Anak Cina

Teratak pena | Sunday, January 30, 2011 |

Pernah tak orang bertanya "Anak awak ke ni?" ??? blur juga kalau orang tanya macam tu. Inilah yang Cik Siti nak cite. Pasal anak Cik Siti yang bongsu. Nama Nabilah berumur 3 tahun.

Cerita terjadi pada tahun lepas masa Cik Siti shopping kat Giant Kota Damansara. Nak jadikan cerita Cik Abang dok pergi temujanji dengan Cik Tan(Toilet). Tinggallah Cik Siti dengan anak-anak yang bersenauk(Orang melaka kata bising).

kemudian datang seorang promoter kat Cik Siti dan memperkenalkan barangnya. Cik Siti pun dengan lembut kata "TAK NAK".

dia tanya lagi.... "Kak, nak tanya sikit boleh tak?"
"Apa dia?"
"Ini anak akak ke?" Cik Siti blur sekejap. Cik Siti pandang muka anak Cik siti. yelah mana tahu anak orang pulak yang duduk dalam troli.
"Ye... ini anak akak. kenapa?"
"O.... ingatkan akak jaga anak cina. muka dia memang macam cina."
"Ye ke?" Dalam hati Cik Siti dok urut dada. sembilan bulan tu mengandungkan dia.
"Ayah dia cina ke kak?"
"Tak adalah. ayah dia melayu."
"Maaflah kak. mati-mati saya ingat akak jaga anak cina."
"Tak pe.... bukan adik sorang je yang cakap. okeylah...akak balik dulu ye..." Cik Siti berlalu dan tersenyum. memamg ramai dok usya anak Cik Siti yang sorang ni.


Tak tahu macam mana acuannya. tapi muka tu ada le ikut Cik Siti. Mungkin terkenan dengan telatah pelanggan cina di opis Cik Siti.... ermmmm Nabila.... Nabila....

Note: Pelanggan di Kepong 99% cina. mahu tidak muka tu ikut muka cina

3 comments:

  1. hehehe.... itu le pasal orang selalu kata dia anak cine

    ReplyDelete
  2. saya sendiri tak tahu sebab apa mata saya sepet
    adik beradik lain nampak luas je
    hehe

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page