Dan setiap rezeki datang dariNYA

Teratak pena | Saturday, June 25, 2011 | 5 Comments so far
Setiap rezeki datang dariNYA
Sebutir nasi yang disuap juga datang dariNYA
dan andai rezeki itu mencurah juga datang dariNYA
namun mengapa mahu
mendabik dada
sombong dan takbur melingkar jiwa
tiada kenal erti kasihan
dan kemanusiaan
kerana rezeki itu tiada surut andai dikongsi
cukup
dengan kalung hormat
hati ikhlas gedung di jiwa
dan manis mulut
berbicara
beringatlah.... rezeki itu datang dariNYA....
andai kau alpa
dan lupa
dan tidak menoleh melihat kesengsaraan
pastinya di satu hari
kesengsraan itu milikmu jua...


sedih melihat anak bangsa sendiri yang tidak sedar diri dek kekayaan yang dimiliki... bersyukurlah sebelum ianya dirampas dalam sekelip mata... rezeki boleh dicari di mana sahaja dan pada bila masa sahaja.... dan iman? tidak boleh dijual beli.... seandainya kita takbur dan di satu masa nanti apabila kita jatuh... kita akan keseorangan...

Tahniah

Teratak pena | Thursday, June 23, 2011 | 2 Comments so far
#Atok Yah Cik Siti yang berbaju hijau tu...

Hari tu Cik Siti terima berita dari Wall FB datangnya dari Bonda sedare Cik Siti (Adik bonda Cik Siti) yang mana telah mewar-warkan satu berita yang bukan sahaja menggembirakan malah juga memberi semangat kepada kami semua.

nak tahu apa beritanya? Atok Yah Cik Siti berjaya mendapat 'Bapa Contoh' Dun Serkam, Merlimau Melaka. Bersempena dengan Hari Bapa hari tu.... Bangga seh.... nak nangis jap...

Atok Yah Cik Siti ni bukanlah dari golongan berada.... masa muda pun dia bekerja sebagai kerja hutan. Membesarkan 9 anak bukan perkara yang mudah. Bonda Cik Siti terpaksa berhenti sekolah darjah 6 kerana masalah kewangan. Namun itu bukan jalan untuk bonda Cik Siti tidak berjaya.... dia berjaya membentuk anak-anaknya....

selepas bekerja di hutan dan dengan rezeki yang ada Atok Yah Cik Siti bekerja sebagai kelindan lori... untuk membesarkan anak dan juga untuk menyekolahkan anak. Atok Yah bukan sahaja berjaya memberikan pendidikan kepada anak-anaknya malahan juga membentuk anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat... Ceeeewah.... sebab apa? anak-anak kebanyakkan Atok Cik Siti ni kerja dia... yang paling ramai CIKGU! Polis, Jururawat, Penguatkuasa, Techichian, dan yang pak sedare Cik Siti yang paling muda kini di Arab (Pak Deh) Cik Siti sebagai branch Manager salah sebuah bank di sana...

Walau bagaimana pun.... kemenangan ini Cik Siti berharap akan memberi inspirasi pada kepada ahli keluarga kami dan Cik Siti khususnya untuk menjadi insan yang berjaya dan mendidik anak menjadi insan yang sempurna.

Apa-apa pun Cik Siti ucapkan tahniah!!!!!

Berbanggalah dengan diri sendiri

Teratak pena | Tuesday, June 21, 2011 | 4 Comments so far

kredit dari google

Salam Muhibbah semua...

Sering kali kita memerhatikan kebaikan orang lain mula membandingkan keburukan yang ada pada kita. dan kita merasakan bahawa kita tidak sehebat orang lain. Kita selalu berfikir kalau...kalau...dan kalau... kemudian mulalah kita merasa rendah diri...

"Kenapalah aku tidak secantik dia... kalaulah aku punyai badan yang solid macam tu..."
"kenapalah aku tidak sebijak dia...kalaulah aku pandai dalam segalanya..."
"Kenapalah aku tidak sekaya dia... kalaulah aku punya banyak harta..."


kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain dan akhirnya kita lupa bahawa kita juga punyai kelebihan dan kekuatan kita sendiri. Cantik tidak akan kekal selamanya... bijak ada masa kita akan melakukan kesilapan.... dan kaya pastinya membuatkan kita alpa.

dulu... Cik Siti sering membandingkan diri dengan orang lain. sehinggakan Cik Siti tak nampak kelebihan diri. dan kini Cik Siti yakin dengan diri sendiri. apa yang perlunya kita menjadi orang lain andai hati tidak pernah tenang? dan percaya akan diri sendiri akan membahagiakan diri.

dan lantas Cik Siti berfikir.... saatnya kita membandingkan kelebihan orang dengan keburukan yang ada pada diri.... masih ada mata yang memandang kelebihan kita.

Jadi.... Berbanggalah dengan diri kita sendiri kerana Allah menjadikan setiap manusia itu ada kelebihannya...

Segmen AYAH ,JASAMU ABADI DI HATI INI Oleh Ben Ashaari

Teratak pena | Sunday, June 19, 2011 | 6 Comments so far


Okey... hari ni Cik Siti rajin sikit... nak join segmen En Ben Ashaari walaupun dah last minit... Segmen di beri nama: AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI

gambar ni diambil dalam tahun 80'an... yang Cik Siti ambil dari dinda Cik Siti baju belang tu ayahda Cik Siti... baju coklat tu bonda Cik Siti.

Ayah... Abah... Papa... semuanya sama... dan aku memanggilnya Apak. Tidak kiralah berapa ramai yang menggelakkan namun itulah nama yang paling kubangga memanggilnya.

Sayang sekali... disaat insan yang mempunyai ayah didunia ini... aku cuma mampu berdoa dan melemparkan kenangan sebagai tatapan hari ini... kerana sudah 17 musim pemergiannya dan aku masih lagi merasai kehangatan kasih dan sayangnya....

memang terpahat di hati ini akan lawak jenakanya, keihlasan hatinya dan kasih sayangnya tidak pernah luntur dari fikiran dan hati. setiap perbuatannya garapan di dalam untuk kami mengikutinya. Kalau ke pasar malam.... tiada ruang untuk dia tidak memberikan sedekah... dan lantas diajarnya untuk memberi...

dia tidak pernah berkira apa lagi untuk mengungkit... segala kebaikan tidak pernah dipersoalkan... membuatkan kami menjadikan idola dan model untuk kami. dengan semangatnya juga kami telah berjaya. berpegangkan doa dan harapannya dan juga kasih sayang ibu yang tiada sempadan kami mengukir kejayaan...


walau dirimu tiada lagi didunia ini... kuiring doa agar dirimu tenang dan berbahagia di sana... Amin.... Kepada insan yang bergelar bapa... Selamat Hari Bapa diucapkan...

Lagu-lagu dalam filem-I

Teratak pena | Sunday, June 19, 2011 | 2 Comments so far
Hari ni Cik Siti nak jamu halwa teling blogger dengan lagu-lagu di dalam filem sebelum terbitnya gambar wayang berwarna... senang cerita yang lelama... masa tu Cik Siti pun belum lahir... bak kata senang cerita waktu bonda masa mude-mude dulu... Jom.... layan... sesekali dengar lagu best juga... takkan nak dengar Cik Siti membebel sajakan?

1)Filem Gurindam Jiwa
Lagu evergreen yang tidak pernah dilupakan sehingga kini... iaitu lagu Gurindam jiwa




2)Filem Bawang Merah Bawang Putih
-lagu Bunga Hutan
Lagu ni paling yang Cik Siti suka kalau tengok cerita ni... macam happening je...




3)Filem Anakku Sazali
-Lagu Joget Pinang Muda
Filem yang banyak memberi kita pengajaran dan juga lagu yang menusuk kalbu



4)Filem Bujang Lapok
-Lagu mendayu Nak Dara Rindu
Filem komedi yang sehingga kini masih lagi kita tidak jemu menonton cerita main ketuk botol...




5)Filem Isi Neraka
-Lagu Tanda Kasih
Cerita yang ingat-ingat lupa lagu dia memang Cik Siti ingat...he...he...he...




6)Filem Sumpah Orang Minyak
-Lagu Tari Tualang Tiga
Filem sibongkok yang berubah menjadi seorang insan yang tampan tetapi terikat dengan sumpah.




kalau nak ikutkan banyak lagi lagu-lagu di dalam filem... nanti Cik Siti sambung lagi...

Note: Layan lagu lama ni memang best....

Cakap Tak Serupa Bikin

Teratak pena | Friday, June 17, 2011 | 2 Comments so far
Pejam celik pejam celik sekejap je dah hari jumaat kan? setelah seminggu Cik Siti bergelut dengan masalah kat opis baru hari tenang fikiran. Yang paling teruk hari rabu tu... walau macam mana pun dah berjaya Cik Siti tangkis segala masalah... okey dok usah layan cite masalah ni. kalau fikir sampai kucing bertanduk pun tak akan habis punya.

Bercakap.... memang seronok.... pok pek pok pek ada yang mulutnya tak pernah senyap. sampai masa rasa diri tu terlebih sudah mulalah menggelabah... yang paling best dan yang paling kelakar orang yang cakap tak serupa bikin ni.... bercakap mengalahkan YB. semua yang ada nak dicanang. apa yang ada nak dibongkar.... tapi yang sebenarnya kosong!


Biasanya kalau bercakap satu karangan tu nak percaya sepatah pun kadang
kala fikir 2 atau 3 kali. Nak pulak bercakap menggalahkan orang bussiness
berjuta... sorong papan kata-kata tu... bila kita kata buktikan! tak nak lak...
mulalah berjela-jela alasan dia. dan ada pulak yang tak kena dengan
tajuk...

contohnyalah.... aku jual ini jual itu dan aku boleh ternak emas seladang. duit poket tebal tak berusik.... tapi yang peliknya rokok pun mintak dengan kawan... tak faham.... tak faham.... kalau minta belanja kata duit tak masuk bank lagi. kata bussiness ribu-ribu... pukul canang tak ingat dunia. bila orang sergah sikit mulalah menggelabah. Susah orang cakap yang serupa bikin ni. bikin pening kepala je.

Nak percaya ke tidak? Nak percaya ke tidak?

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI

Teratak pena | Tuesday, June 14, 2011 | 12 Comments so far


Salam Muhibbah semua.... La ni Cik Siti nak join segmen dari En BA(Ben Ashaari). dah lama tak join. asyik usya je blog dia tapi tak berkesempatan nak join segmen diblog En BA. memandangkan segmen ni senang jadi Cik Siti pun join je lah... (hish! nak tunggu senang je)Segmen ni di beri nama : BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI.... Okey kita tengok siapa yang kena:



1)Teh Ramuan
Blog ni hari-hari Cik
Siti jengah walaupun tak ada entri baru. sebab apa yang best dengan blog ini adalah
gaya bahasa yang digunakan setiap entri adalah dalam bentuk pantun. berlandaskan
isu semasa dan informasi blog ini pun tak sunyi dengan segmen Pilihan Pantun dan
teka siapa dia melalui mata (Yang selalunya Cik Siti tak pernah kena).
ha...ha..ha... apa pun Cik Siti tabik spring dengan blog ni.... susah nak buat
setiap entri dalam bentuk pantun.



2)Cahaya Cinta
Blog Cik Suri ni Cik
Siti suka jengah sebab dia banyak informasi dan juga petua. saban hari ada
sahaja informasi yang diberi. setiap informasi yang diberi selalunya dengan siap
petua lagi. Seorang blogger yang tidak kedekut dengan ilmu. Blog ni juga Cik
Siti selalu usya.



3)Ben Ashaari
Blog ni kaya dengan
segmen. Habis satu segmen timbul segmen yang lain. kadang-kala Cik Siti sendiri
pun tak boleh nak ikut. ambil segmen yang senang macam ni.(he..he..he..) blog ni
Cik Siti selalu usya sebab En BA selalu memberi laluan blogger lain untuk
bertukar pendapat dan menambahkan rakan di alam maya.



4)Cik Mat Gebu
Blog masakan yang
selalu Cik Siti singgah. Layan dengan resepi harian dan juga resepi pencuci
mulut membuatkan Cik Siti suka melihat dan membacanya. mungkin salah satu sebab Cik Siti ni minat dengan dunia masakan. ceeeewaaaah



5)Nahdatul Izzah
Blog dinda
Cik Siti yang rajin updated blog. berteraskan cerita-cerita family dan binatang
kesayangannya (kucing) membuatkan Cik Siti selalu singgah kerana nak tahu
cerita-cerita yang terjadi di kampung Cik Siti. Namun begitu dia juga tak lokek
dengan ilmu kejuruteraan memandangkan kerjayanya sekarang ini....

Namun begitu segala yang berada di bloglist Cik Siti adalah blog-blog pujaan hati Cik Siti. Mereka juga rajin bertandang diblog Cik Siti dan memberi pendapat dan kritikan untuk Cik Siti semangat untuk berblogging....

Note: Jom ramai-ramai kita singgah blog mereka....

Kenapa Perlu Ikut???

Teratak pena | Monday, June 13, 2011 | 4 Comments so far

Bak kata: Yang Baik Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Dijadikan Sempadan....

Erm... biasanya kita layarkan kata-kata ni bila ada hal yang buruk berlaku. Kita sering ucapkan agar kita diberi peringatan untuk tidak mengulanginya. namun pernah tak kita terfikir bahawa mengapa perlu untuk kita mengikut yang buruk tidak yang baik? mengapa senang kita berdamping dengan yang negatif dari yang positif?

Adakala Cik Siti tak faham.... mengapa yang buruk itu sering kita ikut? sedangkan impaknya adalah tidak baik... yang baik kita tak pandang apa lagi kita nak ikut. Kita selalu kata:

"Ala.... dia boleh MC kenapa tak aku?"
"Kenapa dia boleh cuti saya tak boleh?"
"Dia cuti tanpa gaji boleh je..."
"Dia selalu datang lambat tak kena marah. Saya datang lambat sikit tak boleh."


itulah ayat-ayat yang selalu dengar. Akibatnya prestasi kita pulak yang merundum. bila kita tengok orang cuti senang lenang kita pun nak ikut. tapi kita tak tahu bahawa itu semua adalah atitude kita dan wajah kita kepada syarikat amnya dan kepada Ketua kita khasnya. susah nak kita dengar:

"Kenapa dia boleh datang awal kerja tidak aku?"
"Kenapa dia tak ada MC aku tak boleh buat?"
"Kenapa dia boleh buat kerja yang tak pernah dibuat aku tak boleh?"
"AKU NAK JADI SEPERTI DIA!!!!"


Kadang-kala kita pun ada masa perlu rehat. namun kalau satu minggu 2 hari sahaja yang datang impaknya kepada semua orang. Kita yang penat dan ramai yang berbunyi. Itu mulalahnya ikut. dan motif nak balas dendam. "Kenapa dia boleh buat aku tak boleh?" hish!hish!hish! yang buruk tu juga yang dia nak ikut.

Kalau kita datang kerja dengan hati yang terbuka dan jujur... pandang kepada aura positif dan katakan aku ingin menjadi pekerja seperti dia. Rajin, smart, berdedikasi dan berdisiplin. Cubalah kita tanya kepada mana-mana ketua.... staff yang macam mana diperlukan... mempunyai aura positif atau negatif? sudah terang lagi bersuluh... mereka mahukan yang positif dan bergerak maju. Kalau kerja pun tenggelam celup memang susah kita nak berjaya.


Okeylah... yang sebenarnya entri ni pun untuk peringatan Cik Siti juga. agar Cik Siti kekalkan momentum yang ada sekarang ni.... usah pandang aura negatif sebab Cik Siti tidak mahu tenggelam dalam kegagalan....

Note: Dengar lagu motivasi syok juga ye....

Layan ye lagu ni....


Semangat Yang Hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam


Platform Bertemu Saudara

Teratak pena | Sunday, June 12, 2011 | 1 Comments
11 Jun yang lalu Cik Siti sekeluarga menuju ke Johor Bahru menghadiri majlis Pekahwinan sepupu Cik Siti. dah lama juga Cik Siti tak jejak bandar JB ni. rasanya dah 6 tahun kot? lamakan? kami sebenarnya selalu juga berjumpa. dan ada masa kita orang juga dan berjumpa di alam maya. FB le.... lagi pun seorang sepupu Cik Siti ada tinggal berdekatan dengan tempat kerja Cik Siti. itu yang selalu tanya khabar tu...

okey kita layan jelah gambar majlis hari tu... itu semua Cik Siti ambil dari album dinda Cik Siti.



Pengantin Baru.... Semoga Berhabagia dan Berkekalan sehingga ke akhir hayat.




Upacara Laluan di bawah pedang. adat untuk Pegawai tertinggi katanya. Itu Cik Siti tak pasti.


Sepupu sepapat Cik Siti yang menjadi orang kuat dalam majlis tu... lagi pun rumah mereka sebelah dengan rumah pengantin... (Makcik Cik Siti dan Pak Uda duduk bersebelahan...)



Bertemu saudara.... semua yang ada dalam gambar ni adalah saudara mara Cik Siti...


Note:Lepas tu boleh lak singgah Air Hitam.... beli kepek dan bear untuk anak-anak...

Kehidupan di Estate...

Teratak pena | Wednesday, June 08, 2011 | 2 Comments so far

Hi Hi Hi..... berjumpa lagi.... Okeylah... kali ni Cik Siti nak ceritakan pengalam tinggal di estate. lama juga le Cik Siti tinggal di estate. sampai Cik Siti SPM. Itu pun masa arwah ayahanda meninggal dunia. kalau tidak lagi lama Cik Siti kat sana.

Cik Siti tinggal di salah satu estate di Johor. Nak tahu nama dia? LADANG VOULES, SEGAMAT. Kat sini Cik Siti hidup sebagai kaum minoriti. sebab apa? sebab fisrt masa tu kaum majoriti adalah kaum india. hampir 95%. kalau main bola kat padang tu, dari 22 orang pemain cuma nampak seorang dua je yang bangsa lain. Yang keduanya sebab ayahanda staff kat sana sebab itu Cik Siti tercampak kat estate.


Kalau kat sana nak tahu sama ada seseorang itu staff atau tidak kita boleh kenal rumahnya... Kalau rumah dia atas bukit itulah dia staff yang bekerja kat estate tu. kalau rumah pekerja berada di bawah bukit. dan... yang paling tinggi tu adalah rumah Tuan Besar....

Okey... nak cerita apa bestnya duduk estate ni? Erm... kalau nak cerita memang sampai pagi esok memang tak habis punya. biasanya kalau pekerja.... ada disediakan tempat menjaga anak dan lepas tu pulak management beri peruntukkan susu untuk para pekerja untuk anak-anak mereka. best betul. yang pasti Cik Siti ingat susu tepung tu adalah susu Fernleaf.

Biasanya para pekerja pukul 6 30 dah berkumpul depan opis untuk diagihkan kerja. satu demi satu lori datang dang ambil pekerja. selalu juga Cik Siti berjumpa dengan mereka masa Cik Siti tunggu bas sekolah.

Kalau masa hari Kemerdekaan adalah hari yang paling Cik Siti suka. sebab apa? sebab masa itulah kanak-kanak diaraikan. seawal pagi Cik Siti tunggu pintu pagar bersama-sama dengan anak-anak pekerja yang lain beratur dapatkan habuan. Habuan yang biasa diberi adalah aiskrim, coklat, gula-gula dan keropok dengan kuantiti yang banyak. Mewah jap. Seronok betul masa tu walhal Cik Siti tak faham satu apa pun apa yang bebudak india tu cakap. entah-entah dia kutuk Cik Siti pun Cik Siti tak faham... ala... peduli apa? janji dapat habuan.



Kat sana juga tak ada bil air. sebab kami ada tasik dan generator sendiri untuk disalirkan air. kat situ ada tasik yang terbentang luas. Tasik yang pernah mengorbankan rakan sekolah Cik Siti. Semuanya gara-gara dia ingin menyelamatkan adiknya. Akhirnya dia yang menemui ajal. Memang tasik tu telah di sediakan papan larang mandi di sana. tapi kalau nak hirup udara segar dan nak basuh motor bolehlah... sebab dia ada laluan air yang cetek untuk kita bermain air. kalau petang petang tu adalah 2 3 motor yang parking sambil basuh motor.

Kalau tak ada api, technikal dah standby untukn hidupkan genarator. boleh le juga tahan 2 jam. sempat juga le nak ke kedai beli lilin kalau generator mati tiba-tiba. saban bulan ayah Cik siti selalu tulis penggunakan elektrik dan jika lebih peruntukkan yang diberi oleh pihak majikan.... ingat-ingat le bayar.

Tapi... yang kelakarnya kepada sesiapa tetamu yang datang ke rumah mesti mereka bantai gelak punya. sebab apa? pintu rumah Cik Siti berada dia belakang. ha...ha...ha... orang akan berjumpa dengan pintu belakang dulu. kalau nak masuk tu kena pusing le dulu... apa yang Cik Siti masih ingat di rumah Cik Siti kat sana adalah pokok mangga yang selalu pekerja kilang getah bawah tu dok usya(rumah Cik Siti atas bukit). Kalau ada mangga memang asyik ke baling kayu je. tak pe... kita orang tak kisah... ambillah berapa banyak pun. rumah Cik Siti dikelilingi dengan pokok bunga raya... ada pokok Rhu tempat Cik Siti selalu main.... dan juga pokok sena yang menyejukkan rumah dan juga menyeramkan...


Kat sini mereka hormatkan staff-staff yang lain. first time berborak dengan tuan kechik dia panggil Cik Siti "Miss Md Yasan" terkebil-kebil Cik Siti... bonda Cik Siti dio orang panggil MRS MD YASAN. dah itu lagu dia Cik Siti ikutkan jelah....'

Bila keluar dari estate rasa macam rindu lak nak ke sana. apa boleh buat? sudah tak ada rezeki. sebab Cik Siti sudah putus hubungan memandangkan ayahanda Cik Siti meninggal dunia. namun kenangan Cik Siti di sana memang tidak dapat dilupakan.

Namun ada yang terpahat pada diri Cik Siti sekarang ni. sampai ke mati pun parutnya tidak mungkin hilang. kenangan bila Cik Siti digigit anjing. wa...wa...wa... berlubang kau! masa tu baru balik dari masjid. seingat Cik Siti masa tu darjah 4 atau 5. Biasanya lepas balik masjid keluarga Cik Siti biasa singgah di rumah Pakcik Nazri( bagaikan keluarga Cik Siti) untuk sembang dan gossip. Cik Siti jalan paling depan sebab tak tahan nak melepas (faham-faham jelah ye)


masa tu Cik Siti bolehkan terlupa dengan anjing ganas berek keluarg angkat Cik Siti tu. menonong( jalan dalam keadaan nak belari) je Cik Siti jalan. Tetiba dengar suara anjing dan ngap! Cik Siti melaung. cik Siti menangis semahunya. tengok betis dah ronggak.... masa tu je orang semua keluar. yang peliknya mereka sesama mereka lak yang gaduh. Melenting Mak Piah( Isteri pakCik Nazri) bila dia tengok betis Cik Siti berdarah. Tak tahu macam ada salah seorang saksi yang berjumpa dengan ayahanda di masjid. lantas Cik Siti dibawa klinik oleh ayahanda.

kat klinik ayahanda Cik Siti cuci darah tu... nak cari tanah? punyalah payah.... merintih melaung Cik Siti masa tu. dah cuci darah semua Cik Siti enjek sekali kat urat dan dia keluarkan jarum bengkok dia dengan benang hitam.

"Jangan tengok. Nak jahit ni." Tapi... Cik Siti nak tengok juga ayah Cik Siti jahit. sebab tak sakit! memang le... dia enjek ubat bius. malam tu tak tidur malam di buatnya. ayahanda asyik dok tanya sakit tidak.... sakit ke tidak.... bila ayah beri ubat dam! terus tidur... Ayahanda Cik Siti siap beri Cik Siti MC!


Tapi apa yang memeranjatkan malam tu pihak polis datang rumah. yang sebenarnya ayahanda Cik Siti malas nak panjangkan cerita. tutup cerita dan tutup kes. Nak tahu apa yang terjadi pada anjing tu? tiga hari selepas tu dia cederakan pulak anak jiran sebelah dia..... Si ayah cari anjing tu dan cuba nak bunuh. sebab... yelah... geram. orang suruh ikat siang, tak nak dengar. kena kerat ekor terus jadi bodoh anjing tu.... sampai la ni Cik Siti fobia dengan anjing...

Itulah serba-sedikit kenangan Cik Siti masa kat estate dulu....

Note: Rindu lak nak ke sana....

Satu Bit Masuk Satu Bit Keluar

Teratak pena | Tuesday, June 07, 2011 | 2 Comments so far


Salam semua blogger.... lepas balik kampung badan letih sikit sebab tahu jelah... jammed sana jammed sini... balik dari Melaka pukul 500 sampai KL 10 malam... penat badan... okeylah... jangan di layan sangat cerita jammed ni.

la ni Cik Siti nak cerita sikit pasal produk Rapid bas. Nampak tak kad Touch N Go kat atas tu? Itu Cik Siti nye kad. sekarang ni Rapid memperkenalkan sistem tiket terbaru yang mana Touch N Go digunakan. satu kali Bit Naik dan Satu Bit Keluar... ingat highway je ada Touch N Go? sekarang bas pun dah ada touch N go... hari tu semasa perasmian dapat juga diskaun... Cik Siti naik bas tambang bas 80 sen jer...kalau nak top up dalam bas pun boleh....

Ini adalah bertujuan untuk memendekkan masa bagi pengeluaran resit yang memakan masa lebih kurang 15 saat satu penumpang. itu kalau mesin okey... kalau tidak mahu lama juga menunggu resit tu keluar. lagi satu jimat kos.... tak perlukan kertas. erm.... tak sangka lak bas sekarang ni dah ada touch N Go.... memang tak pernah terfikir oleh Cik Siti sebelum ni..

apa-apa pun tahniah Cik Siti ucapkan dengan Rapid atas usaha yang dijalankan.

Note: lagi 2 hari kena top up balik sebab baki tinggal 5 inggit je... sebab minimum untuk bit masuk adalah 3 ringgit...

Balik Kampung Time.....

Teratak pena | Saturday, June 04, 2011 | 3 Comments so far

Hari ni (sebab jam dah menunjukkan ke angka 1257 pagi bertarikh 4 Jun) Cik Siti nak balik kampung kat Melake... Cuti sekolah ni... bawaklah anak-anak balik kampung sambil bertemu dengan nenek dan moyang mereka.

Sebab musabab yang lain sudah tentu bonda mertua Cik Siti pun balik kampung juga (he...he...he... bukan ke Cik Siti kahwin dengan dua pupu?) rumah nenek Cik Abang pun depan rumah bonda Cik siti... ramai member Cik Siti kata Cik Siti bercinta macam cerita bujang lapok... main ketuk botol... ha...ha...ha...


Okeylah... untuk 2 hari ni mungkin Cik Siti berehat jap... walau pun kat kampung ada streamyx dinda Cik Siti punya tapi ada masa nak juga menikmati keindahan kehijauan kampung... tapi ada masa pun Cik Siti balun juga streamyx dia.... yang pasti Cik Siti bawak juga 'buah hati' Cik Siti ni...

okey.... kepada yang nak balik kampung atau nak bercuti tu.... berhati-hati di jalan raya.... nanti balik dari kampung Cik Siti update ye.... okey... jangan ngajuk nanti Cik Siti belanja gulan-gula...



Note: Erm... teringin lak nak makan ikan bakau

Betapa Bangganya aku...

Teratak pena | Wednesday, June 01, 2011 | 5 Comments so far
salam rakan blogger.... penatnya menyapu sawang yang dah bermaharajalela dalam blog comel ni... mengalahkan orang VIP nak updated blog. orang VIP pun ada masa nak berceloteh..


okey... semalam sewaktu-waktu balik dari kerja lebih kurang 8 malam...
sambil melintas jalan untuk ke Jaya Jusco...excuse me.... bukan nak shopping
ye... cuma nak tunggu Cik Abang jemput kerja. entah bagaimana masa
melintas jalan bila lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau... tetiba je rasa
bangga dan megah lak yang menyelinap di setiap lubuk hati... kenapa? sebab Cik
Siti nampak BMW, MERZ, ALFARD, berhenti memberi jalan untuk Cik Siti....
ha...ha...ha... betapa bangganya... sebab mereka kena beri lintas hormat kat Cik
Siti...

Betapa kuatnya kuasa lampu isyarat sampai kereta yang harga berjuta atau berbillion kena akur dengan peranannya. Bila sampai sahaja seberang jalan kembang kempis hidung Cik Siti bila mereka-meraka yang menggunakan kehebatan kereta berjenama besar barulah dapat meneruskan perjalanan itu pun bila lampu hijau menyala....


Apa kata anda bila melintas jalan dengan menggunakan tatasusila yang
betul mesti rasa bangga... tidak kiralah di lampu isyarat atau pun
menggunakan
jejantas sebab mereka yang berkereta hormatkan kita... yang
penting menggunakan
jejantas betapa bangga sebab kita berada di atasnya....
he..he..he..


Note: betapa keringnya idea Cik Siti ni sampaikan pasal lampu isyarat pun jadikan entri

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page