Hi Hi Hi..... berjumpa lagi.... Okeylah... kali ni Cik Siti nak ceritakan pengalam tinggal di estate. lama juga le Cik Siti tinggal di estate. sampai Cik Siti SPM. Itu pun masa arwah ayahanda meninggal dunia. kalau tidak lagi lama Cik Siti kat sana.
Cik Siti tinggal di salah satu estate di Johor. Nak tahu nama dia? LADANG VOULES, SEGAMAT. Kat sini Cik Siti hidup sebagai kaum minoriti. sebab apa? sebab fisrt masa tu kaum majoriti adalah kaum india. hampir 95%. kalau main bola kat padang tu, dari 22 orang pemain cuma nampak seorang dua je yang bangsa lain. Yang keduanya sebab ayahanda staff kat sana sebab itu Cik Siti tercampak kat estate.
Kalau kat sana nak tahu sama ada seseorang itu staff atau tidak kita boleh kenal rumahnya... Kalau rumah dia atas bukit itulah dia staff yang bekerja kat estate tu. kalau rumah pekerja berada di bawah bukit. dan... yang paling tinggi tu adalah rumah Tuan Besar....
Okey... nak cerita apa bestnya duduk estate ni? Erm... kalau nak cerita memang sampai pagi esok memang tak habis punya. biasanya kalau pekerja.... ada disediakan tempat menjaga anak dan lepas tu pulak management beri peruntukkan susu untuk para pekerja untuk anak-anak mereka. best betul. yang pasti Cik Siti ingat susu tepung tu adalah susu Fernleaf.
Biasanya para pekerja pukul 6 30 dah berkumpul depan opis untuk diagihkan kerja. satu demi satu lori datang dang ambil pekerja. selalu juga Cik Siti berjumpa dengan mereka masa Cik Siti tunggu bas sekolah.
Kalau masa hari Kemerdekaan adalah hari yang paling Cik Siti suka. sebab apa? sebab masa itulah kanak-kanak diaraikan. seawal pagi Cik Siti tunggu pintu pagar bersama-sama dengan anak-anak pekerja yang lain beratur dapatkan habuan. Habuan yang biasa diberi adalah aiskrim, coklat, gula-gula dan keropok dengan kuantiti yang banyak. Mewah jap. Seronok betul masa tu walhal Cik Siti tak faham satu apa pun apa yang bebudak india tu cakap. entah-entah dia kutuk Cik Siti pun Cik Siti tak faham... ala... peduli apa? janji dapat habuan.
Kat sana juga tak ada bil air. sebab kami ada tasik dan generator sendiri untuk disalirkan air. kat situ ada tasik yang terbentang luas. Tasik yang pernah mengorbankan rakan sekolah Cik Siti. Semuanya gara-gara dia ingin menyelamatkan adiknya. Akhirnya dia yang menemui ajal. Memang tasik tu telah di sediakan papan larang mandi di sana. tapi kalau nak hirup udara segar dan nak basuh motor bolehlah... sebab dia ada laluan air yang cetek untuk kita bermain air. kalau petang petang tu adalah 2 3 motor yang parking sambil basuh motor.
Kalau tak ada api, technikal dah standby untukn hidupkan genarator. boleh le juga tahan 2 jam. sempat juga le nak ke kedai beli lilin kalau generator mati tiba-tiba. saban bulan ayah Cik siti selalu tulis penggunakan elektrik dan jika lebih peruntukkan yang diberi oleh pihak majikan.... ingat-ingat le bayar.
Tapi... yang kelakarnya kepada sesiapa tetamu yang datang ke rumah mesti mereka bantai gelak punya. sebab apa? pintu rumah Cik Siti berada dia belakang. ha...ha...ha... orang akan berjumpa dengan pintu belakang dulu. kalau nak masuk tu kena pusing le dulu... apa yang Cik Siti masih ingat di rumah Cik Siti kat sana adalah pokok mangga yang selalu pekerja kilang getah bawah tu dok usya(rumah Cik Siti atas bukit). Kalau ada mangga memang asyik ke baling kayu je. tak pe... kita orang tak kisah... ambillah berapa banyak pun. rumah Cik Siti dikelilingi dengan pokok bunga raya... ada pokok Rhu tempat Cik Siti selalu main.... dan juga pokok sena yang menyejukkan rumah dan juga menyeramkan...
Kat sini mereka hormatkan staff-staff yang lain. first time berborak dengan tuan kechik dia panggil Cik Siti "Miss Md Yasan" terkebil-kebil Cik Siti... bonda Cik Siti dio orang panggil MRS MD YASAN. dah itu lagu dia Cik Siti ikutkan jelah....'
Bila keluar dari estate rasa macam rindu lak nak ke sana. apa boleh buat? sudah tak ada rezeki. sebab Cik Siti sudah putus hubungan memandangkan ayahanda Cik Siti meninggal dunia. namun kenangan Cik Siti di sana memang tidak dapat dilupakan.
Namun ada yang terpahat pada diri Cik Siti sekarang ni. sampai ke mati pun parutnya tidak mungkin hilang. kenangan bila Cik Siti digigit anjing. wa...wa...wa... berlubang kau! masa tu baru balik dari masjid. seingat Cik Siti masa tu darjah 4 atau 5. Biasanya lepas balik masjid keluarga Cik Siti biasa singgah di rumah Pakcik Nazri( bagaikan keluarga Cik Siti) untuk sembang dan gossip. Cik Siti jalan paling depan sebab tak tahan nak melepas (faham-faham jelah ye)
masa tu Cik Siti bolehkan terlupa dengan anjing ganas berek keluarg angkat Cik Siti tu. menonong( jalan dalam keadaan nak belari) je Cik Siti jalan. Tetiba dengar suara anjing dan ngap! Cik Siti melaung. cik Siti menangis semahunya. tengok betis dah ronggak.... masa tu je orang semua keluar. yang peliknya mereka sesama mereka lak yang gaduh. Melenting Mak Piah( Isteri pakCik Nazri) bila dia tengok betis Cik Siti berdarah. Tak tahu macam ada salah seorang saksi yang berjumpa dengan ayahanda di masjid. lantas Cik Siti dibawa klinik oleh ayahanda.
kat klinik ayahanda Cik Siti cuci darah tu... nak cari tanah? punyalah payah.... merintih melaung Cik Siti masa tu. dah cuci darah semua Cik Siti enjek sekali kat urat dan dia keluarkan jarum bengkok dia dengan benang hitam.
"Jangan tengok. Nak jahit ni." Tapi... Cik Siti nak tengok juga ayah Cik Siti jahit. sebab tak sakit! memang le... dia enjek ubat bius. malam tu tak tidur malam di buatnya. ayahanda asyik dok tanya sakit tidak.... sakit ke tidak.... bila ayah beri ubat dam! terus tidur... Ayahanda Cik Siti siap beri Cik Siti MC!
Tapi apa yang memeranjatkan malam tu pihak polis datang rumah. yang sebenarnya ayahanda Cik Siti malas nak panjangkan cerita. tutup cerita dan tutup kes. Nak tahu apa yang terjadi pada anjing tu? tiga hari selepas tu dia cederakan pulak anak jiran sebelah dia..... Si ayah cari anjing tu dan cuba nak bunuh. sebab... yelah... geram. orang suruh ikat siang, tak nak dengar. kena kerat ekor terus jadi bodoh anjing tu.... sampai la ni Cik Siti fobia dengan anjing...
Itulah serba-sedikit kenangan Cik Siti masa kat estate dulu....
Note: Rindu lak nak ke sana....
waduh
ReplyDeleteapa hal la anjing tu garang sampai camtu sekali
eh, kalau anjing kena kerat ekor, boleh jadi bodoh ke dia?
tak tau la pulak
anjig lari...saya tak suka..dulu masa nak ke kelas sllu kne kejr anjing..tapi dia tak gigit kamu huu..
ReplyDeleteTAIKO
suami suri keje taiko gak tapi bhgian opis kat ipoh ar heeee...