#3 wordless wednesday: Salam Kemerdekaan

Teratak pena | Wednesday, August 31, 2011 | 1 Comments


#2 wordless wenesday: Selamat Hari Raya.....

Teratak pena | Wednesday, August 31, 2011 | Be the first to comment!

Kuih raya....

Teratak pena | Saturday, August 27, 2011 | 2 Comments so far
Raya dah dekat... rasa-rasanya dah hampir 90 persent persiapan tu dah dibuat. hari ni Cik Siti last kerja. esok dah cuti. Ahad nak balik kampung. raya tahun ni Cik Siti meriah dengan kuih rasanya. lagi pun anak-anak Cik Siti dah pandai makan. kuih samprit yang di beli sekarang dah nak tinggal habuk. nasib baik beli 2 telap. kalau tidak tak tahu apa yang nak hidang kat orang. jom layan pic yang Cik Siti cilok dari goggle dengan raya yang tengah tunggu masa nak di hidangkan...

















Note: jemput datang rumah...

#1wordless wenesday

Teratak pena | Wednesday, August 24, 2011 | 3 Comments so far


kredit by: En Fadil(Pak Dare Cik Siti)

Dalam Hati Ada Taman

Teratak pena | Tuesday, August 23, 2011 | 3 Comments so far


En3 Khas Buat Adik Cik Anita...

Nak buat pengumuman bahawa kad raya sudah pun selamat sampai hari ini bertarikh 23/8/2011 jam 800 malam(masa buka peti surat) dan Cik Siti sendiri yang godek peti surat tu...

pssst! nak buat pengakuan ni, dah sepuluh tahun Cik Siti tak dapat kad raya tau. dan ini yang pertama. wah.... terharu sangat. sudah pulak tu... dapat duit raya lagi. terima kasih. nanti akak simpan bebaik kad tu.


memang tahun ni bermakna dengan kahadiran kad raya dari Adik Anita. macam mengimbau kenangan lalu lak. selalunya Cik Siti dapat e-kad, sms dan e-mail. dah lama sangat tak merasa pegang kad raya ni. terima kasih banyak-banyak.


Ginilah rupanya Kad Raya pemberian yang penuh bermakna dari Adik Anita

Terima kasih juga Cik Siti ucapkan kerana sudi membeli novel tu. Cik Siti bukanlah novelis yang terkenal macam Norhayati Ibrahim ke, Fauziah Ashari ke, sebab Cik Siti menulis pun cuma suka-suka. kalau kurang tegur ye... Cik Siti terima.


Nampaknya tak tidur malamlah kakak kau sorang ni...

P/S duit raya tu nak framekan boleh tak????

Note: Terima kasih banyakkkkkk-banyakkkkkk....

Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya

Teratak pena | Sunday, August 21, 2011 | 9 Comments so far
Kali ini Cik Siti teringin nak join cabaran yang diberikan oleh blogger Dulu Lain Sekarang Lain iaitu

Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya


Bila sebut hari raya yang paling gembira adalah kanak-kanak. berbaju baru dan jalan bersama-sama sahabat dan sanak-saudara bertandang satu rumah ke rumah yang lain. Kenangan nak dikongsi adalah kenangan yang sehingga kini masih Cik Siti ingat.

Kenangan bertaut ketika Cik Siti berusia lebih kurang 9 tahun (tahun 1987). Cik Siti punya bapa saudara yang lebih kurang sebaya dengan Cik Siti. sepupu sepatat pun lebih kurang dengan kita. dan biasanya pada hari raya pertama Cik Siti akan beraya dengan ayahda dan bonda. dan raya kedua barulah tawaf satu kampung nak cari duit raya. masa tu rata-rata akan bagi duit raya 20 sen. kalau dapat 50 sen tu dah kira cukup besar.

pada mulanya Cik Siti ditegah untuk mengikut mereka. tapi hati keras. Nak juga. "Kau tu perempuan. nanti penat menyusahkan orang je."

"Tak duli. nak ikut juga."

jadi ikutlah Cik Siti pak dare Cik Siti sehingga ke kampung sebelah. seronok punya pasal Cik Siti tekedek-kedek kat belakang sambil mengira duit syiling. tersenyum lebar dan hati penuh taman....

sampai satu simpang, sedang berjalan lenggang mak limah lagak seperti model dengan mengayakan baju kurung merah yang dibuat bonda Cik Siti Cik Siti tersentak bila pak dare Cik Siti menjerit.

"Belakang tu! belakang tu!" Cik Siti paling. "MMMMMAAAAKKKKKK!!!!!!" laung Cik Siti yang berlari tak menang kaki mengukur tanah. Yang lain semua dah bertempiaran lari. dia orang bijak. diaorang masuk kat rumah orang. yang Cik Siti masih lagi dikejar dengan LEMBU!




Rasa-rasanya kalau masuk lumba lari mesti Cik Siti yang menang. tekak rasa macam nak tercabut bila dok teriak ketakutan. ini tak boleh jadi.... Cik Siti kena ambil tindakan. Akhirnya Cik Siti korbankan diri terjun dalam semak. dok diam-diam dan tengok sampai lembu tu hilang dalam kebun getah. Entah lembu mana yang terlepas hari raya ni!

Keluar sahaja dari semak leher tu dah macam zirafah panjangnya. manalah tahu lembu tu lak yang menyorok. Cik Siti tengok badan Cik Siti dah calar balar. nasib baik tak ada apa-apa. tapi yang bestnya air mata tak henti-henti jatuh. pak dare semua pujuk. dan dalam pujuk pun kena marah.


"Itulah... orang dah kata jangan ikut. degil!"

Wa.... kenangan kena kejar dengan lembu memang tak boleh lupa....


Lagu Raya Kegemaran... Tag dari Cik Anita

Teratak pena | Friday, August 19, 2011 | 4 Comments so far
Ha...ha...ha... walau pun tak mention nama namun dengan tak segan silu Cik Siti nak menempel juga untuk join tag Lagu Raya Kegemaran dari Cik Anita. lagi pun raya dah tak lama lagi kan? kat radio dah banyak lagu raya berkumandang. Nah, ini lagu yang Cik Siti minat dari dulu...

Sanisah Huri

Aidil Fitri

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)



okeylah.... kalau tag orang pun tak best juge... walau bagaimana pun nak tag dulu dua anak dara ni:


Cik Nahdatul Izah

dan SEMUA BLOGGER YANG BERTANDANG(JIKA SUDI)


Telatah....

Teratak pena | Thursday, August 18, 2011 | 3 Comments so far
Okeylah... ari ni macam letih nak berkata-kata. layan pic bawah ni boleh tak? gambar ni Cik Siti ambil dari album dinda Cik Siti iaitu Cik Nahdatul dan Cik Nurul. Tengoklah telatah puteri kecik Cik Siti ni.... pening ada, geram ada, kelakar pun ada...


Tengoklah dia betapa komitednya dia dengan beg sekolah. kalau boleh dengan dia sekali nak masuk dalam tu. memang yang kecik ni suka dengan buku. majalah Cik Siti yang belum baca pun dia nak jadi orang pertama yang membaca... baca dengan bahasa dia le...


Aduh!!!! kita memasak kat dapur, inilah dia kerjanya bila dah masuk bilik. habis dia selongkar dan hasilnya memang memberangsangkan...habislah bedak!!!!!


Akhirnya dapat juga dia masuk ke dalam beg tu...puas dah bebel... dia buat lagu tu juga... hish!hish!hish!


pic ni ditangkap masa jamuan berbuka tahun lalu... orang lain dok makan dia dok main benda alah tu kat bawah... ah, lantaklah asal dia senyap dan berbahagia....



pic ni yang paling Cik Siti suka tengok... time ni bila dia balik kampung... sebenarnya benda alah tu dah habis, cuma dia dah dapat plastik tu dan ada saki baki maka dia pun layankan juga... dan sampai ke mata dia makan keropok tu.
kalau dia ada memang bising dan riuh rumah. kalau dia tak ada sunyi sepi je.... (kata-kata bonda Cik Siti bila Cik Siti balik kampung) balik kampung paling mereka suka sebab boleh pergi jalan...

Note: raya dah dekat... tak lama lagi dah nak balik kampung....

Apa yang menarik di Merlimau....

Teratak pena | Tuesday, August 16, 2011 | 4 Comments so far
Cik Siti dengan bangganya kata Cik Siti datang dari kampung, yang diberi nama Kampung Sempang, Merlimau Melaka. rasanya nak promote sikit tentang kampung Cik Siti ni. Merlimau... terletak di daerah Jasin dan memakan masa 30 minit dari bandar melaka... kalau merempit tu tak sampai 10 minit dah sampai... (sampai hospital he...he...he...)

Okey... kat Merlimau ni macam-macam ada... tempat-tempat sejarah tak kurang hebatnya. Makanan? asal balik kampung je beli belacan bakar. senang. tak payah nak bakar belacan untuk buat sambal belacan.




Makan Tun Teja adalah makam yang terletak di tengah sawah. Tun Teja dikatakan dimakankan di sini setelah melarikan diri sewaktu Melaka ditakluk Portugis. Beliau tidak dapat melarikan diri jauh dari Melaka ekoran dari keadaannya yang sarat mengandung. di Sempang Pantai di tengah bendang di menghembuskan nafas terakhir....




Rumah Penghulu Mat Natar adalah rumah tradisional yang masih kekal sehingga hari ini. malahan kini rumah tersebut di bawah perlindungan Muzium Melaka... Kita boleh lihat keaslian rumah ini yang mana tangga ada juga rekabentuk serta hiasan memang menarik. Dulu seperti yang diperkatakan rumah ini pernah menjadi lokasi pengambaraan sekitar tahun 50-an...



Perigi Portugis yang terletak di Merlimau Pantai adalah lokasi sejarah yang mungkin ramai tidak mengenalinya. dulu masa kecik-kecik perigi ni memang terbiar. semak dan tidak terjaga. Nah, tengok sekarang... cantik bukan main...

Benda ni kalau tak ada dalam masakan seharian Melaka memang tak sah...

juga ini...

Dan ini kudapan kami.....

Okeylah.... kalau ada masa dan kelapangan bila bertandang ke Melaka tu jom le ke Merlimau....

Note: Inilah dia tanah tumpah darahku....

Cerita Baju Raye...

Teratak pena | Tuesday, August 09, 2011 | 3 Comments so far

Hari ni Cik Siti cuti. bernafaslah fikiran ni sikit. tapi kat rumah dok layan Abby yang nak macam-macam. Tak pe... bagi dia makan dulu pastu buat susu dan popok dia tidur... erm... entah-entah ibu dia yang terlelap dulu. Ala... biasalah tu.

Okey... la ni Cik Siti nak cerita pasal baju raye... cerita ni terjadi 2 tahun lepas. Kisah bonda Cik Siti dan bonda mertua.

Nak jadikan cerita setiap tahun bonda Cik Siti dengan bonda mertua mesti minta ukuran baju anak-anak Cik Siti. nak buat baju untuk cucu-cucunyalah katakan... seronok tengok kata mereka. comel-comel belaka baju bebudak ni. kalau nak beli yang disiapkan pun mahu besar belanja.

Al-kisahnya bonda Cik Siti tanya warna tema. jadi Cik Siti katalah warna biru. jadi Cik Siti tanya apa bonda Cik Siti warna apa yang dia beli. jadi dia kata:

"Suprise!!! mana boleh bagi tahu. yang pasti bukan warna biru." Okey... nak suprise. best juga ni.


Sehingga tibalah sehari sebelum hari raya bonda Cik Siti pun keluarkan baju raya yang dikatakan suprise tu... bila Cik Siti tengok baju raya anak-anak Cik Siti pun tersenyum simpul.

"La.... kenapa?"

"Mak dengan besan ni boleh satu kapal. Mak Cheras pun buatkan baju bebudak ni warna yang sama. Warna pink!"

"La.... pulak. macam mana boleh sama warna?"

"Itulah... mak nak suprise. orang mana tahu mak nak jahit warna pink." Nasib baik yang perempuan bunganya tak sama.... tapi kalau kata orang itu jodoh namanya.

Lepas tu tahun berikutnya dia tanya Cik Siti dulu warna apa yang bonda mertua buatkan untuk anak-anak sebab dia takut perkara yang sama terjadi seperti tahun berikutnya.

Teringat lak masa bertunang dulu.... baju raya yang Cik Siti pakai dengan Cik Abang warna yang sama hijau pucuk pisang ....wa....wa.... satu hari suntuk Cik Siti kena usik.

Note: Baju korang tahun warna apa yek?

Terima Kasih...

Teratak pena | Sunday, August 07, 2011 | 5 Comments so far

Bila bulan puasa dan waktu terluang Cik Siti dok layari internet.... saja suka-suka dan akhirnya Cik Siti lak yang tukar rumah... ha..ha...ha... dah habis tukar rumah tu, saja je Cik Siti godek nak tengok kalau ada gambar cover novel Cik Siti dulu. Yang pernah Cik Siti terbit. Itu yang julung pertama kali Cik Siti menulis. dan godek punya godek Cik Siti terjumpa sebuah blog yang telah pun membuat entri tentang novel Cik Siti... wa... wa... ada juga yang sudi.... terharu jap.

Oleh itu Cik Siti pun nak buat entri tentang blogger ni yang sudi memberi semangat pada Cik Siti. Nak berikan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca novel kecil Cik Siti. dan yang paling best beliau bukanlah dari golongan kaum melayu... Jom layan blogger ni yang memberi komen tentang Cik Siti

LOVELY.ME

Jom Layan Sipnosis Novel Cik Siti (Masihkah ada kasih)

Suraya seorang gadis yang sering ditimpa malang. Perkahwinannya dengan Azman ternyata mengundang bencana apabila dia sering didera. dan perkahwinannya berakhir apabila dia diceraikan dengan talak tiga. Namun begitu, Azman yang akhirnya gila talak sering mengganggu dan yang paling menyedihkan bila Azman ditangkap pada malam pernikahannya dengan Haji Hitam.

kehidupannya bertambah malang bila abang kandungnya yang juga darah daging sanggup menggadaikan tanah pusaka demi melunaskan hutangnya. Akhirnya Suraya akur dengan ajakannya abangnya Firdaus untuk berpindah ke bandar. segala janji oleh Firdaus sedikit pun tiada yang tertunai. untuk mencari sesuap nasi demi anak, ibu dan bapanya yang sakit dia berkerja sebagai pembantu rumah milik Datuk Malik.

Di sana dia diuji lagi. Haris, anak majikannya telah banyak membuatkan hatinya sering dilanda sedih. Namun, ada berita yang akhirnya mengubah hidup apabila dia kahwinkan dengan Haris gara-gara wasiat Datuk Malik. Haris yang amat membenci Suraya dan meminati Rozaina sering mencari kesalahan Suraya. Sehinggalah pada satu kejadian kebencian itu bertukar kepada cinta. Cinta yang akhirnya menjanjikan kebahagiaan.

Panjatkan Semangat Berblogging

Teratak pena | Wednesday, August 03, 2011 | 2 Comments so far


Rasanya dah sebulan juga Cik Siti tak coretkan dalam teratak Cik Siti ni. minta maaf kalau mana yang selalu bertandang tu dok baca cerita yang sama. Menerima tugas baru bukannya mudah. walau bagaimana pun semangat berblogging ni masih belum luntur lagi. sekarang ni masih lagi dok belajar sistem yang belum Cik Siti kuasi. Uh! bila otak dah berkarat ni nak belajar pun ada masa mesti cikgu naik angin.

Bila waktu petang dok berlari nak buat backlog. nak jengah sahabat blogger lain pun tak sempat. balik rumah lak, penat plus layan anak akhirnya Cik Siti yang tidur dulu. alih-alih Cik Siti tersedar bila si Abby dok cungkil mata Cik Siti. Nak ajak main pondok-pondok. sambil dia membebel mata Cik Siti macam dah tak larat nak angkat. Cik Siti angguk dan angguk dan angguk dan akhirnya Cik Siti dengan dia-dia sekali tertidur.

Cik Siti tanamkan keyakinan juga untuk menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan dengan kenaikan pangkat hari tu. memang masih belum nak sebatikan diri namun Cik Siti berharap ianya akan menjadikan tempat untuk Cik Siti mempertingkatkan diri sendiri....

walau apa yang terjadi.... Cik Siti masih lagi rindu untuk berblogging....

Salam Ramadhan Utk Semua....

Teratak pena | Wednesday, August 03, 2011 | 2 Comments so far
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page