
lama tak mencoret di dalam teratak ni.  ada sesiapa yang  rindu tak? erm.... rindulah sangat.  sudahlah tenggelam celup membebel dalam blog ni, ada hati lak perasan orang rindu dengan blog kita ni.
okey, sekali lagi.... jangan salah sangka dengan tajuk yang kat atas tu.  bak kata orang, satu perkataan boleh menggambarkan macam-macam ye tak?

ingat tak dulu yang Cik Siti kata yang Cik Siti dilepaskan jawatan sebagai pembantu ketua hasil? nampak gayanya, Cik Siti bakal dirujuk semula.  Boss dah beri hint bila surat bakal dikeluarkan.  Kenapa?  ada sebab yang tersendiri yang  boss Cik Siti ambil keputusan tu.  Ada juga boss Cik Siti hebahkan untuk jadi Pembantu ketua hasil untuk menggantikan yang sedia ada, tetapi semua tak sanggup.

Jadi.... Cik Siti akan kembali seperti dulu.... dan jawatan cik Siti sekarang? Sebagai admin?  kita tunggu dan lihat.

Hahaha.... nampaknya penangan orang lama ni memang kuat. (Eh, ada kena mengena ke?)


7 comments:

  1. Salam secangkir madu buat Cik Ct...

    Lama benar...rindu rasanya dengan Cik Ct... :)

    ReplyDelete
  2. Tenggelam berudu bergenang-genang,
    Genangan cuma di tasik huma;
    Salam merindu terkenang-terkenang,
    Kenangan lama mengusik kesuma.. :)

    ReplyDelete
  3. ummi kami: Rindu eh.... thanks.... rindu juga dengan Ummi berpantun bersama...

    riuh rendah hilainya tawa
    biarlah dengan penuh sopan
    kenangan lama mengusik jiwa
    itulah kamus dimasa hadapan

    ReplyDelete
  4. memang penangan orang lama
    pengalaman tu yang utama

    ReplyDelete
  5. Alamak, berpantun kat sini. Tak pandai lah Nita, tapi tulah hakikatnya kalau kerja kita bagus, pasti orang akan cari :)

    ReplyDelete
  6. En Tehr: Betul tu... makin lama makin banyak pengalaman...

    Cik Anita: Cik Siti tidak sempurna mana. masih banyak lagi yang perlu digali... lagi pun... kerjalah dengan hati yang ikhlas... insyaallah

    ReplyDelete

  7. Jgn dipandang rendah pd yg lama betul x cik ct?

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page