#8 Wordless wenesday

Teratak pena | Wednesday, November 30, 2011 | 2 Comments so far


Kredit to Cik Nurul(Dinda Cik Siti)

Lirik Lagu: Perhentian (Wings)

Teratak pena | Monday, November 28, 2011 | 2 Comments so far
Perhentian
Artist: Wings

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri




Apa yang penting??? Confidence

Teratak pena | Sunday, November 27, 2011 | 5 Comments so far


Cerita yang nak kongsi bersama ni ada kena mengena dengan confidence level yang tinggi. biasanya confidence boleh diukur semasa orang bertanya dengan kita. kalau bertanya confidence tu adalah penting di dalam mengukur sejauh mana kita menetapkan pendirian kita. lagi pula yang bertanya itu memang seorang yang psiko. sekali tanya, kita ok. dua kali tanya kita boleh senyum lagi. kalau kali ketiga dia tanya, silap haribulan mahu kita nak tukar jawapan. Tapi.... kalau confidence kita tinggi orang tanya sepuluh kali pun kita akan berikan jawapan yang sama.

Cerita yang Cik Siti nak sampaikan berkenaan dengan puteri Cik Siti yang tengah. Si Syasya yang penuh dengan keyakinan yang tinggi. okey, cerita ni terjadi bila Cik Siti tanya kalau dia tahu bahasa Inggeris.

jom layan lakonan semula dari Cik Siti.

Cik Siti: Kakak, tahu cakap bahasa inggeris tak?
Syasya: Tahu... (dengan penuh bangga dan confidence)
Cik Siti: Okey, ibu tanya kakak jawab ye.
Syasya: okey.
Cik Siti: What is your name?
Syasya: (tanpa bertanya maksudnya dia terus menjawab) Hai!
Cik Siti: what is your name?
Syasya: Hai! (okey... Cik Siti boleh tahan lagi)
Cik Siti: what is fahter's name?
Syasya: I know
Cik Siti:what is your mother name?
Syasya: okey.
Cik Siti tak boleh tahan lagi. Nak gelak kesian. last sekali Cik Siti tanya dia.
Cik Siti: kakak faham ke apa yang ibu tanya?
Syasya: tak...
Cik Siti: Habis tu kenapa kakak jawab?
Syasya: I know
pek! Cik Siti tepuk dahi....


Dia ni memang punyai confidence level yang tinggi. semoga dia teruskan tahap keyakinan tu...

Harapan yang menggunung

Teratak pena | Sunday, November 27, 2011 | 2 Comments so far
Kredit by google

Sudah lama betul tak updated blog ni... BW pun dah lama tak buat... silap haribulan mana yang selalu jengah blog Cik Siti lari entah kemana. dengan harapan dan kekuatan, Cik Siti mulakan semula enjin yang dah lama tak dihidupkan.

Nantikan Cik Siti akan datang.... baru nak kumpul mood berblogging sebab dah lama tinggalkan....

Selamat Hari Raya Kepada Semua...

Teratak pena | Sunday, November 06, 2011 | 1 Comments

kredit by google

Minta maaf kepada semua yang menanti akan cerita Cik Siti.... sebabnya Cik Siti sekarang ni tengah ding dong... note book Cik Siti rosak. huhuhu internet mantop note book lak yang meragam... sebab itu Cik Siti tak dapat nak updated blog... minta maaf semua ye...

dan tak lupa juga...

Kepada yang wish bithday Cik Siti di wall FB terima kasih banyak-banyak....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page