Malam Bersama Keluarga.....

Teratak pena | Wednesday, August 29, 2012 | Be the first to comment!
Raya....Raya...Raya.... mana-mana sekarang ni sibuk cerita pasal raya.  La ni Cik Siti nak ceritakan corat-coret raya lepas.  Macam biasa, malam ketiga raya keluarga sebelah bonda Cik Siti akan buat ikan bakar.  Macam tahun-tahun sudah.  Jom kongsi gambar yang Cik Siti sempat snap hari tu....


Nasi lemak 2 singgit.... dibungkus baik oleh mokde+maktam+makuteh+maklah+makngah+mak Ita+seluruh warga dapur....


Otak-otak dari batu berendam.  Mak Ita Cik Siti yang bawa.... Sedap..... sehinggakan Pak dare yang duduk kat Arab tu pun nak bawak kat sana.... Cik Siti tanya juga... tak kena tahan ke nanti????

ikan yang sedang disemadikan....


Bakar! bakar lagi!


Itu dia... tunggu nak semadikan dalam perut je...


Sosej kegemaran anak-anak kecil.....

Yang sebenarnya bukan keluarga sebelah Cik Siti je yang buat.  Sebelah Cik Abang pun buat juga.  tapi dia orang buat pada malam keempat.  tahun lepas Cik Siti tak dapat join sebab Cik Siti dah balik.  komitment pada kerja katanya.... So.... rezeki Cik Siti...Jom layan gambar kat bawah ni....

Menu yang sama.... itu namanya jodoh.... sama tapi tuan lain.... rasa pedas dan sedap.

Itu dia.... ayam bakar.... keluarga sebelah Cik Abang mereka buat ayam bakar, sosej, otak-otak dan kambing bakar bersama dengan tomyam....nyum...nyum....

Menyelerakan, kan?????  sedap sangat!!!!


Itu dia... ayam dan sosej yang telah diperap....

Tahun ni memang seronok.  bukan setakat dapat cuti seminggu, tapi dapat berkumpul bersama sanak saudara....

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita buat lagi....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA......

Shopping Selepas Raya

Teratak pena | Wednesday, August 29, 2012 | 2 Comments so far
Hi Blogger semua!

Masih dalam mood raya lagi ke?  rasanya masih ada yang masih lagi penuh dengan rumah terbuka setelah pulang dari berhari raya di kampung kan? masa balik dari kampung hari tu sempat juga Cik Siti singgah di Mydin Melaka untuk memenuhi impian Cik Siti. apa dia? Jom layannnnn...

Yang sebenarnya sebelum raya Cik Siti dah berangan dan impikan nak cari langsir.  maklumlah dah tiga tahun langsir tak bertukar. Namun bila mengenangkan masa tu gaji awal dan juga OverTime pun tak ada, jadi Cik Siti simpanlah niat tu.  Tak pe... kalau ada rezeki tu bila-bila pun boleh beli.

Jadi bila dah balik kampung, ada rezeki lebih Cik Siti ajak Cik Abang ke Mydin.  Di kata nak buat apa? 
"Adalah...."
sampai sana Cik Siti tak pergi kat tempat lain.  Cik Siti terus tuju kat tempat langsir. tengok langsir yang dah siap.  jadi bila dah berkenan dan tengok kain pun boleh tahan tebalnya, dan Cik Siti berpuas hati dengan kualitinya jadi Cik Siti pun ambik. kosnya? 230.00 untuk tingkap 3 panel tp Cik Siti beli yang sliding 8' sebab dia boleh menutup seluruh dinding. Cik Siti pun beli dengan langsir pintu 2 helai yang sama corak dan kain.  sebenarnya Cik Siti bajet dalam RM 300.00 tp bawah dari tu Cik Siti berasa syukur sangat.

Jadi tahun ni.... dapatlah beraya dengan langsir baru. al-hamdulillah... rezeki yang allah beri. syukur sesangat. Sebab tu balik kampung hari tu 2 jam boleh jadi 4 jam.  sebab melencong kat tempat lain. Hehehe....

Apa pun ada  segala hutang kuih dan baju semua dah settle.  sebab tu Cik Siti berani nak beli.  kalau tidak, tunggu kalau ada rezeki lebih....

Al-hamdulillah.....

Memulakan Tugas

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 | 3 Comments so far
                                       kredit dr google

Seminggu lamanya Cik Siti bercuti, maka bermulalah untuk menyambung tugas semula esok hari.  malas? tipulah kalau kata semangat nak kerja esok.  yang si kecik tu pun dah bersuara:

Cik Siti: Esok ibu kerja, Abby duduk dengan Mama ye?
Abby: na nak... nak duk dengan ibu...
Cik Siti : Mana boleh?  ibu kerjalah.
Abby: ibu cutilah...
Cik Siti;  ingat TM tu ibu yang punya ke?
Abby: ibu beyilah TM...
wah!  tinggi angan tu... mampu?  tak tahulah apa cerita yang si kecik tu nanti esok.  mahu menangis bila nak hantar dia... apa pun kepada yang sudah lama bercuti dan akan memulakan tugas esok, selamat bertugas dan semoga berjaya....

Okey.... adios....

Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 | 2 Comments so far

Salam Raya semua....
 Setelah en3 agak beremosi sebelum ni, kali ni Cik Siti nak buat en3 utk Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom. dah lama tak join give away ni....

en3 istimewa ini buat Cik Tom,
Yang sebenarnya dah lama Cik Siti follow cik Tom. entah mengapa kali rajin pulak nak join giveaway ni. bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... betul tak? lagi pun nak cuba nasib.  mana tahu ada rezeki.  apa yang penting... dapat mengeratka hubungan sesama blogger.
terima kasih banyak pada Cik Tom yang sudi buat giveaways ni...

mula-mula Cik Siti kenal dengan Cik Tom masa blog walking.  minat blog Cik Tom terus Cik Siti follow dia... join giveaways ni?  saja nak isi masa lapang... boleh pakai ke alasan ni?  okey kot?

Okey, entri yang paling Cik Siti suka sepanjang Cik Siti join dunia blog ni:

http://bayuk3nangan.blogspot.com/2011/03/terkenang-semasa-dulu.html

ini adalah kandungannya:
Terkenang semasa dulu....
Hatiku menjadi rindu....

Erm... kalau waktu sunyi je tetiba kita teringat dengan cerita-cerita dulu. terutama sekali zaman kanak-kanak ribena. wa.... rasanya nak kembali ke zaman dulu lak. masa kecik Cik Siti tinggal dengan nenek (masa tu Cik Siti darjah satu) tahun 1984. lama kan? masa dulu susah nak jumpa dengan televisyen kaler(kata budak kecik) yang ada cuma TV hitam putih je. pas tu peti ais pun tak ada. kalau nak pun kena tumpang jiran. biasanya time nak raye... bila teringat pasal peti ais ni ada cerita disebaliknya.

Cerita bermula masa malam raya. biaslah malam raya bukan ke sibuk. nak buat ketupatlah... nak buat rendanglah.... nak buat kuah kacanglah... jadi Cik Siti dan beberapa orang pak dare Cik Siti ditugaskan pergi ke rumah jiran sebab kita orang tumpang ayam dengan daging di sana. jaraknya kira-kira sepelaung. maksudnya lebih kurang 100 meter. maka berjalanlah kami ramai-ramai.... sambil membaca al-fatihah dan surah-surah yang kami tahu tanpa kami hiraukan tadjwidnya.

Fuh! lega... dah sampai. dah sampai rumah jiran ye. kami beri salam dan bila dah dapat ayam dengan daging maka bermulalah sekali lagi debaran untuk melalui hutan di sebelah kanan... kami baca al-fatihah dengan kuat kalau boleh sampai satu kampung boleh dengar. tetiba kami terlihat akan 'makhluk' yang menghalang kami jalan. namun belum sempat kami nak habiskan al-fatihah kami dah meraung separuh gila. masing-masing lari lintang pukang. tapi 'makhluk' tu pun lari sama. apa lagi? kami berlari macam tak cukup tanah.

sampai kat rumah nenek kami semput separuh nyawa. lepas tu mak dare Cik Siti (yang masa tu dia darjah 6) bertanya.
"kenapa korang lari?"
"La.... Mak Lah ke tadi?" dia angguk.
"Kenapa Mak Lah pulak yang lari?"
Nak tahu apa dia jawab? "Sebab korang lari... Mak Lah pun larilah... Mak Lah ingat belakang Mak Lah ada 'benda'. Tak tahulah pulak Mak Lah buat macam tu korang lari."
"Mahu tak lari dalam gelap." Malam tu juga kita orang anti lak dengan Mak Lah. yelah... marah sangat.

Bila teringat kelakarlah pulak. Sekarang ni TV dah canggih. Peti ais nenek pun dah ada dua. (satu yang rosak) buat simpan barang. Yang best konon nak takutkan orang akhirnya diri sendiri yang takut.

note: Bestnya zaman kanak-kanak

##########
yang sebenarnya blog Cik Siti banyak menceritakan tentang masa lalu Cik Siti.  sebab itu Cik Siti namakan blog Cik Siti Bayu Kenangan. tak kiralah masa kecik atau masa kini... janji semuanya ada kena mengena dengan kenangan yang mungkin tidak boleh Cik Siti lupakan...

akhir kata:

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak MahhDania Eryati, Onlajer, NazriHatiputera, EielaRina Avail, Akhiyy, HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

Terima Kasih, Cik Tom....

Kenangan yang ditinggalkan....

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 | 2 Comments so far
                                              kredit dari google

Hari raya yang lepas, Cik Siti bercuti seminggu lamaya.  Cik Siti balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya.  bila malam tu, kampung Cik Siti seperti sudah menjadi tradisi akan ada takbir di setiap rumah.  memang sejak dulu lagi.  malam tu nak hidangkan ketupat rasanya setiap rumah memang dah ada hidang makanan wajib tu.  so..... bonda Cik Siti buat roti jala dengan cucur udang. sebab memandangkan rumah Cik Siti adalah yang tengah-tengah takut ramai yang dah kenyang makan.  mahu tidak malam tu Cik Abang balik dari kenduri tu pun pukul 130 pagi.  masa rumah Cik Siti masih ada 8 atau 10 buah rumah lagi.  masa tu jam dah pukul 1100 malam.

Yang sebenarnya isi yang Cik Siti nak kongsi adalah pada hari raya pertama.  apabila pak sedara sebelah ayah datang ke rumah.  masa tu lah Cik Siti tahu akan hal yang selama ini hanya menjadi cerita orang lain dan kini ianya menjadi cerita saudara sendiri.  Bila dikatakan harta pusaka sudah bertukar tangan, dan yang sedih dengan orang luar, betapa ralat hati Cik Siti.  bila dikatakan 'sudah jual', serta-merta kenangan Cik Siti kepada tanah itu dan rumah tua yang kini sudah tiada serta merta  menerjah dalam kotak fikiran Cik Siti.  Cik Siti terbayangkan pokok kuini yang menghasilkan buah yang manis, buah rambutan merah yang ranum, pokok jambu di depan rumah, dan perigi buta tempat Cik Siti bermian masa kecil, kini sudah tiada!

Saat bicara kuasa pada 1995, selepas arwah ayah meninggal, segala tanah pusaka dibahagi.  ketika itu Cik Siti pun baru je 18 tahun. tapi... pedulilah.... Cik Siti tak ambil port pun sebab itu adalah rezeki masing-masing.  tetapi kini.....

betapa sedihnya hati saat tanah kenangan itu hilang dari salasiah keluarga Cik Siti.  mungkin ada sebab mengapa dia menjualkannya.  namun puas difikir, namun Cik Siti tidak dapat mencari jawapannya. kerja?  Pak sedare Cik Siti kerja bagus.  lebih bagus dari arwah ayah.  anak?  seorang sahaja yang belajar.  yang sulung sudah kahwin dan yang kedua sudah bekerja.  kemudian... terfikir.... o.... mungkin dia menjualkan tanah untuk anaknya belajar diluar negeri kot? dia sahaja yang tahu jawapannya.

tanah itu banyak meninggalkan kenangan.  sebab Cik Siti banyak menghabiskan masa dengan arwah atok masa kecik dulu.  sebab masa darjah satu (1984)  Cik Siti tinggal kat kampung.  masa tu rasa dengan atok bukan main manja lagi Cik Siti masa tu.  yelah.... apa yang nak semua dapat.  dengan arwah mak sedare pun bila dia balik kerja mesti seluk dalam poket dan ambil gula-gula.  kalau musim kuini, pagi-pagi dah keluar tengok kalau ada yang gugur.

tiadakah kenangan untuk dia kenangkan? tanah pusaka bukan dari titik peluh dijual dengan harga yang tidak dapat ditafsirkan oleh minda.  Bukankah tanah pusaka adalah tanah tinggalan untuk anak dan cucu? andai sudah tiada tanah pusaka, kemanakah langkah anak dan cucu seandainya tiada rezeki diperantauan?  seandainya sudah tiada tanah pusaka kemanakah langkah seandainya kita dibuang oleh anak dan menantu?

tanah itu sudah tinggal kenangan.... kenangan yang tak boleh Cik Siti lupakan.... Cik Siti mungkin boleh memijak tanah itu, namun perasaan bangga sudah hilang.  kerana tanah pusaka itu sudah tiada kamus dalam keturunan 'Yaacob@Akob'. yang paling sedih, di situlah rumah tua... tempat yang pernah mengumpul sanak saudara ketika hari raya dan kenduri-kendara....

bila mendengarkan berita itu.... teringat akan kata orang, menjual tanah pusaka tiada senang dalam kamus hidup mereka?  benarkah??????

Panjang lebar pulak cerita Cik Siti hari ini.... cuma meluahkan perasaan.... dan juga menjadi pengajaran untuk semua dan terutamanya Cik Siti....


Teratak pena | Sunday, August 19, 2012 | 1 Comments
salam semua!!! Pejam celik, pejam celik dah nak raya. tahun ni agak best sebab Cik Siti dapat cuti selepas raya. so... Cik Siti balun le sampai satu minggu. Cuti ada lagi... selagi ada... tahun ni dapatlah tebus mana yang tak dapat pergi tahun sudah...

So... Cik Siti nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua blogger dan follower cik Siti...

Adios...

Persediaan hari raya

Teratak pena | Wednesday, August 15, 2012 | Be the first to comment!
Hai... semua...

Rasanya ramai yang dalam mood nak raya, kan?  macam mana dengan persiapan tahun ni?  macam biasalah... ala kadar jelah kan? bila umo dah meningkat ni, rasanya raya tu yang seronok cuma anak-anak.  tapi dalam erti kata ala kadar pun baju baru pun nak beli juga.  kuih pun bertelap-telap.  kat opis tu sape yang jual kuih kita pun nak menempel muka membeli.

Duit raya? tahun yang paling best!  sebab apa?  semua dapat duit baru.  lepas tu lak ada duit 20 ringgit.  tapi Cik Siti lebih suka duit singgit yang lama berbanding yang baru ni. sanggup Cik Siti cari duit lama yang masih baru untuk angpow tahun ni.  sebab apa?  duit singgit baru ni memang susah nak kira. licin dan juga melekat. nak guna mesin?  sampai pagi esok total tak pernah yang betul.  huhuhu...

Apa pun tahun ni Cik Siti dapat cuti selepas raya.  maksudnya Cik Siti akan bercuti dari sabtu minggu ni sampai ahad minggu depan.  yelah... tahun lepas dah cuti sebelum.  so tahun ni turn Cik Siti cuti selepas.

Okeylah... sebelum nak undur diri, Cik Siti nak hidangkan lagu kegemaran Cik Siti...


bidan terjun jadi kerja tetap

Teratak pena | Saturday, August 11, 2012 | 2 Comments so far


Ingat tak lagi masa Cik Siti cite pasal Cik Siti sibuk menggantikan admin Cik Siti yang cuti bersalin dulu? Erm... nampaknya kerja tu dah jadi kerja tetap Cik Siti.  hahaha.... tak tahu nak cakap apa.  Bos kata, 
"Kak Shim... jadi admin je le..." Boleh ke bos????? bos angguk.  Boleh....  yakin boleh.

Mencabar juga jadi admin ni.  yelah.... merangkap PA bos.  nasib baik dapat bos yang suka menolong.  mana yang Cik Siti tak sempat, dia dah buat.  Thanks Bos...

Bukan senang nak control 31 orang ni. (termasuk Cik siti) OT tiap-tiap bulan kena submit.  kalau tak dapat OT, Akak juga yang kena.  Report sebelum 3HB dah kena hantar.  nasib baiklah semuanya boleh tengok kat sistem. kalau nak kutip sorang demi sorang mahu terkeluar anak tekak Cik Siti.

Kat admin juga tempat dia orang mengadu masalah.  mahu tidak.... lepas sorang, sorang yang dok jumpa.

"Kak Shim, nak A4 paper."

"kak Shim nak A4 warna biru"

"Kak Shim.... nak ubat stapler"

"kak Shim.... kertas QMS dah habis."

"Kak Shim! pen ada tak?"

"Kak Shim, nak punch kad bulan lepas nak buat time sheet"

"kak Shim.... tonner kaunter depan dah habis."

"Kak Shim!"

"Kak Shim!"

"AAAAPPPPPAAAA!!!!"

"Alamak..... Kak Shim dah marah... nak tukar warna hijau tu...." (cakap le... yang Cik Siti nak jadi hulk)

Pening tapi seronok. penat tapi puas.  walau bagaimana pun Cik Siti still backup ketua hasil Cik Siti.  Selamat datang ke alam kerja baru.... semoga berjaya....

Chaiyok CIK SITI..... Yakin Boleh...


Teratak pena | Saturday, August 11, 2012 | Be the first to comment!
rindu sangat nak menaip dalam teratak Cik Siti ni. ada banyak cerita tetapi rasa macam susah nak lepaskan rasa penat yang masih lagi bersarang. angan tinggal angan. azam dan macam tinggal sepi. macam manalah nak berjaya macam ni ye tak? tenggelam celup dalam dunia blog ni.
inilah dia kalau sindrom malas mula melanda. mahu pulak bila dulu jadi bidan terjun sekarang dah jadi kerja tetap...wa....wa....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page