Panjatkan Semangat Berblogging
Teratak pena | Wednesday, August 03, 2011 |
Rasanya dah sebulan juga Cik Siti tak coretkan dalam teratak Cik Siti ni. minta maaf kalau mana yang selalu bertandang tu dok baca cerita yang sama. Menerima tugas baru bukannya mudah. walau bagaimana pun semangat berblogging ni masih belum luntur lagi. sekarang ni masih lagi dok belajar sistem yang belum Cik Siti kuasi. Uh! bila otak dah berkarat ni nak belajar pun ada masa mesti cikgu naik angin.
Bila waktu petang dok berlari nak buat backlog. nak jengah sahabat blogger lain pun tak sempat. balik rumah lak, penat plus layan anak akhirnya Cik Siti yang tidur dulu. alih-alih Cik Siti tersedar bila si Abby dok cungkil mata Cik Siti. Nak ajak main pondok-pondok. sambil dia membebel mata Cik Siti macam dah tak larat nak angkat. Cik Siti angguk dan angguk dan angguk dan akhirnya Cik Siti dengan dia-dia sekali tertidur.
Cik Siti tanamkan keyakinan juga untuk menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan dengan kenaikan pangkat hari tu. memang masih belum nak sebatikan diri namun Cik Siti berharap ianya akan menjadikan tempat untuk Cik Siti mempertingkatkan diri sendiri....
walau apa yang terjadi.... Cik Siti masih lagi rindu untuk berblogging....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah kerana kenaikan pangkat dan masih update blog
ReplyDeletehehe
selamat berpuasa untuk cik siti sekeluarga
tanggungjawab tu lagi pernting dari update belog tu Kak. Tak pa, nanti dah sesuaikan diri baru update belog macam biasa.
ReplyDelete:)