Apa yang menarik di Merlimau....

Teratak pena | Tuesday, August 16, 2011 |
Cik Siti dengan bangganya kata Cik Siti datang dari kampung, yang diberi nama Kampung Sempang, Merlimau Melaka. rasanya nak promote sikit tentang kampung Cik Siti ni. Merlimau... terletak di daerah Jasin dan memakan masa 30 minit dari bandar melaka... kalau merempit tu tak sampai 10 minit dah sampai... (sampai hospital he...he...he...)

Okey... kat Merlimau ni macam-macam ada... tempat-tempat sejarah tak kurang hebatnya. Makanan? asal balik kampung je beli belacan bakar. senang. tak payah nak bakar belacan untuk buat sambal belacan.




Makan Tun Teja adalah makam yang terletak di tengah sawah. Tun Teja dikatakan dimakankan di sini setelah melarikan diri sewaktu Melaka ditakluk Portugis. Beliau tidak dapat melarikan diri jauh dari Melaka ekoran dari keadaannya yang sarat mengandung. di Sempang Pantai di tengah bendang di menghembuskan nafas terakhir....




Rumah Penghulu Mat Natar adalah rumah tradisional yang masih kekal sehingga hari ini. malahan kini rumah tersebut di bawah perlindungan Muzium Melaka... Kita boleh lihat keaslian rumah ini yang mana tangga ada juga rekabentuk serta hiasan memang menarik. Dulu seperti yang diperkatakan rumah ini pernah menjadi lokasi pengambaraan sekitar tahun 50-an...



Perigi Portugis yang terletak di Merlimau Pantai adalah lokasi sejarah yang mungkin ramai tidak mengenalinya. dulu masa kecik-kecik perigi ni memang terbiar. semak dan tidak terjaga. Nah, tengok sekarang... cantik bukan main...

Benda ni kalau tak ada dalam masakan seharian Melaka memang tak sah...

juga ini...

Dan ini kudapan kami.....

Okeylah.... kalau ada masa dan kelapangan bila bertandang ke Melaka tu jom le ke Merlimau....

Note: Inilah dia tanah tumpah darahku....

4 comments:

  1. Salam. wah menariknya bila baca sejarah2 negeri melaka. dulu baca kat buku sejarah je mengenai sejarah negeri melaka. saya masih tidak berpeluang untuk mengunjungi negeri melaka. mungkin suatu hari nanti akan berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  2. Nik Toha: marile.... ke melaka... satu tempat yang menarik

    ReplyDelete
  3. TERINGIN PERGI MELAKA!

    tapi dalam percaya atau tidak, dalam umur Nita yang camni. tak pernah jenjalan ke Melaka. kesian sungguh~!

    ReplyDelete
  4. Abgreds selalu lalu pekan merlimau tu. tugas abgreds ulang-alik muo-merlimau..makam tu pun dah pernah sampai...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page