Salam Raya semua....
Setelah en3 agak beremosi sebelum ni, kali ni Cik Siti nak buat en3 utk Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom. dah lama tak join give away ni....
en3 istimewa ini buat Cik Tom,
Yang sebenarnya dah lama Cik Siti follow cik Tom. entah mengapa kali rajin pulak nak join giveaway ni. bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... betul tak? lagi pun nak cuba nasib. mana tahu ada rezeki. apa yang penting... dapat mengeratka hubungan sesama blogger.
terima kasih banyak pada Cik Tom yang sudi buat giveaways ni...
mula-mula Cik Siti kenal dengan Cik Tom masa blog walking. minat blog Cik Tom terus Cik Siti follow dia... join giveaways ni? saja nak isi masa lapang... boleh pakai ke alasan ni? okey kot?
Okey, entri yang paling Cik Siti suka sepanjang Cik Siti join dunia blog ni:
http://bayuk3nangan.blogspot.com/2011/03/terkenang-semasa-dulu.html
ini adalah kandungannya:
Terkenang semasa dulu....
Hatiku menjadi rindu....
Erm... kalau waktu sunyi je tetiba kita teringat dengan cerita-cerita dulu. terutama sekali zaman kanak-kanak ribena. wa.... rasanya nak kembali ke zaman dulu lak. masa kecik Cik Siti tinggal dengan nenek (masa tu Cik Siti darjah satu) tahun 1984. lama kan? masa dulu susah nak jumpa dengan televisyen kaler(kata budak kecik) yang ada cuma TV hitam putih je. pas tu peti ais pun tak ada. kalau nak pun kena tumpang jiran. biasanya time nak raye... bila teringat pasal peti ais ni ada cerita disebaliknya.
Cerita bermula masa malam raya. biaslah malam raya bukan ke sibuk. nak buat ketupatlah... nak buat rendanglah.... nak buat kuah kacanglah... jadi Cik Siti dan beberapa orang pak dare Cik Siti ditugaskan pergi ke rumah jiran sebab kita orang tumpang ayam dengan daging di sana. jaraknya kira-kira sepelaung. maksudnya lebih kurang 100 meter. maka berjalanlah kami ramai-ramai.... sambil membaca al-fatihah dan surah-surah yang kami tahu tanpa kami hiraukan tadjwidnya.
Fuh! lega... dah sampai. dah sampai rumah jiran ye. kami beri salam dan bila dah dapat ayam dengan daging maka bermulalah sekali lagi debaran untuk melalui hutan di sebelah kanan... kami baca al-fatihah dengan kuat kalau boleh sampai satu kampung boleh dengar. tetiba kami terlihat akan 'makhluk' yang menghalang kami jalan. namun belum sempat kami nak habiskan al-fatihah kami dah meraung separuh gila. masing-masing lari lintang pukang. tapi 'makhluk' tu pun lari sama. apa lagi? kami berlari macam tak cukup tanah.
sampai kat rumah nenek kami semput separuh nyawa. lepas tu mak dare Cik Siti (yang masa tu dia darjah 6) bertanya.
"kenapa korang lari?"
"La.... Mak Lah ke tadi?" dia angguk.
"Kenapa Mak Lah pulak yang lari?"
Nak tahu apa dia jawab? "Sebab korang lari... Mak Lah pun larilah... Mak Lah ingat belakang Mak Lah ada 'benda'. Tak tahulah pulak Mak Lah buat macam tu korang lari."
"Mahu tak lari dalam gelap." Malam tu juga kita orang anti lak dengan Mak Lah. yelah... marah sangat.
Bila teringat kelakarlah pulak. Sekarang ni TV dah canggih. Peti ais nenek pun dah ada dua. (satu yang rosak) buat simpan barang. Yang best konon nak takutkan orang akhirnya diri sendiri yang takut.
note: Bestnya zaman kanak-kanak
##########
yang sebenarnya blog Cik Siti banyak menceritakan tentang masa lalu Cik Siti. sebab itu Cik Siti namakan blog Cik Siti Bayu Kenangan. tak kiralah masa kecik atau masa kini... janji semuanya ada kena mengena dengan kenangan yang mungkin tidak boleh Cik Siti lupakan...
akhir kata:
“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”
Terima Kasih, Cik Tom....
Kenangan mengusik jiwa
ReplyDeletePengalaman mengajar kita
Kan?
seronok sekali sekala imbau kenangan ni...mengundamg seribu perasaan n nostalgia...
ReplyDeletethanks join...penyertaan diterima n lulus =)