Cuti-cuti Penang (27/1/12)

Teratak pena | Sunday, February 12, 2012 | 3 Comments so far
Hai! Apa khabau semua?(wah... cakap Melaka ke pulak)... sihat semua? Cik Siti kat sini al-hamdullillah... 2,3 minggu ni agak bz dengan cuti-cuti Malaysia. Tahun baru cina yang lalu Cik Siti balik kampung... lepas tu 27/1 gi Penang. Rombongan Cik Kiah. Memang dah lama tak jejak kaki kat Penang. pas tu minggu lepas lak pergi PD. la ni cheq nak cite sikit pasal gi Penang tampoh hari... malas nak cite panjang, jom layan gambau ni...




Pemandangan Pulau Pinang dari Bukit Bendera...


Putera-puteri Cik Siti dengan sepupu mereka...


Muzium Perang.... yang terletak di atas bukit.


Mencuba bakat ambil gambar... main belasah jer..


Senja di Batu Feringgi


Aktiviti membeli jeruk... Cik Siti tak banyak beli sebab memang minat dengan jeruk ni... cuma beli sikit...


Kat Padang Kota... menjamu rojak pasembur... tak sempat nak snap gambar rojak sebab dah lapar...

Pengalaman ke Penang memang seronok sebab rombongan tu kebanyakkan sedare mare je... itu yang tak kisah sangat...

Nanti Cik Siti cerita lak cuti kat PD ye.

Setia Di Sisi

Teratak pena | Thursday, February 09, 2012 | 2 Comments so far

Salam 1Malaysia semua! Harap semua baik dan ceria selalu hendaknya. Okeylah.... hari ni Cik Siti nak cerita tetang Cik Siti dan TM. Bagaimana Cik Siti sebagai pelanggannya.

Dulu, kalau orang guna telefon memang tak ramai. Kalau ada pun dah kira mewah. Nombor pun enam angka je. Tak macam sekarang, kalau Klang Valley dah capai 8 angka. Masa dulu arwah ayah Cik Siti masuk talian telefon memang jakun betulah. Yelah... lagi pun Cik Siti masih kecik lagi. Mungkin dalam darjah 3 atau 4. Masa tu tahun 80’an. Telefon dia pun kalau sekarang ni dah dikategorikan sebagai telefon antik. Mahu tidak telefon yang guna pusing tu. Kalau banyak nombor satu mahu terkebil-kebil juga mata ni nak menunggu.

Pastu dah advanced sikit. Dah guna sistem tekan-tekan. Tapi equipment tu besar le juga. Yang paling popular masa tu warna putih dengan oren. Sungguh pun begitu ianya memang tahan lama. First time guna telefon tu agak seram juga. Sebab tak Nampak orang tapi boleh dengar suara. Terima kasih le kepada yang cipta telefon ni ye...



Bila Cik Siti dah kerja, dan giliran Cik Siti pulak yang membayar bil telefon. Bukan sekadar nak tanya berita, malah bergayut juga!!! Yang best guna telefon tetap ni, tak payah nak fikir bateri habis, tak payah nak fikir top up, yang paling penting tak perlulah nak fikir tak ada signal. Tapi... kalau tak bayar bil tu sendiri mahu ingat.... ada awek yang berkata-kata manis dalam telefon tu. Dah pakai tu ingatlah bayar. Kalau bayar bulan-bulan kurang sikit beban tu. Kalau tertunggak lama-lama? Mahu menggaru kepala nak bayar.


Sekarang ni pun dah ada cordless phone kalau dah malas sangat nak bangun ke tempat telefon tu. (Tapi yang ini telefon dia kena charged) Namun Cik Siti tak guna pun cordless phone ni. Kalau nak call murah dari rumah ke rumah Cik Siti suka guna telefon tetap. Dan sekarang ni macam-macam pakej yang ada. Cuma pilih je....






Namun begitu bukan setakat telefon sahaja.... apa yang pernah Cik Siti ingat ada suatu masa, time tu Cik Siti tengah sesak.(Faham-faham jelah tengah bulan).Kita pulak baru je kerja . Hari jadi bonda ada lebih kurang 3 hari lagi. Nak beli hadiah duit kering lak. Menggaru juga kepala masa tu. Yes! Cik Siti ada idea. Cik Siti tekan 104 bahagian telegram dan buat kad untuk bonda Cik Siti. Semua tu dia orang akan caj dalam bil. Satu patah perkataan sepuluh sen. Pap! Settle semua... tunggu abang posmen je yang akan hantar kad tu. La...la....la.... senang dengan tekan sahaja!( Masa tu tahun 2000). Kad dia warna pink kaler tau!


Masuk tahun 2000 internet lak yang jadi kegilaan. Masa tu tidaklah selaju macam sekarang ni. Mula-mula Cik Siti apply Cik Siti ambil yang TMNET 1515. Masa tu mana tahu FB, mana tahu blog, mana tahu nak online. Biasa kalau beli komputer tu buat main game je. He..he..he.. pecah lubang...

Bila nak on internet tu dia punya bunyi.... alahaiiiiii...... punyalah bising. Dan lepas tu mengharap lak kalau-kalau dapat line. Masa tu Cik Siti masih buta IT lagi.
Masa streamyx baru nak bertapak Cik Siti masih lagi guna 1515. Yelah... pada Cik Siti benda tu kehendak je. Lagi pun bukannya hari-hari Cik Siti nak guna.

Tapi dalam erti kehendak tu dah menjadi satu keperluan. FB, blog dan e-mail kalau tak jengah satu hari memang tak sah. Masih lagi tahan nak langgan streamyx. Cik Siti guna eznet lak. Cik Siti bawak laptop kat kawan minta diaorang setting. Satu yang bestnya eznet tak payah nak register. Cuma dail 1315 dan surf je internet. Linenya laju sikit dari 1515. Mungkin sebab ramai yang tak tahu akan eznet ni. Tapi yang mana guna 1515 dan 1315 jangan lupa pulak unplugged ye... nanti ada menangis pulak dapat bil. Tapi Cik Siti yakin dalam 10,000 Cuma satu atau dua yang guna tmnet dengan eznet ni.


o....dah tak boleh tahan lagi. Bila dah ada blog, Cik Siti perlukan online dengan lebih kerap. Pejamkan mata Cik Siti langgan streamyx 1mbps. Masa mula-mula pasang memang ada masalah. Satu bulan tu mahu 5 kali Cik Siti call 100. Buat trouble shot dan sebagainya. Kata port tak up. Cik SIti sabar. Sabar tu kan separuh daripada iman. Akhirnya.... percaya atau tidak sudah 3 tahun Cik siti menjadi pelanggan streamyx al-hamdullilah.... tak ada masalah. Modem pun tak pernah tukar lagi. Internet pun tak pernah sangkut. Dan salah satu penyumbang Cik SIti pun tak pernah sangkut payment. He...he....he... Memang Cik Siti puas hati dengan streamyx. Memang sayang nak tukar yang lain. Tak ada gangguan langsung. Nak download pun senang hati. Sebab unlimited. Nak online sampai mata bengkak pun tak ada siapa nak marah.



Yang sebenarnya Cik Abang dah racun Cik Siti. Nak masuk UNIFI lak. Sayang memang sayang dengan streamyx ni. Tapi kalau dah ramai nanti yang apply tak ada line putih mata le pulak. La ni dalam pertimbangan nak ambik UNIFI yang 3 in 1 tu. (Tv, Internet dan phone). Kalau ikutkan memang berbaloi. Cuba bayangkan.... sekarang internet+phone+ASTRO=lebih kurang 300. UNIFI? 149 paling murah.... apa pun Cik Siti setia dengan TM..... tangan ni macam gatal je nak tulis borang application UNIFI.....



Jom layan lagu ni jap...






Kredit to: Mr google,

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page