Raya dulu-dulu....

Teratak pena | Thursday, September 22, 2011 |
Selamat Pagi semua.... Semoga ceria dan berbahagia......

Pagi-pagi ni orang tua kata pintu rezeki.... bila sebut rezeki ni dan dalam masa bulan raya pulak teringat Cik Siti dengan duit raya. psst! nak tanya sikit ni.... masa kecik-kecik dulu.... berapa duit raya yang selalu anda dapat?(Eceh.... 'anda' perkataan punyalah skema)

dulu masa Cik Siti kecik-kecik bila berkumpul dengan sedare mare memang seronok. tambahan pulak ikut pak sedare sekali beraya. laung "Assalamualaikum!!!!! kami nak raya!!!!" dah sampai anak tekak kita orang jerit setiap pintu rumah. bila dah masuk pertanyaan yang selalu keluar dari mulut tuan rumah: "Kau anak sapa?" yelah... masa arwah ayah merantau duduk segamat. kadang-kala dia orang tak kenal sangat. nak pulak kenalkan kita yang kiut-miut ni. bila sebut nama arwah ayah... "O..... anak Mamat rupanya...." muncung tuan rumah sambil angguk bukan main.

bila dah makan kuih raya tu.... kita orang main signal mata. kenyit-kenyit mata, jeling-jeling mata. tuan rumah faham-faham jelah.... tapi masa dulu Cik Siti tak adalah sampai nak minta : "duit raya tak ada ke?" sian tuan rumah tu... bila dah beratur tu.... sorang-sorang dapat duit raya. masa Cik Siti kecik dulu 20 sen memang purata setiap rumah yang Cik Siti pergi. kalau 50 sen tu dah kira macam mewah sangat. lepas tu siap roger kat kawan-kawan yang lain kalau dapat duit 50 sen.

bila dah kumpul tu adalah dalam 60 ringgit. bisik kat bonda Cik Siti: "Mak teringin nak makan berger. beli dengan duit raya boleh?" bila dapat green light punyalah seronok... macam duit ini ana yang punya sebab beli dengan duit sendiri(ala... itu pun duit raya)

bila dikenangkan.... seronoknya tak terkata....dulu masa kecik berapa duit raya selalu yang korang dapat?

9 comments:

  1. Masih mood raya nampak? He he.. Kalu dulu2 duit syiling mmg berharga ehhh.. RM 1 tu konyang utk sepanjang hari. Dulu Lain Sekarang Lain...

    ReplyDelete
  2. masa kecik duit raya dapat sikitlah.. tapi bila dah besar makin banyak. tapi besarnya tu still studentlah. Yang penting mesti dapat duit raya dari mak tiap tahun rm 50 walaupun dah kahwen. Sebab kakak2 yang dah kahwin pun dapat duit raya. hehehe

    ReplyDelete
  3. masa kecil2 dulu
    duit raya dapat sikit je

    dah besar baru la dapat banyak

    dah tua2 ni, banyak pula habis duit raya

    ReplyDelete
  4. @Dulu Lain Sekarang Lainbetul ty... sekarang bila bagi singgit dok pandang sebelah mata je

    ReplyDelete
  5. nak bwk semu kluga dtg sana heeee

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page