#8 Wordless wenesday

Teratak pena | Wednesday, November 30, 2011 | 2 Comments so far


Kredit to Cik Nurul(Dinda Cik Siti)

Lirik Lagu: Perhentian (Wings)

Teratak pena | Monday, November 28, 2011 | 2 Comments so far
Perhentian
Artist: Wings

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri




Apa yang penting??? Confidence

Teratak pena | Sunday, November 27, 2011 | 5 Comments so far


Cerita yang nak kongsi bersama ni ada kena mengena dengan confidence level yang tinggi. biasanya confidence boleh diukur semasa orang bertanya dengan kita. kalau bertanya confidence tu adalah penting di dalam mengukur sejauh mana kita menetapkan pendirian kita. lagi pula yang bertanya itu memang seorang yang psiko. sekali tanya, kita ok. dua kali tanya kita boleh senyum lagi. kalau kali ketiga dia tanya, silap haribulan mahu kita nak tukar jawapan. Tapi.... kalau confidence kita tinggi orang tanya sepuluh kali pun kita akan berikan jawapan yang sama.

Cerita yang Cik Siti nak sampaikan berkenaan dengan puteri Cik Siti yang tengah. Si Syasya yang penuh dengan keyakinan yang tinggi. okey, cerita ni terjadi bila Cik Siti tanya kalau dia tahu bahasa Inggeris.

jom layan lakonan semula dari Cik Siti.

Cik Siti: Kakak, tahu cakap bahasa inggeris tak?
Syasya: Tahu... (dengan penuh bangga dan confidence)
Cik Siti: Okey, ibu tanya kakak jawab ye.
Syasya: okey.
Cik Siti: What is your name?
Syasya: (tanpa bertanya maksudnya dia terus menjawab) Hai!
Cik Siti: what is your name?
Syasya: Hai! (okey... Cik Siti boleh tahan lagi)
Cik Siti: what is fahter's name?
Syasya: I know
Cik Siti:what is your mother name?
Syasya: okey.
Cik Siti tak boleh tahan lagi. Nak gelak kesian. last sekali Cik Siti tanya dia.
Cik Siti: kakak faham ke apa yang ibu tanya?
Syasya: tak...
Cik Siti: Habis tu kenapa kakak jawab?
Syasya: I know
pek! Cik Siti tepuk dahi....


Dia ni memang punyai confidence level yang tinggi. semoga dia teruskan tahap keyakinan tu...

Harapan yang menggunung

Teratak pena | Sunday, November 27, 2011 | 2 Comments so far
Kredit by google

Sudah lama betul tak updated blog ni... BW pun dah lama tak buat... silap haribulan mana yang selalu jengah blog Cik Siti lari entah kemana. dengan harapan dan kekuatan, Cik Siti mulakan semula enjin yang dah lama tak dihidupkan.

Nantikan Cik Siti akan datang.... baru nak kumpul mood berblogging sebab dah lama tinggalkan....

Selamat Hari Raya Kepada Semua...

Teratak pena | Sunday, November 06, 2011 | 1 Comments

kredit by google

Minta maaf kepada semua yang menanti akan cerita Cik Siti.... sebabnya Cik Siti sekarang ni tengah ding dong... note book Cik Siti rosak. huhuhu internet mantop note book lak yang meragam... sebab itu Cik Siti tak dapat nak updated blog... minta maaf semua ye...

dan tak lupa juga...

Kepada yang wish bithday Cik Siti di wall FB terima kasih banyak-banyak....

Menangis tak berlagu...

Teratak pena | Wednesday, October 19, 2011 | 4 Comments so far
wordless tu ada kena mengena dengan Cik Siti sekarang ni.... hujan yang lebat tu ibarat air mata Cik Siti sekarang ni.wa....wa.... blog tinta pena Cik Siti dah hilang, konon nak u/grade jadinya dah kosong! semuanya kosong. dari entri hingga ke follower Cik Siti... jadinya.... terpaksa bermula daripertengahan... walau pun jatuh yang pasti Cik Siti akan bangkit untuk meneruskan perjuangan!

Hidup Bayu Kenangan! opsss, Hidup teratak pena!

Da.... hati tengah gundah gulana...

#7wordless wenesday

Teratak pena | Wednesday, October 19, 2011 | 3 Comments so far

Kredit by google

Lirik Lagu: Mengapa Sepi Tanpa Berita

Teratak pena | Monday, October 17, 2011 | 3 Comments so far
Hari ni hari isnin.... masa Cik Siti nak selitkan lagu... jom layan lagu kumpulan Steps lagu Mengapa Sepi Tanpa Berita.... memang best lagu ni...

Steps (Ismail Ahmad Nawab / Juwie)

Mengapa Sepi Tanpa Berita

Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu
Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita
Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku

( korus )
Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu
Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita
Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati


Hi Hi Hi Selamat Pagi!!!!

Teratak pena | Saturday, October 15, 2011 | 2 Comments so far

Pantun dulu-dulu....

Teratak pena | Friday, October 14, 2011 | 1 Comments

Kredit by google

Hari ini hari jumaat. kalau ikut task hari ni berpuisi lak... apa kata kita kenang kembali pantun dulu-dulu... kalau masa STPM bukan main gila nak ingat pantun-pantun tu... Cik Siti curahkan balik mana yang Cik Siti ingat dan popular sampai sekarang ni...

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Kelang kelip ku sangka api,
Kalau api mana sumbunya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.


Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah hinggap di pohon nangka,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah dengan adat pusaka.

Okey.... kepada sesiapa yang ada pantun dulu-dulu boleh join sekali....

#6 wordless wenesday

Teratak pena | Wednesday, October 12, 2011 | 3 Comments so far

kredit by google

Kesihatan Untuk Mata....

Teratak pena | Tuesday, October 11, 2011 | 7 Comments so far

Rasanya memang sudah ramai yang tahu akan cara-cara untuk menjaga kesihatan mata termasuk pemakanan dan penjagaannya. Informasi ni Cik Siti layari dari sesawang google... Jom kita lihat apakah pemakanan yang sesuai untuk menjaga mata kita...

apa yang penting adalah pengambilan vitamin A adalah penting dalam menjaga mata kita...
Ianya bukan setakat buah-buahan dan sayur-sayuran malah ada juga piramid makanan lain yang turut membantu dalam menjaga kesihatan mata kita yang mana kebanyakkan memberi rangsangan yang baik.

jom lihat piramid makanan yang boleh elok untuk kesihatan mata kita:

1)Vitamin A
-hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega.
-lobak merah, bayam, kubis, avokado dan tomato


2)Vitamin B kompleks( terdiri dari vitamin B1 dan B2)
kekurangan vitamin B boleh menyebabkan mata berair, keletihan mata dan sensitif pada cahaya.
Vitamin B1- yis, bijirin, kacang, daging dan hati
Vitamin B2- bijirin, hati dan sayur segar
Vitamin B12- hati, susu, telur dan daging

3)Vitamin C
Mengelakkan katarak akibat diabetes
-limau dan sayuran segar seperti kobis

4)Vitamin D dan E
-adalah minyak ikan, kuning telur, susu dan marjerin


5)Protien
ianya ada kaitan dengan rabun jauh. protien yang cukup boleh mengelakkan rabun jauh.
-daging, telur, ikan, ayam dan susu


okey.... ini saja yang boleh Cik Siti beri.... yang penting jangan terlalu lama di hadapan skrin komputer terutama yang cerah backgrounnya sebab itu adalah salah satu menyumbangnya kepada rabun. Macam Cik Siti. Nak tunggu gaji sebelum berjumpa dengan doc mata.

Task!

Teratak pena | Monday, October 10, 2011 | 2 Comments so far

Minta maaf.... lama tak jengah di teratak ni.... lagi pun letih baru balik dari Langkawi tempoh hari. Dah lama tak jejak kaki kat sana. Last sekali tahun 1993 masa cuti sekolah. nak kata seronok sangat tu tak adalah sebab puteri Cik Siti si Abby demam le pulak.... balik dari sana barulah dia sihat. dalam bas pun dok merenggek je.... huhuhu....

okey le... yang sebenonya saja je Cik Siti nak letakkan task. supaya Cik Siti tak kering idea. ini dia yang dah Cik Siti listkan dan Cik Siti berharap ianya menjadi guide line Cik Siti... okey.... check it out!

ISNIN-LIRIK DAN LAGU.... (saja letak sebab monday blueskan?)
SELASA-INFORMASI (yang ini Cik Siti kena belajar dan kena banyak buat research)
RABU-WORDLESS WENESDAY
KHAMIS-KENANGANKU....
JUMAAT-PUISI
SABTU DAN AHAD-BEBAS...

Okey tak? atau pun tak perlukan task?

Kita....

Teratak pena | Friday, October 07, 2011 | 3 Comments so far

Kita, selalu sahaja mencari kesalahan orang lain,
Tanpa melihat kesalahan diri sendiri,
Kita, selalu sahaja mendabik dengan kesalahan orang lain,
Tanpa memperbaiki kesalahan diri sendiri...
kenapa? sebab kita bernama manusia?
Kenapa? sebab kita berajakan nafsu?
dan percayalah.... bila kita menyalahkan orang lain
yang sebenarnya kesalahan itu berpunca dari kita.

BLUR.....

Teratak pena | Friday, October 07, 2011 | Be the first to comment!
salam jumaat semua...

okey hari nak cerita sikit apa yang telah terjadi semalam. Customer blur dengan Cik Siti pun blur sama.

Okeylah.... cerita ni terjadi pada petang semalam lebih kurang setengah jam sebelum pintu opis nak tutup. datang seorang Pak Awang Hitam nak bayar. ting tong 1485(peringatan! ini nombor giliran dan bukannya no 4D ye) dengan senggeh yang meleret dia datang antara kaunter member Cik Siti. Cik Siti yang dok kaunter paling hujung melambai. tapi sia-sia. dia tak nampak dan terus senyum simpul dengan member Cik Siti.... tahulah anak dara, senyum sampai tak nampak orang lain. Cik Siti laung"Counter 8 please, sir" tak dengar. "Sir!" tak dengar. dia senyum lagi. so akhirnya bila member Cik Siti bersuara barulah dia datang dan duduk.

Dengan diaorang ni kena tangkap betul-betul sebab bahasa inggeris dia orang ke dalam sangat. Fifteen dengan fifty lebih kurang sama sahaja bunyinya.
"I want pay my internet." sambil berkata dia senggeh. Yang Cik Siti pun senggeh juga dan angguk. lama juga di tunggu tapi dia dok senggeh lagi.
"Did you bring your bill sir," dia blur....
"your bill sir" O.... barulah dia nak keluarkan bil dari beg duit dia. satu perangai dia orang ni, kalau nak bayar bil tak pernah yang nak bayar penuh. amaun yang paling popular... hundred!
bila scan bil dan tengok ada tunggakkan 185.00 , Cik Siti tanya:
"how much you want to pay sir?"
"eighty five." okey.... ikut.... 85 ringgit. pap! Cik Siti enter. pas tu tunggu. tunggu punya tunggu tak juga datang. dia senggeh lagi. pulak.... mambang mana yang dah rasuk dia ni. Cik Siti bersuara.
"Eighty five ringgit sir." dia senggeh. senyum macam tak ada apa.
"eighty five sir." tak ada reaksi. macam tu juga dia membatu.
"Sir...."
dan akhir sekali bila dah agak hilang sabar tu.... ini ayat yang dia betul-betul faham.
"Your money sir!"
"O.... money!" barulah dia nak keluarkan duit. mungkin dia ingat boleh bayar bil dengan senyuman kot? huhuhu memang rasa geram pun ada. Cik Siti bagi balik bil tu dan dia berlalu dengan sentiasa tersenggeh... pelik! sakit ke dia????
jadi blur pulak lepas tu.... dia yang blur dengan kita-kita sekali pun blur juga....

Apakah Ini Tandanya?

Teratak pena | Wednesday, October 05, 2011 | 6 Comments so far
salam semua... nampak dah bersarang sangat teratak Cik Siti ni.

Bukan apa, anak nak peksa akhir tahun itu yang sibuk dengan dia tu. Tak lama lagi dah nak peksa, tak tahulah dia boleh buat atau pun tidak. yang penting usaha.


Selain dari itu, ada sebab kenapa Cik Siti kurangkan blogging ni.
sebab apa? kesihatan mata yang tidak mengiszinkan. bukan sebab sakit mata,
sebab sekarang ni Cik Siti nak baca papan tanda yang jauh seratus meter dah
berdouble lak. huhuhu apakah ini tandanya yang Cik Siti akan rabun jauh?

Mahukan tidak, saban hari Cik Siti mengadap komputer selama 12 jam di opis. lepas tu luangkan masa lak kat rumah satu jam. mahu mata tu tak nak angkat bendera putih. letih katanya. kalau dia boleh bercakap mahu sahaja dia melaung "AKU NAK REHAT!!!!!"

Minta maaflah kalau sejak akhir ni aktiviti Cik Siti berkurangan. Hish! macam biskut, kan Cik Siti ni....apa pun kepada yang sudi singgah terima kasih banyak-banyak....

MISS U....

Teratak pena | Sunday, October 02, 2011 | 4 Comments so far

Cik Siti Sayang dengan BLOGGGG NI>>>>> RINDUNYA>>>>>>WA>>>>><<<<<

Raya dulu-dulu....

Teratak pena | Thursday, September 22, 2011 | 9 Comments so far
Selamat Pagi semua.... Semoga ceria dan berbahagia......

Pagi-pagi ni orang tua kata pintu rezeki.... bila sebut rezeki ni dan dalam masa bulan raya pulak teringat Cik Siti dengan duit raya. psst! nak tanya sikit ni.... masa kecik-kecik dulu.... berapa duit raya yang selalu anda dapat?(Eceh.... 'anda' perkataan punyalah skema)

dulu masa Cik Siti kecik-kecik bila berkumpul dengan sedare mare memang seronok. tambahan pulak ikut pak sedare sekali beraya. laung "Assalamualaikum!!!!! kami nak raya!!!!" dah sampai anak tekak kita orang jerit setiap pintu rumah. bila dah masuk pertanyaan yang selalu keluar dari mulut tuan rumah: "Kau anak sapa?" yelah... masa arwah ayah merantau duduk segamat. kadang-kala dia orang tak kenal sangat. nak pulak kenalkan kita yang kiut-miut ni. bila sebut nama arwah ayah... "O..... anak Mamat rupanya...." muncung tuan rumah sambil angguk bukan main.

bila dah makan kuih raya tu.... kita orang main signal mata. kenyit-kenyit mata, jeling-jeling mata. tuan rumah faham-faham jelah.... tapi masa dulu Cik Siti tak adalah sampai nak minta : "duit raya tak ada ke?" sian tuan rumah tu... bila dah beratur tu.... sorang-sorang dapat duit raya. masa Cik Siti kecik dulu 20 sen memang purata setiap rumah yang Cik Siti pergi. kalau 50 sen tu dah kira macam mewah sangat. lepas tu siap roger kat kawan-kawan yang lain kalau dapat duit 50 sen.

bila dah kumpul tu adalah dalam 60 ringgit. bisik kat bonda Cik Siti: "Mak teringin nak makan berger. beli dengan duit raya boleh?" bila dapat green light punyalah seronok... macam duit ini ana yang punya sebab beli dengan duit sendiri(ala... itu pun duit raya)

bila dikenangkan.... seronoknya tak terkata....dulu masa kecik berapa duit raya selalu yang korang dapat?

Cabaran Blogger | “MAIN BALING SELIPAR”

Teratak pena | Tuesday, September 20, 2011 | 11 Comments so far
Sampai bertemu kembali semua blogger yang Cik Siti sayang...

kali ni nak sahut cabaran dari blogger DULU LAIN SEKARANG LAIN dengan segmennya: Cabaran Blogger “NAMA PERMAINAN YANG ANDA SUKA” ha...ha...ha... ini yang Cik Siti suka sangat.... sebab ianya mengimbas kenangan lalu...i love it!

Masa kecil dulu Cik Siti banyak berkawan dengan lelaki. apa tidak pak sedare 3 orang yang lebih kurang sebaya. dan adik ipar yang sebaya dengan Cik Siti pun masa tu duduk kampung. Tinggal Cik Siti dengan member Cik Siti yang perempuan. Walau pun mereka kata tak boleh, tapi kami tak peduli. ada aku kesah. "Nanti kalau sakit jangan nak nangis pulak." first and last warning.

okey, nak tahu apa permainan yang paling Cik Siti suka? jeng...jeng...jennnngggg....



Main Baling Selipar!


Tak perlu modal.... apa yang ada kat kaki itulah dia alat permainannya. Permainan ni semuanya memerlukan kekuatan tangan dan kaki, tumpuan dan juga ketepatan.

Sebab apa? Sebab Cik Siti masa nak baling selipar tu... tambahan pula dapat selipar yang sedang-sedang saja. syok betul kalau kena selipar (Yang disusun berbentuk piramid)dan kemudiannya berselerak. walau pun 'pengkau'(kata orang pengkau tu macam.....senang cerita tak pandai baling!) tapi kena juga tau!



bila dah kena tu.... apa lagi? berterabur lari sebelum kita pulak kena baling
selipar. Belum sempat nak buka langkah seribu.... buk! Aduh! dah kena sekali kat
belakang. Tangan orang lelaki kalau membaling. mahu tak tinggal bekas. masa tu
mulalah menyenggeh macam kerang kerang busuk. Sakit tapi nak main juga.

Bila kenang balik memang seronok masa tu. Yelah... bermain tu tak perlukan apa-apa modal. apa yang ada tu kita orang gunakan...

rindunya....

Minggu yang BZ

Teratak pena | Monday, September 19, 2011 | 6 Comments so far
Minggu yang lepas memang minggu yang BZ untuk Cik Siti... al-maklumlah... musim raya belum habis lagi... so masing-masing ada agenda yang tersendiri... 16h/b hari tu pergi ke Puchong. rumah adik ipar. dia buat laksa dengan mee hoon singapore... dan Cik Siti bedal mee hoon tu sampai tak ingat dunia.

esoknya Cik Siti kena keje...huhuhu... malam tu lak sedare nak datang bertandang. Cik Siti tak buat apa cuma masak nasi lauk ulam pegaga masak lemak dengan keledek, buat sambal belacan mangga, sambal udang, ayam goreng, ikan masin, ulam serta sup ayam. nak buat rendang dengan kuah kacang memang tak sempat sebab kerja hari tu.

Hari ahad lagi pack. pagi dah bergegas ke Rawang. Makan mee hoon dan juga laksa. Balik tu ke rumah bonda mertua... makan nasi lauk nenas masak lemak ikan masin. petang tu ramai-ramai ke Balakong. Disuakan pulak mee rebus. mata Cik Siti dah layu. Kepala dah berdenyut. Perut dah memulas. Dok tahan juga. Tapi... la tu juga pergi buat appoiment dengan Cik Tan. Huhuhu... lepas ke Balakong, ke rumah Mak sedare Cik Siti kat Gombak dibuatnya mee goreng. tapi masa tu memang Cik Siti dah surrender. Tak makan apa, cuma minta dia air kosong je.

Note: huhuhu sampai la ni badan macam tak sedap je

Nak resepi???

Teratak pena | Friday, September 16, 2011 | 13 Comments so far
Okey.... salam Malaysia smua.... hari ni nak buat resepi lak... hari tu ajak kengkawan datang rumah jamu mee rebus dengan nasi himpit memasing nak resepi lak. okeylah... untuk kengkawan dan semua yang bertandang kat teratak Cik Siti nak kongsi le resepi mee rebus dengan kuah kacang. okey? tak payah sediakan pen dengan pensel... cuma kalau ada printer tu print je... tak ada term and condition. (hehehe)


Cik Siti snap mee rebus yang Cik Siti buat minggu lepas... jom roger dia punya resepi

RESEPI MEE REBUS

Utk kuah:
1Kg keledek
Daging dalam anggaran segenggam
(hari tu Cik Siti guna ayam sebab takut ada bangsa lain yang datang yelah... tpt keje Cik Siti ada cina yang Cik Abang ada india... so toleransi sikit)
Udang kering pun anggaran segenggam
2 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu rempah kari (ikut citarasa anda)
setengah sudu cili kering yang dikisar(tak nak pun tak pe)
1 ikat daun sawi
2 biji tomato

utk mee:
1 kg mee kuning yang dicelur
daun bawang
bawang goreng utk hiasan

buatnya simple je... sebab itu Cik Siti suka buat.
1) rebus keledek yang dibuang kulit dengan daging dan udang kering sehingga empuk
2) dah empuk tu masuk dalam belender dan masukkan sekali air rebusan kemudian blender sehingga menjadi pes... air rebusan tu jangan buang. agak-agak banyak sangat air tu asingkan dulu. kalau pekat boleh tambah.
3)satukan pes keledek tu dengan air rebusan. buka api dan didihkan...
4)Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk kemudian disatukan dengan remah kari. masukkan air sedikit dan tumis dalam kuali.
5)bila dah garing masukkan dalam periuk yang berisi kuah tadi.
6)Perasakan dengan garam dan gula.
7)masukkan sawi dan tomato
8) Siap!



Okey... untuk kuah kacang lak...

bahan-bahannya:
3 genggam kacang tanah yang disangai sehingga masak. kemudian blender kering(jangan halus sangat ye)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu indi belacan
3 sudu besar udang kering
1 inci lengkuas
satu batang serai
5 sudu cili blender ikut selera (kalau nak pedas lebihkan sikit)
asam jawa


cara-cara
1)tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan
2)tumis dalam kuali dan masukkan bawang yang ditumbuk
3)masukkan cili blender
4)tumbuk udang kering dan masukkan ke dalam kuali
4) tumbuk juga lengkuas dan masukkan ke dalam kuali
5)bila dah garing masukkan kacang tanah
6)masukkan asam jawa (kalau ada belimbing buluh boleh campur dan rasanya lagi sedap)
7)masukkan serai kemudian perasakan dengan gula dan garam.
8)siap!

Okey... sesiapa nak buat open house tu boleh le cuba resepi ni... tapi sebelum nak beri orang makan tu buat dulu sendiri... nanti tak jadi susah pulak Cik Siti...

Okey.... sampai jumpa lagi...

Note:minggu ni minggu bz... petang ada jamuan kat rumah adik ipar... esok keje dan ahad lak ada 2 jemputan.. tak tahu nak gi mana... seremban ke rawang? seremban ke rawang?

#5 wordless wenesday: Rindunya saat ini....

Teratak pena | Wednesday, September 14, 2011 | 5 Comments so far

Tingkatan 4A tahun 1993

Terima Kasih...

Teratak pena | Tuesday, September 13, 2011 | 6 Comments so far
Ehsan dari google

Salam semua bloggers...

Kalau anda perasan widget disebelah kanan tu ada yang baru... top komentar... en3 ni Cik Siti nak ucapkan kepada para bloggers yang sudi singgah dan memberi komentar. kepada silent readers pun Cik Siti nak ucapkan terima kasih kerana sudi bertadang di sini. cuba jengah kat sebelah tu.... juara top komentar jatuh kepada teng...teng...teng...





selain En TEHR Cik Suri juga memberi penyumbang kepada komentar dalam blog Cik Siti ni... Jom kita jenjalan di blog Cik Suri kita ni....

BLOG YANG DIBERI NAMA CAHAYA CINTA.....


Tak lupa juga Cik Siti nak ucapkan kepada Cik Anita yang menjadi orang ketiga selepas Cik Suri dalam pemberi komentar yang paling banyak dalam blog ni..




Kepada yang lain seperti toyol kiut, Cik Izzah, Dulu lain sekarang lain, Yastro dan juga Cik Rosnita kehadiran anda juga penyeri blog ini...

Jom Balas Pantun

Teratak pena | Monday, September 12, 2011 | 9 Comments so far
Anak teruna membuat arca,
sudah siapnya terasa gembira,
Salam semua para pembaca,
Diiringi doa moga ceria.

wah...wah....wah.... eceh... berpantun le pulak... saja nak asah balik bakat berpantun yang dah lama tak digilap. kalau tidak kita nak martabatkan pantun ni siapa lagi kan? Silap haribulan anak atau cucu kita tak tahu apa itu pantun, kan? okeylah...saja je nak berbalas pantun kat sini. sesiapa yang sudi nak jawab dialu-alukan... siapa yang nak komen pun tak ada masalah. pucuk dicita ulam mendatang. Cik Siti akan sambut dengan gembira ibaratkan besar tapak tangan nyiru Cik Siti tadahkan....(bukan padang bola ye)

okey... ini dia pantun yang dah Cik Siti siapkan. Kalau nak beli free je... tak kena bayar pun...


1)Bersuka ria memetik melati,
Di hujung desa duduk di perdu,
Apakah ia sebab di hati,
Gula kurasa pahit hempedu.



2)Penat berlari keliling kota,
Mendayung sampan dengan tenangnya,
Mengapa dicari jauh di mata,
Sedang di sini tak kurang hebatnya.


3)Cantik berseni sulam berdiri,
Rambut dibelek indah disisir,
Apakah ini salah sendiri,
Ditatang dikelek akhirnya tercicir.

Sudi-sudikan andai dapat dibeli... budimu tuan ku simpan ku kenang hingga bila-bila...

Projek Tahunan Hj Hamzah Bin Awit

Teratak pena | Thursday, September 08, 2011 | 6 Comments so far
Macam biasa.... setiap dua syawal termasuk 2 syawal yang lepas, bila dah berkumpul ramai-ramai tambahan pula semua yang balik ke kampung memang kita orang tak miss dengan projek tahunan kita orang... Iaitu "MALAM JAMUAN IKAN BAKAR SEDARA MARA" ha...ha...ha... panjang tak tajuk? ala.... saja je nak bagi gempak. okeylah malas nak bebel lagi jom layan gambar yang Cik Siti ambil hasil dari kamera Cik Abang. Semua gambar ni Cik Siti yang ambil. kalau ada kekurangan tu...minta maaf jelah ye...



Limau kasturi yang penuh dengan keistimewaan selain kegunaan untuk membasuh ikan malahan juga kalau perah dengan kicap untuk cecah ikan bakar tu memang sedap.....


cili api untuk dicampurkan dengan kicap dan kuah asam... Pergh!!!!

Sambal tumis ikan bilis untuk nasi lemak. malam tu Cik Siti makan nasi lemak dengan sambal lebih. berapa bungkus? ce cuba teka....
Tugas sebelum membakar ikan perlulah susun arang tu dulu...

yang ini Mak sedare Cik Siti selaku AJK bahagian pembungkusan... selain dia ada 2 orang lagi orang kuat dalam department ni...
Ikan sebelum menjadi hidangan... nampak fresh kan?
la...la...la...la... lihatlah hasilnya. yang ini bakar ala-ala stim... entah resepi siapa pun Cik Siti tak tahu. kalau masuk perut bukan kira semua tu. janji sedap.
Ketam masak tiga rasa yang licin dengan kuahnya sekali... yummmmmyyy
Udang dah sosej dibakar...
Yang ini baru yang original ikan bakar. isinya yang lembut dan lemak memang malam tu kita orang makan saja..
Orang kuat malam tu....
yang ni pun orang kuat juga...
AJK bahagian pembungkusan dah jadi bahagian prosessing... yang berdiri tu ketiga-tiga anaknya...
Inilah dia nasi lemak yang sudah siap dibungkus. dengan arom daun pisang memang menyelerakan....
Nah! itu dia side dish dia... kalau tak ada yang ini memang tak lengkap kalau makan ikan bakar...
Bila dah baca doa.... apa lagi?????? masa untuk makan... yang ini masih tiada dalam gambar ni sebab mereka duduk di sebelah kiri(terlindung dek dinding)... walau bagaimana pun tahun ni Cik Siti tak dapat nak hadiri projek tahunan side Cik Abang sebab mereka buat Cik Siti dah balik KL...huhuhuhu

#4 wordless wenesday: Alangkah seronok menjadi mereka...

Teratak pena | Wednesday, September 07, 2011 | 3 Comments so far

????

Teratak pena | Wednesday, September 07, 2011 | 4 Comments so far
Salam semua.... berjumpa lagi.... semoga sihat dan ceria selalu....

Yang sebenarnya tak tahu nak letak tajuk en3 apa. sebabnya isi cerita ni pun ala-ala santai... saja nak kongsi cerita. ada masa bila kita bercakap, penggunaan tatabahasa dan perkataan akan memainkan peranan yang penting.

okey... Cik Siti nak kongsi cerita yang pertama ni...


Bila bekerja dengan public dan kebanyakkannya dari kalangan bangsa lain
kadang-kala buatkan kita dok fikir balik. dan yang bestnya kita berfikir
bagai nak pecah otak tu. tambahan lagi dengan uncle yang mungkin agak
kurang bahasa melayunya. ada masa kita cuba betulkan, tapi ada masa kita
pun tak faham. dan ayat yang tak pernah Cik Siti lupakan adalah bila Cik
Siti berurusan dengan uncle yang sudah melebihi separuh abad. "Saya mau check
saya punya 'tunggangan'." Ha? "itu saya mau chek saya punya 'tunggangan'." dok
garu kepala sambil nak memahami apa kehendak uncle tu. memang syabas Cik
Siti ucapkan pada dia bila dia berani nak berbahasa melayu tapi....

Bila dia bagi bil dan tunjukkan bil bulan lepas baru Cik Siti tahu yang dia nak tengok tunggakkan. o.... cakaplah.... tak pe.... uncle.... belajar..... pening juga dibuatnya. nak gelak pun tak jadi bila tengok muka uncle tu yang bersungguh-sungguh. aduhhhhh.... bila dah lama diingatkan semula rasa macam nak gelak pun ada, kesian pun ada... aduh! 'tunggangan'

cerita kedua ni lak datang dari hasil anak Cik Siti yang kedua... si Syasya. cerita berlaku bila cik Siti balik raya tempoh hari. masa tu sehari sebelum raya yang mana Cik Siti membuat roti jala together dengan Cik Abang. dia pun tumpang sekaki sambil tengok panorama belakang rumah yang macam-macam ada.... first dia kata: "Ibu... comelnya anak itik tu..." Cik Siti dok jengah dan tengok tapi otak tu macam comfius sikit. anak itik? ooooo....."kakak, tu bukan anak itik. itu anak ayam." "anak ye ibu. comelnya. kecik betul." rosak! nampaknya nak kena dekatkan dengan kampung. anak ayam dengan anak itik dia pun tak kenal. itu belum jumpa dengan kerbau. mahu apa dia panggil pun Cik Siti tak tahu.


Namun tak lama lepas tu dia dok borak lagi... "Ibu.... ayam tu mengayuh."
kata dia. dengan penuh comfident! ayam mengayuh??? La.... ayam boleh
berenang ke? Cik Siti jengah lagi. mana tahu ayam tu
berenang-berenang sambil buat kuak lentang. lepas tu cik siti memang dah tak
boleh nak kontrol ketawa. Sorry ye nak.... tindakan luar kawalan....
"Kakak.... itu bukan mengayuh... itu mengais namanya.... ayam tak mengayuh...
dia mengais." bila adik Cik Siti dengar dia pun dah tak boleh nak kawal tawa
tu. akhirnya dia pun gelak.... apa pun Cik Siti bangga dengan dia dengan
comfident level yang ada. memang waktu umur macam tu waktu untuk dia
belajar..... dan rasanya banyak yang perlu dia belajar dan Cik Siti perlu
bimbing dia...

Note: Bila ingatkan semula memang lucu pulak.

Senyum meleret hari ni....

Teratak pena | Monday, September 05, 2011 | 7 Comments so far


Hari ni.... senyum Cik Siti meleret sampai ke telinga. Nak tahu kenapa? sebab....

masa balik dari kerja Cik Siti singgah JUSCO untuk beli keperluan stationary yang dah nak surut. pastu singgah le dekat rak majalan sambil pandang-pandang jeling-jeling kalau ada majalah baru. akhirnya Cik Siti capai dan belek majalan GILA-GILA. namanya mak orang tapi suka juga layan majalan tu.... belek punya belek Cik Siti tersentak dan senyum sensorang. nasib baik baca majalah lawak. kalau baca majalah lain gerenti orang kata yang Cik Siti ni gila.

maaf gambar tak cantik. h/phone Cik Siti cikai je...

Macam mana senyum Cik Siti tak meleret bila nampak nama Cik Siti kat situ. Mahu tak terkejut. Tak sangka betul yang Cik Siti boleh dapat tempat yang kedua. terharu sangat. sebab itu le senyum Cik Siti meleret sampai ke telinga. Al-hamdulillah.... lepas untuk makan seminggu....


Note: Masih dok senyum lagi ni....

Menilai Kemampuan Diri

Teratak pena | Monday, September 05, 2011 | 1 Comments
setiap insan dimuka bumi ini punyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Kelebihan itu adalah satu bonus dan kekurangan itu adalah landas untuk kita mencari suluh untuk kita teranginya. sememangnya kita ini adalah manusia biasa. berusaha mencari yang terbaik bukanlah mudah. sesungguhnya setiap dikalangan kita jika bandingkan dengan orang lain ada masa kita punyai pro dan kontranya.


kerana itulah manusia dari kalangan berbeza latar belakang dan kemampuan bisa
menjadikan sesuatu institusi atau pun masyarakat itu berjaya. andai kata sesuatu
masyarakat itu hanya tahu membuat lantai dan tiada siapa yang tahu membuat
dinding dan bumbung sudah pasti hujan dan panas tidak dapat kita teduh.


sebab itu kita ada kemampuan kita sendiri dan lebihan kita untuk maju. dan
setiap kekurangan itu usahlah kita sedih kerana kelebihan yang kita ada tidak
mustahil akan mengatasi kekurangan kita itu.....

Corat-coret Aidilfitri 2011

Teratak pena | Sunday, September 04, 2011 | 6 Comments so far
Hari tu, 1 syawal punya sibuk sampai Cik Siti memang tak sempat nak ambil gambar sekeluarga. hari raya kedua sewaktu bertandang di rumah saudara belah Cik Siti barulah dapat snap gambar. yang banyal bergambar tu Cik Siti tempekkanlah ye. saja nak memeriahkan suasana hari raya ni. semua ni Cik Siti petik dari dinda Cik Siti (Cik Izah dan Cik Nurul)

Yang ini adalah saudara-mara sebelah Cik Siti. iaitu adik beradik dan ipar duai bonda Cik Siti. mereka ni biasanya bertandang dan pekena ketupat dan rendang cili api bonda Cik Siti. menu hari pertama hari tu adalah:
Ketupat semestinya dari daun kelapa
Rendang ayam Cili Api
Rendang paru
Sambal sotong kering
Kuah kacang
kari daging
Roti Jala(yang Cik Siti menjala hari Ahad sampai 3 jam! Cik Abang dok tukang gulung! hasil kerjasama suami dan isteri)

Yang ini pulak dari side Cik Abang. masa tu Cik Siti tengah melayan mereka. bersama ayahda mertua, ipar dan sepupu sepapat. mereka pun Cik Siti hidangkan menu yang sama. sedap sangat kot sampai tak sempat diaorang nak angkat kepala


Inilah dia sepupu bonda(tudung biru) Cik Siti bersama dengan sepupunya merangkap besan dia. dan juga bonda mertua Cik Siti.



Ini dia saat saudara side Cik Abang keluar dari rumah Cik Siti dan menuju ke rumah saudara yang lain. yang best cik Siti pun dok tumpang sekaki.... masa ni kita nak eratkan silaturrahim dan mengenal saudara ye tak?

Yang ini gambar di ambil di rumah Pak Sedare Cik Siti sebelah arwah ayah. yang bestnya rumah pak sedare Cik Siti masih lagi kekalkan rumah tradisi melaka dihadapannya...

Note: Mood raye lagi.... kat KL masih belum jalan lagi

Lagu Peningkat Motivasi

Teratak pena | Sunday, September 04, 2011 | 3 Comments so far
Lirik Lagu Hati Yang Rapuh - Rahimah Rahim

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan



Dato' Shake

Anugerah Dari Kegagalan

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho


Hari Jumaat Yang Begitu Sibuk

Teratak pena | Saturday, September 03, 2011 | 3 Comments so far
kredit by google

Salam semua.... Ermmmmmm....

Orang lain masih lagi diulit cuti raya Cik Siti dah kembali ke KL pada hari khamis. sebab esoknya dah keje. memang rasa malas nak balik, tambahan lagi bonda Cik Siti nak ke Segamat pada hari sabtu(3/9/2011). huhuhu nak ikut!!!! tapi tak boleh sebab jumaat dan sabtu kena keje.


Hari jumaat tu memang le sibuk dari pagi hingga petang. Pelanggan sejak pagi tak ada yang kurang. tekan nombor satu dua, naik balik 4, 5 nombor. 40 50 waiting time. yang keje tak sampai sepuluh orang. tahu sajalah kalau dah keje yang majoriti adalah pelanggan cina memang tak kosong punyalah.( Sebelum ni pun ramai juga tapi tak delah sampai teruk macam ni). belum tambah dengan pelanggan customer service lagi. kalau ditambah mahu cecah 100 orang! perghhhhh.... sudahlah staff lelaki pergi sembahyang jumaat kita orang kat opis ni bagai lipas kudung bila pelanggan dok bising. nak buat macam mana? minta maaf jelah....

Cik Siti memang capek hari tu. mahu tidak, cover kaunter dan buat kerja 2 in 1 akhirnya Cik Siti rehat pukul 430 petang. itulah makan pagi dan makan tengahari. tak sempat habis rehat nak settle balancing.... wa..... tak pe.... tahun ni Cik Siti kerja selepas raye... tahun depan Cik Siti cuti lak selepas raye...


Note: masih dalam mood raye lagi.....

Aduh! Bloglist hilang

Teratak pena | Thursday, September 01, 2011 | 4 Comments so far
Kredit: by google


Aduh! bloglist hilang lak..... nak kena cari dan updated....huhuhuhu

#3 wordless wednesday: Salam Kemerdekaan

Teratak pena | Wednesday, August 31, 2011 | 1 Comments


#2 wordless wenesday: Selamat Hari Raya.....

Teratak pena | Wednesday, August 31, 2011 | Be the first to comment!

Kuih raya....

Teratak pena | Saturday, August 27, 2011 | 2 Comments so far
Raya dah dekat... rasa-rasanya dah hampir 90 persent persiapan tu dah dibuat. hari ni Cik Siti last kerja. esok dah cuti. Ahad nak balik kampung. raya tahun ni Cik Siti meriah dengan kuih rasanya. lagi pun anak-anak Cik Siti dah pandai makan. kuih samprit yang di beli sekarang dah nak tinggal habuk. nasib baik beli 2 telap. kalau tidak tak tahu apa yang nak hidang kat orang. jom layan pic yang Cik Siti cilok dari goggle dengan raya yang tengah tunggu masa nak di hidangkan...

















Note: jemput datang rumah...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page