"Kak Shim... jadi admin je le..." Boleh ke bos????? bos angguk. Boleh.... yakin boleh.
Mencabar juga jadi admin ni. yelah.... merangkap PA bos. nasib baik dapat bos yang suka menolong. mana yang Cik Siti tak sempat, dia dah buat. Thanks Bos...
Bukan senang nak control 31 orang ni. (termasuk Cik siti) OT tiap-tiap bulan kena submit. kalau tak dapat OT, Akak juga yang kena. Report sebelum 3HB dah kena hantar. nasib baiklah semuanya boleh tengok kat sistem. kalau nak kutip sorang demi sorang mahu terkeluar anak tekak Cik Siti.
Kat admin juga tempat dia orang mengadu masalah. mahu tidak.... lepas sorang, sorang yang dok jumpa.
"Kak Shim, nak A4 paper."
"kak Shim nak A4 warna biru"
"Kak Shim.... nak ubat stapler"
"kak Shim.... kertas QMS dah habis."
"Kak Shim! pen ada tak?"
"Kak Shim, nak punch kad bulan lepas nak buat time sheet"
"kak Shim.... tonner kaunter depan dah habis."
"Kak Shim!"
"Kak Shim!"
"AAAAPPPPPAAAA!!!!"
"Alamak..... Kak Shim dah marah... nak tukar warna hijau tu...." (cakap le... yang Cik Siti nak jadi hulk)
Pening tapi seronok. penat tapi puas. walau bagaimana pun Cik Siti still backup ketua hasil Cik Siti. Selamat datang ke alam kerja baru.... semoga berjaya....
Chaiyok CIK SITI..... Yakin Boleh...
yakin akan sukses sllu
ReplyDeleteHi nicee reading your blog
ReplyDelete