Okey... hari ni Cik Siti rajin sikit... nak join segmen En Ben Ashaari walaupun dah last minit... Segmen di beri nama: AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI
gambar ni diambil dalam tahun 80'an... yang Cik Siti ambil dari dinda Cik Siti baju belang tu ayahda Cik Siti... baju coklat tu bonda Cik Siti.
Ayah... Abah... Papa... semuanya sama... dan aku memanggilnya Apak. Tidak kiralah berapa ramai yang menggelakkan namun itulah nama yang paling kubangga memanggilnya.
Sayang sekali... disaat insan yang mempunyai ayah didunia ini... aku cuma mampu berdoa dan melemparkan kenangan sebagai tatapan hari ini... kerana sudah 17 musim pemergiannya dan aku masih lagi merasai kehangatan kasih dan sayangnya....
memang terpahat di hati ini akan lawak jenakanya, keihlasan hatinya dan kasih sayangnya tidak pernah luntur dari fikiran dan hati. setiap perbuatannya garapan di dalam untuk kami mengikutinya. Kalau ke pasar malam.... tiada ruang untuk dia tidak memberikan sedekah... dan lantas diajarnya untuk memberi...
dia tidak pernah berkira apa lagi untuk mengungkit... segala kebaikan tidak pernah dipersoalkan... membuatkan kami menjadikan idola dan model untuk kami. dengan semangatnya juga kami telah berjaya. berpegangkan doa dan harapannya dan juga kasih sayang ibu yang tiada sempadan kami mengukir kejayaan...
walau dirimu tiada lagi didunia ini... kuiring doa agar dirimu tenang dan berbahagia di sana... Amin.... Kepada insan yang bergelar bapa... Selamat Hari Bapa diucapkan...
datang balik...;)
ReplyDeletewalaupun ayah tiada di sisi tapi sentiasa di hati..kan?
tanx dtg..kita follow sini balik=)
semoga awak tabah..
ReplyDeleteselamat hari bapa juga untuk Kak Siti :)
ReplyDeleteAnita takutlah berdepan dengan kehilangan ayah suatu hari nanti, walaupun perkara itu pasti. hm.
*comel kak siti masa kecik-kecik.hehe
singgah dr segmen abg ben..
ReplyDeletedtg bace kisah ayah kamu :)
jauh dimata dekat dihati..
semoga ayah kamu bersama kalangan org beriman :)
Salam bayu;D
ReplyDeletetq sbb singgah blog sy;D
sy doakan roh abah bayu ditempatkan di tempat orang bertaqwa. Amin.;D kuatkan hati, tabahkam jiwa. insyAllah, dia pun gembira bila nampak bayu boleh teruskan hidup dgn bahagia;D
Selalu panjatkan doa untuk arwah. Supaya aman di sana
ReplyDelete