PBAKL 2016

Teratak pena | Friday, April 29, 2016 | 2 Comments so far


Selamat Bersiaran Kembali...

Kepada semua yang diluar sana.... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi.  Kali ini dibuat di MAEPS dan bukannya seperti tahun-tahun yang lalu iaitu di PWTC.  PBAKL akan berlangsung selama dua minggu iaitu bermula dari 29 April 2016 (hari ini) dan yang sememangnya inilah yang selalu Cik Siti tunggu-tunggu.

Pertama sekali Cik Siti nak perbaharui langganan majalah untuk anak-anak Cik Siti.  Yang keduanya of cause nak tambah koleksi novel Cik Siti.  Namun apa yang lebih bermakna bagi tahun Cik Siti bila salah satu cerpen Cik Siti berada di pasaran melalui penerbitan Penulisan2U.  Terharu yang amat sangat walau pun masih belum memiliki antologi ini.

Okey, apa lagi, jom serbu di PBAKL


Misi Menyelamatkan Anak Kucing

Teratak pena | Saturday, April 23, 2016 | Be the first to comment!
Selamat bersiaran kembali....

Inilah ibu kucing tu.  Ke hulu ke hilir dia tunggu kita orang selamatkan anak dia


Apa khabar semua?  harap2 sihat semuanya.

Okeylah nak cerita apa yang terjadi hari ni kat opis.  Hari ni beberapa rakan Cik Siti terlibat dalam misi menyelamatkan anak kucing.  Itu pun gara-gara Cik Siti terdengarkan suara halus dari sebalik dinding tempat duduk Cik Siti.

Pagi tu memang ada orang datang servis aircond.  Bila dia orang dah siap, Cik Siti kuncilah suttle dan pintu bilik belakang.  Ingatkan tak ada apa-apa sehinggalah waktu petang tu, Tengah baru nak mulakan tugas (baru selesai seisi Audio Conference) Cik Siti dengar ada bunyi anak kucing.  Tanya juga member kalau-kalau dia ada dengar.

Bila hati dah tak sedap, Cik Siti bukalah pintu.  Menjerit member Cik Siti dengan Cik Siti sendiri terkejut.

"Kak Shim!  ada ada anak kucing dua ekoq" dengan loghat pekat pinangnya.  Cik Siti pun jengah.  tak nampak.  Mungkin dia dah pergi jauh sebab member Cik Siti menjerit tadi.  Antara pintu dengan suttle adalah lebih kurang satu kaki.  Eh.... tak puas hati lagi.  Cik Siti panggil staff lelaki pulak nak minta pindahkan barang yang terselit kat celah-celah tu.

Hai. puas jugalah kita orang pujuk anak kucing tu keluar.  Yang ibunya Cik Siti dah macam tak tentu arah.  Yelah.... anak kot.  Kita pun sayangkan anak.  Binatang pun sayangkan anak.  Dekat setengah jam juga kita keluarkan anak-anak kucing tu.  Yang sekor tu garang ya amat.  Ligat semacam.  Namun Cik Siti menghela nafas lega sebab kedua-dua tu selamat.  Sebab Cik Siti yang kunci pintu tu.  kalaulah dia tak mengiau dan Cik Siti tak terdengar, hai tak tahulah.  Apa pun bersyukur sangat dia selamat.  Yang jadi persoalannya..... Siapakah yang buang kucing kat belakang opis Cik Siti.  Cantik pulak warna bulu kucing tu.

Tengoklah reaksi ibu kucing bila berjumpa dengan anaknya.  

MELODI CINTA Edisi 3: Cerpen Kuih Koci Pulut Hitam

Teratak pena | Sunday, April 17, 2016 | | 2 Comments so far
Kembali lagi Cik Siti di teratak....



Alhamdulillah....

Inilah perkataan yang terbit dari bibir Cik Siti bila mendapat email dari pihak Karya Seni bulan Januari hari tu. Memang memang memang Cik Siti tak sangka dari beribu-ribu cerpen yang diterbitkan di dalam website Penulisan2U cerpen Cik Siti telah melepasi seisi penilaian. Bila dikatakan cerpen Cik Siti bakal diterbitkan bagaikan bulan jatu keriba.  Mungkin inilah rezeki yang telah diberikan oleh Allah.

Buku ini boleh diperolehi pada Pesta Buku Antarabangsa 2016  yang akan berlangsung selama 2 minggu bermula 29 April 2016.  Buku ini boleh dibeli dengan harga promosi RM 16.00 sebuah. Kepada yang berminat dengan antologi cerpen bolehlah dapatkan sebuah.  Hai..... tak sabarnya nak baca buku antologi ni.  Okey, jom layan sedikit coretan dari cerpen KUIH KOCI PULUT HITAM hasil tulis Cik Siti.

            “Saya ni hantu kuih koci.  Tambah lagi kuih koci pulut ni.  Yang lain tak berapa sangat.  Tapi…. Tak apalah.  Bungkuskan saya talam berlauk tu seringgit.  Tak pernah pula saya makan kuih ni.”  Riang sahaja Ihsan menyambutnya.            “Eh, kau ingat makan kuih koci macam makan nasi ke Ihsan.  Banyak sangat ni. Aku tahulah kau suka dengan kuih ni tapi takkan banyak macam ni.” Tegur Rahim.            “Jangan risaulah.  Aku boleh habiskan. Betul tak Kasih?”  Kasih tersentak.  Wajah Kasih berubah.  Pertanyaan Ihsan tidak dijawab.            “Kasih?” Kasih tersentak.
            Ihsan memandang kepada Kasih.  Perubahan wajah Kasih itu benar-benar memberikan tanda tanya buat dirinya.  Tiba-tiba dia bertanya kepada dirinya sendiri.  Ah, adakah tersalah cakap atau kurang ajar perilakunya sehingga menyebabkan Kasih yang rasa gelisah?  


Cik Siti amat berterima kasih kepada pihak Penulisan2U dan Karya Seni kerana sudi memberi peluang kepada Cik Siti menjadikan salah seorang penulis di dalam Antologi Cepern MELODI CINTA edisi 3.  Diharap ianya menjadi pemangkin kepada Cik Siti untuk terus berkarya.  Dan tak lupa juga kepada bonda Cik Siti Puan Hasinah Hamzah, Cik Abang Mohd Aris Nasir, adinda-adinda Cik Siti Nahdatul Izah dan Nurul Shidah serta putera dan puteri Cik Siti yang begitu memahami Cik Siti.

Reach Out TMpoint Selangor

Teratak pena | Wednesday, April 13, 2016 | 1 Comments
Kembali Bersiaran....

Harap semua sihat-sihat belaka walau pun cuaca yang tidak begitu mengizinkan.  Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar.

Bercerita tentang aktiviti luar, Cik Siti nak le cerita tentang Reach Out TMpoint Selangor pada 27 Mac 2016 (Masih hot lagi cerita ni) yang diadakan di Kalumpang Resort And Training Centre Hulu Selangor (yang mula-mula Cik Siti ingat kat Hulu Langat).  Hai... nampak sangatkan yang Cik Siti ni buta Geografi.  Tak boleh salahkan Cik Siti, sebab Cik Siti memang tak minat dengan subjek ni.

Okey, sebanyak 11 TMpoint yang menghadirkan diri boleh dianggarkan 200 orang termasuk family dan ada juga yang tidak boleh hadirkan diri gara-gara tarikh bertukar last minit.  Ikutkan perancangan 26 mac.  Oleh sebab-sebab teknikal, maka ditunda ke 27 Mac.  Walau macam mana pun Cik Siti still join sebab tak ada program lain dan ke sana bukannya jauh sangat pun.  Lebih kurang satu jam je.

Wajah anak-anak Cik Siti yang teruja bila sampai kat sini


Cik Siti bertolak dari rumah lebih kurang tujuh dan sampai pukul 8 pagi.  Selepas daftar tu, kita orang diberikan sarapan Nasi Lemak, kuih dan Teh Panas.  Marbeles kau.  Tapi yang sebenarnya hati ni berdebar le juga sebab ada game.  Pulak tu Cik Siti group 2 dan seperti entri yang dulu-dulu tu Cik Siti ni memang tak ada 'seni' dalam game ke benda ni.

Bila dah siap makan dan ucapan, kanak-kanak ada juga gamenya dan dibuat di dalam dewan sahaja.  So.... yang kita orang ni mak dan ayah kena berkumpul untuk permainan luar.  Ada sepuuh kumpulan dan di beri dua group untuk permainan air dan darat.  Nasib baik yang kumpulan 1-5 permainan dart dulu.  Kalau tidak, memang tak selesalah lepas permainan air terus nak permainan darat.

Permainan darat ada 3 game.  Pertama Boling Kelapa, kedua Lari kepit bola (yang membuatkan keayuan Cik Siti jatuh 100%) dan yang last sekali mumia.

Inilah hasil kerja berpasukan.  Kita Orang namakan mumia tukang kebun. 
Bila dah selesai permainan darat, so kita orang beralih ke permainan air.  Yang ini Cik Siti mengelat sikit.  Yang sebenarnya malas nak masuk air.  Itu motif dia.  Cik Siti ambik tag no terus lekat kat t-shirt Cik Abang.  "Abang, Take over.  Nak tengok anak." Nampak tak alasan tu.  Macamlah anak Cik Siti ni baru setahun jagung.  Lagi pun ramai kot yang jaga bebudak ni.  Cik Abangpun dengan rela hati dan muka ada senyum terus je join.  Ha...ha...ha....  seronok tul tengok dia orang berkubang dalam air.


Nampak tak?  muka ada senyum. Seronok dia dalam air walau pun mula-mula segan nak join sebab tak kenal.  



Okeylah,  bila dah habis game semua tu, acara lucky draw dan penyampaian hadiah pula diadakan.  Sebelum tu, kita orang melantak makan tengah hari.  Memang best makan tengah hari tu.  Gulai nenas, ayam berempah dan ulam.

Yang bestnya hari tu. rasaya mungkin rezeki dari Allah, anak Cik Siti dapat hadiah bagi pertandingan mewarna dengan tiup belon.  Lucky draw pun Cik Siti dapat.  Dan yang last sekali memang tak sangka yang group kita orang dapat No 3. Okeylah tu kan dari 10 kumpulan.

Bila dah habis semua.... apa lagi.... mandi time....

Kesimpulan..... walau pun sekejap tetap best!

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Teratak pena | Tuesday, April 12, 2016 | Be the first to comment!
Kembali bersiaran...




Apa yang boleh Cik Siti katakan?  Tenggelam celup tenggelam celup je.  Walau pun banyak yang nak diceritakan entah kenapa macam malas je na menaip.  Hai, kalaulah lappy ni boleh taip sendiri memang Cik Siti nak cari satu.

Kalau ikutkan dari awal tahun banyak juga aktiviti Cik Siti.  Itulah, tak sempat nak post kat blog mewah ni.  Mewah sangatlah Cik Siti.  Syok sendiri adalah.

Kena jugalah gambar yang Cik Siti post.  Hidup Segan Mati Tak Mahu.

Tapi.... memang sayang sangat nak tinggal dunia blog ni.  Sebab Cik Siti suka menulis.  Apa pun bak kata orang tu ikut mood?  sekarang ni mood rajin memang tak ada dalam hati lagi.

Okeylah, saja nak coret yang mengarut.

Sampai berjumpa lagi.  Nanti Cik Siti updatedlah apa aktiviti yang Cik Siti dah jalankan.
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page