Betapa Indah Lirik Lagu Melayu

Teratak pena | Sunday, January 30, 2011 | 3 Comments so far
Cik Siti walau pun lahir selepas kemerdekaan sekitar tahun 70'an namun lagu-lagu melayu memang Cik Siti suka dengar melodinya yang mendayu ditambah dengan liriknya yang begitu indah. Cik Siti tak segan kalau kawan-kawan gelakkan kalau Cik Siti dengar lagu melayu lama. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mertabatkan lagu-lagu melayu lama.

Bak Kata Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas.....

Lagu melayu lama adalah martabat bangsa kita. Peliharalah dari ditelan zaman. walau pop, rock, rap menjadi kegilaan hari ini lagu-lagu lama tidak boleh kita lupakan....

Apa pun lihatlah, pandanglah, selamilah, dengarlah betapa indahnya lagu dan lirik ini...


Lirik Lagu Tanya Sama Hati - P.Ramlee

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



dan juga lagu ini....

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


Anak Cina

Teratak pena | Sunday, January 30, 2011 | 3 Comments so far

Pernah tak orang bertanya "Anak awak ke ni?" ??? blur juga kalau orang tanya macam tu. Inilah yang Cik Siti nak cite. Pasal anak Cik Siti yang bongsu. Nama Nabilah berumur 3 tahun.

Cerita terjadi pada tahun lepas masa Cik Siti shopping kat Giant Kota Damansara. Nak jadikan cerita Cik Abang dok pergi temujanji dengan Cik Tan(Toilet). Tinggallah Cik Siti dengan anak-anak yang bersenauk(Orang melaka kata bising).

kemudian datang seorang promoter kat Cik Siti dan memperkenalkan barangnya. Cik Siti pun dengan lembut kata "TAK NAK".

dia tanya lagi.... "Kak, nak tanya sikit boleh tak?"
"Apa dia?"
"Ini anak akak ke?" Cik Siti blur sekejap. Cik Siti pandang muka anak Cik siti. yelah mana tahu anak orang pulak yang duduk dalam troli.
"Ye... ini anak akak. kenapa?"
"O.... ingatkan akak jaga anak cina. muka dia memang macam cina."
"Ye ke?" Dalam hati Cik Siti dok urut dada. sembilan bulan tu mengandungkan dia.
"Ayah dia cina ke kak?"
"Tak adalah. ayah dia melayu."
"Maaflah kak. mati-mati saya ingat akak jaga anak cina."
"Tak pe.... bukan adik sorang je yang cakap. okeylah...akak balik dulu ye..." Cik Siti berlalu dan tersenyum. memamg ramai dok usya anak Cik Siti yang sorang ni.


Tak tahu macam mana acuannya. tapi muka tu ada le ikut Cik Siti. Mungkin terkenan dengan telatah pelanggan cina di opis Cik Siti.... ermmmm Nabila.... Nabila....

Note: Pelanggan di Kepong 99% cina. mahu tidak muka tu ikut muka cina

Mood Down

Teratak pena | Saturday, January 29, 2011 | 3 Comments so far
Cik Siti tak beberapa sihat. batuk+selsema= nak demam je rasa badan ni. mungkin banyak sangat makan buah lokam. maafkan Cik Siti. kalau dah sihat sikit Cik Siti updated ye..

Kenangan Bersama dengan Tersayang

Teratak pena | Wednesday, January 26, 2011 | 2 Comments so far
Memang benar kata orang, bila seseorang yang kita sayang memang kita ingat denganya apalagi dengan kenangan saat bersama. orang yang maksudkan oleh Cik Siti adalah ayah Cik Siti. dalam diam dah 17 tahun ayah Cik Siti pergi menghadap illahi...

banyak kenangan dengan arwah ayah terutama sekali semasa Cik Siti kecil. masa kecik dulu Cik Siti tinggal dengan nenek. selalu kalau cuti sekolah yang paling seronok. yelah....dapat balik segamat. dapat tengok bonda adik dan bakal adik(mase tu adik Cik Siti baru nak dilahirkan)..tahun 1984 Cik Siti darjah satu dan selalu sahaja menghitung bila cuti sekolah. kalau cuti sabtu ahad dia balik mesti belanja Cik Siti jamu ABC kat kedai pak kadir... Cik Siti selalu nak yang ABC gunung. lagi tinggi lagi Cik Siti suka.

Yang paling best sekali kalau nak balik segamat. Cik Siti selalunya balik dengannya naik motor. dari melaka ke segamat mengambil masa 2 jam dan selalunya dia akan berborak sepanjang perjalanan supaya Cik Siti tak tertidur. yelah budak darjah satu mana nak duduk satu tempat. naik motor memang sakit pinggang. apa yang tak tahan kalau lalu depan kawasan batu 6 di segamat yang memang orang kata 'keras'. dia bukak cite hantu lagi le Cik Siti tak boleh nak lelap atas motor tu...

memang tak boleh ingat sampai bila-bila....

NOte: ada seorang pelanggan regular Cik Siti yang seriras dengannya... dan Cik Siti pernah beritahu dengan dia yang wajahnya seiras dengan arwah ayah Cik Siti. dan bila dia datang dia mesti tanya.... "Macam mana hari ni? sihat?"

XO person

Teratak pena | Tuesday, January 25, 2011 | 2 Comments so far
Hi semua.... semoga ceria di petang hari ini.... sambil menantikan member-member habis kerja nak coret sikit kat blog comel ni(perasan betul kan?) siapa tahu XO? nak capai XO person ni memang le semput dada ni. XO ni adalah singkatan dari X-tra Ordinary. bak kata orang pangkatnya lebih tinggi dari yang terbaik. senang cerita yang sempurnalah. ada beberapa list yang perlu kita tanamkan dalam hati dan sanubari untuk mencapai XO ni.....

1) NO GOSSIP- kalau gossip satu kerja pun tak jalan dan cerita yang betul
pun ada masa jadi tak betul

2)NO BLAMMING-jangan nak marah-marah orang atau pun nak jangan suka mencari
kesalahan orang lain sebab kadang kala kesalahan itu ada masanya datang dari
kita juga

3)NO EXCUSES-jangan berdolak-dalik dan memberi alasan setiap kerja yang
diterima apalagi mencari alasan yang tidak munasabah...

4)NO COMPLAINT-yang penting. jangan nak mengadu setiap apa yang kita
perolehi... setiap kali kita mengadu kita akan jadikan sesuatu keadaan itu
menjadi lebih rumit.

yang sebenarnya menjadi XO person ni memang susah apa lagi kita sebagai manusia. ada masa kita akan bergossip, ada masa kita akan marah dan mencari kesalahan orang lain, sering mencari alasan yang mungkin dapat melarikan diri dan tidak berpuas hati dengan tahap diri sendiri.

namun kalau kita dapat kurangkan ada satu perasaan baru yang timbul.... iaitu.... TENANG.

Note: ini yang Cik Siti belajar dalam motivasi tahun lepas.... just nak kongsi...

Berkat baju kurung ibu

Teratak pena | Tuesday, January 25, 2011 | Be the first to comment!
en3 kali ni nak cite pasal baju kurung bonda cik Siti yang mana dah selamatkan Cik Siti dari kena ragut. Cite ni berlaku rasa-rasa 5 tahun lalu.... mase tu dekat opis lama Cik Siti..

Cerita bermula masa Cik Siti nak balik dari kerja. dulu keja tak ada uniform lagi. so pakailah baju kurung. baju kurung yang bonda buat. Bonda kalau buat baju kurung memang ada kocek punya.
memang perangai Cik Siti suka keluarkan h/p dan beg duit dan letak kat kaunter. takut letak kat loker nanti kalau hilang buat naye je....

masa balik tu Cik Siti angkut h/p dengan beg duit dan masukkan dalam kocek baju kurung. beg tangan Cik Siti bawak macam biasa. masa tu Cik Siti tumpang member sebab memang tinggal satu blok. member Cik Siti dok tengah kunci pintu dan Cik Siti tengah usya nyoya jalan kaki.

itulah bak kata malang tak berbau, Cik Siti perasan ada motor dan tak adalah fikir yang bukan-bukan. tapi.... tak sangka motor tu meyimpang sikit dan mendekati Cik Siti dan Zap!!!! Cik Siti tersentak. lidah Cik Siti kelu.... bila kawan Cik Siti berpaling baru Cik Siti jerit. tak sempat nak kejar perompak tu dah hilang. yelah... mana nak lawan kaki dengan motor.


member Cik Siti tanya juga apa yang ada dalam beg tu? nak buat report polis tak? Cik Siti dok ingat balik.... yang ada dalam beg tangan tu... cuma kunci rumah.... beg duit dan h/p? dalam saku baju kurung Cik Siti. mungkin sebab Tuhan masih sayang lagi Cik Siti dan masih ada rezeki untuk Cik Siti. akhirnya Cik Siti tumpang rumah mak sedara sebelum tunggu hubby Cik Siti.

Erm.... nasib baik ada baju kurung bonda Cik Siti.... sampai sekarang Cik Siti fobia. kalau jalan dok beringat. pastikan beg tangan tu jangan mengadap jalan. kalau tunggu bas pastikan beg tangan dihadapan.

note: berhati-hati di jalan raya ye.... beringat sebelum kena

Gegar Blog: Dari Ben Ashaari

Teratak pena | Saturday, January 22, 2011 | 3 Comments so far

Okey memandangkan Cik Siti tak de keje lain nak juga join Gegar Blog dari saudara Ben Ashaari ni...

Okey, sesiapa yang nak join, jom.... terjah kat cni

http://www.benashaari.com/2011/01/panggilan-terakhir-gegar-blog.html


Note: semoga Cik Siti tersenarai...

Berhati-hati memilih kawan

Teratak pena | Friday, January 21, 2011 | 5 Comments so far
Cilok dari Encik google


Kawan, rakan dan sahabat.... setiap insan perlukannya. Namun ianya tertakluk bagaimana kita mencari kawan. adakah kawan yang memberi kita akan kebaikan atau kawan yang mengajak kita menyimpang jauh dari prinsip hidup. dari sini kita perlu bijak memilih kawan.

kawan yang baik senantiasa berada disamping kita ketika susah dan senang, menegur kita dari segala kemungkaran serta daripada melakukan kesilapan. bagaimana pula kalau kita tersalah pilih? mulalah datangnya kata-kata 'kawan makan kawan' 'kawan tikam dari belakang' dan ada juga kawan yang mengajak kita ke jalan yang tidak diredhai...


betapa takutnya jika tersalah pilih kawan. segala perjalanan hidup kita akan berubah. kalau baik, tidak mengapalah.... kalau sebaliknya? sendiri mahu ingat. dan bila saat dia menjauhkan diri segala yang telah berlaku tidak boleh diundur lagi. nasi sudah menjadi bubur. nak menyesal pun tak ada gunanya.

Cik Siti selalu bertanya kepada anak, siapa nama kawannya di mana dia tinggal bagaimana tingkah lakunya sebab Cik Siti takut kalau dia salah pilih kawan walau pun dia masih darjah satu. bukan Cik Siti nak jaga tepi kain dia, cuma Cik Siti nak pastikan dan hati ibu mana yang tidak risau dengan pergaulan anak-anak.

zaman sekarang memang susah mencari kawan yang baik dan memang tak susah mencari kawan yang boleh merosakkan kita... sebelum berkawan selami dulu hati budi... latar belakangnya agar kita tidak menyesal kemudian hari.....


apa-apa hal.... jom layan lagu ni



note: Cik Siti memang gembira dengan kawan-kawan cik Siti sekarang ni...

Segmen: Bermadah Pujangga oleh Ben Ashaari

Teratak pena | Wednesday, January 12, 2011 | 7 Comments so far


Okey, kali ni Cik Siti nak join segmen dari Encik Ben Ashaari(BA) iaitu SEGMEN: BERMADAH PUJANGGA. En Ben ada beri gambar dan ukirkan madah berkenaan dengan gambar tersebut... okey... inilah madah yang Cik Siti telah hasilkan...




HIDUP BERTUNJANGKAN AKAR PRINSIP
TINGGI MENGGAPAI AWAN IMPIAN
DAUN MASA PADA SERAT DETIK
TERTULIS HARAPAN
GENGGAM TERIKAT



okey tak? layan jelah ye...

kepada sesiapa yang join boleh join disini

Note: ini segmen yang kedua yang Cik Siti sertai...

Lagu Peningkat Motivasi

Teratak pena | Wednesday, January 12, 2011 | 4 Comments so far
Kali ini Cik siti nak jamu halwa telinga kepada blogger-blogger semua... en3 kali ni adalah entri untuk meningkatkan motivasi diri terutama sekali kita sedang bersedih. lagu-lagu ni yang biasa kita dengar dan mungkin ada yang kita minat.


Lagu Cik Siti biasa dengar dan menyayi tatkala Cik Siti tengah 'down' atau tengah sedih. bila dengar lagu ni macam terubat sikit rasa sedih tu. ibarat lagu ni sebagai terapi untuk Cik Siti. lagu ni juga mengingatkan bahawa masih ada insan lain yang mempunyai masalah yang lebih rumit lagi.


Okey, lagu ni Cik Siti biasa dengar masa selepas waktu bekerja. masa pelanggan dah balik dan Cik siti tengah buat balancing... ibarat Cik Siti dah berjaya melalui hari itu dengan kerenah pelanggan yang bermacam ragam. lagu ni banyak menaikkan semangat Cik Siti.

Berikut lagu-lagu motivasi yang ada dalam handphone Cik Siti bila Cik Siti dengar selepas waktu bekerja.





note:ermmmm.... memang suka layan lagu-lagu motivasi ni...

Berpegang Dengan Rukun Negara

Teratak pena | Monday, January 10, 2011 | 4 Comments so far

Kalau kita bertanya kepada adik-adik atau anak-anak kita semestinya mereka menghafal dengan lancar akan Rukun negara kita. Cuba kita berpaling dan jari telunjuk kita berpatah semula kepada diri kita semula? ada yang mengingatinya dan ada juga yang terlupa.

Namun itu bukan persoalannya. Bukan sekadar menghafalnya namun pernah kita memahami apa lagi menguna pakai setiap perkatan dan baris? Tepuk dada tanya selera

Cik Siti rasa sudah tiba masanya kita berpegang teguh dan berpaksi dengan rukun negara kita yang mungkin kita kian lupa. bukan sahaja untuk kita, malah semuanya adalah untuk anak dan cucu kita masa akan datang... segalanya terletak di tangan kita.

Setiap perkataan dan baris banyak memberi maksud dan keberkesanan dalam intipatinya... setiap rakyat yang berpayung di bawah status kewarganegaraan semestinya menghayati dan Cik Siti yakin.... jika kita menghayati dan mengamalkan sudah tentu kita akan menjadi warganegara berjaya dan negara akan terus dihormati..

note: semangat patriotik le pulak

Bila kemampuan anda dipandang sebelah mata

Teratak pena | Saturday, January 08, 2011 | 4 Comments so far

Apa perasaan bila kemampuan dan krebiliti anda tidak dihiraukan? memang le rasa rendah diri tu ada. sedih pun ada dan tak nafikan sakit hati... tapi.... kita jangan lupa dengan kekuatan yang kita ada. semangat dan kesungguhan boleh membuka mata setiap mereka yang pernah merendahkan kemampuan kita.

yang ini adalah pengalam Cik Siti dua tahun lepas bila penyelia Cik Siti bercuti bersalin dalam 4 bulan.... 2 bulan warded dan 2 bulan bersalin.... bayangkan Cik Siti kena godek bank recon yang memang memeningkan kepala setiap bulan. sudahlah Cik Siti tak beberapa mahir, and then keluar satu statement yang betul-betul membuatkan Cik Siti sentap. kata-kata tu datang dari Finance yang memang menjaga kami. "Boleh ke dia buat bank recon? pandai ke dia?" dush! tahulah cik Siti tak pernah belajar akaun... kata-kata seperti itu boleh buat kita lemah semangat.

Cik Siti wat tak tahu dan dengan kata-kata itulah yang membuatkan kita bersemangat untuk belajar. Untuk dua bulan pertama memang nak menangis... bukan seratus dua nak buat balancing. hua.... Cik Siti bagai nak demam... tapi Cik Siti kuatkan semangat yang kita boleh lakukan dengan semangat dan keyakinan.

dan keputusannya untuk empat bulan Cik Siti berjaya menguasai bank recon dan tinggalkan variece(betul ke ejaan?) '0'... bangganya....

So kepada yang kemampuannya sering diperlekehkan itu tidak bermakna kita ni lemah dan tidak boleh melakukannya tetapi kita mampu melakukan dan malah ada masanya kejayaan itu lebih dari yang kita harapkan...

Layan lagu ni ye...



Note: sampai sekarang Cik Siti masih boleh buat bank recon...insyallah....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page