Berkat baju kurung ibu

Teratak pena | Tuesday, January 25, 2011 |
en3 kali ni nak cite pasal baju kurung bonda cik Siti yang mana dah selamatkan Cik Siti dari kena ragut. Cite ni berlaku rasa-rasa 5 tahun lalu.... mase tu dekat opis lama Cik Siti..

Cerita bermula masa Cik Siti nak balik dari kerja. dulu keja tak ada uniform lagi. so pakailah baju kurung. baju kurung yang bonda buat. Bonda kalau buat baju kurung memang ada kocek punya.
memang perangai Cik Siti suka keluarkan h/p dan beg duit dan letak kat kaunter. takut letak kat loker nanti kalau hilang buat naye je....

masa balik tu Cik Siti angkut h/p dengan beg duit dan masukkan dalam kocek baju kurung. beg tangan Cik Siti bawak macam biasa. masa tu Cik Siti tumpang member sebab memang tinggal satu blok. member Cik Siti dok tengah kunci pintu dan Cik Siti tengah usya nyoya jalan kaki.

itulah bak kata malang tak berbau, Cik Siti perasan ada motor dan tak adalah fikir yang bukan-bukan. tapi.... tak sangka motor tu meyimpang sikit dan mendekati Cik Siti dan Zap!!!! Cik Siti tersentak. lidah Cik Siti kelu.... bila kawan Cik Siti berpaling baru Cik Siti jerit. tak sempat nak kejar perompak tu dah hilang. yelah... mana nak lawan kaki dengan motor.


member Cik Siti tanya juga apa yang ada dalam beg tu? nak buat report polis tak? Cik Siti dok ingat balik.... yang ada dalam beg tangan tu... cuma kunci rumah.... beg duit dan h/p? dalam saku baju kurung Cik Siti. mungkin sebab Tuhan masih sayang lagi Cik Siti dan masih ada rezeki untuk Cik Siti. akhirnya Cik Siti tumpang rumah mak sedara sebelum tunggu hubby Cik Siti.

Erm.... nasib baik ada baju kurung bonda Cik Siti.... sampai sekarang Cik Siti fobia. kalau jalan dok beringat. pastikan beg tangan tu jangan mengadap jalan. kalau tunggu bas pastikan beg tangan dihadapan.

note: berhati-hati di jalan raya ye.... beringat sebelum kena

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page